Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Saturday, September 12, 2009

Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum dan salam sejahtera..lama benar rasanya tak update blog. Busy dengan kerja dan bulan2 Ramadhan yang mulia nih..paham2 la..balik on time 4.30, malam terawikh, masa yang ada memang digunakan sepenuhnya. Apapun penulis akan ceritakan sedikit aktiviti sepanjang waktu ketiadaan penulis.
Site Visit JB Sentral , Gerbang Selatan, Johor Bharu
Pada 29 & 30 Julai, Penulis ke JB atas urusan kerja.melakukan inspection terhadap Comms & Signalling Equipment di JB Sentral JB.



Pada 13 & 18 August, Penulis ke Batu Gajah Depot..Melakukan kerja2 pemeriksaan pemasangan LSC, EB dan ujian2 keatas Signalling & Comms Equipment, berserta Switchgear dalam TSL (Kalau tak paham buat2 paham la benda2 nih)
Bermula 22 ogos, Bermulalah Ramadhan Al Mubarak..Masa ini mmg masa terasa terlalu singkat..Tq kepada CEO coz bagi balik awal 4.30..walaupun penulis bujang, tapi masa yang ada boleh la singgah ke bazaar Ramadhan beli juadah. Kerja penulis masih seperti biasa..Turun meeting, site visit, lepak2 opis..fuh..mmg penat juga..tapi dah biasa, takde hal punya..
27 -31 ogos, Penulis mengambil cuti dua hari dan balik kampung di Batu Kurau. Memang sengaja cuti lama sikit untuk merasai suasana ramadhan di kampung tercinta..sempat juga mengemas rumah dah bersedia untuk lebaran.biasala rumah kampung..rumah family.

Di Bulan2 Ramadhan ni sempat juga berbuka bersama teman2..2 September, Penulis berbuka bersama teman2 semetrik Zul, Jaa & Izat di warung Paksu Shah Alam..Lepak sampai malam jugak la berborak kisah2 lama




Pada 11 September, penulis Berbuka bersama Rakan2 sekerja GJ Group bertempat di D Saji Felda, Jalan Semarak.

Dari Tarian Pendet ke sweeping rakyat Malaysia.

Nampaknya krisis Malaysia dan Indonesia makin meruncing sejak akhir2 ini..hanya masalah kecil dah remeh telah menjadi satu isu besar..jika Rakan2 masih ingat penulisan pertama penulis juga adalah berkisar dari masalah antara 2 negara ini. Peristiwa perairan Ambalat

Tarian Pendet merupakan tarian Asal Bali Indonesia, Namun akibat kesilapan Discovery Channel berpusat di Singapura telah menyelitkan sepintas lalu tarian tersebut dalam promosi Negara Malaysia. Malaysia dikecam hebat. Walaupun, promosi ini tidak melibatkan kerajaan Malaysia.

Agak pelik rasanya, bagaimana warga Indonesia boleh melihat hanya sepintas lalu itu dijadikan isu. Dihebohkan media maka berbondong2 lah rakyat Indonesia ini keluar menunjuk rasa. Tanpa diselidiki terus melaungkan GANYANG MALAYSIA. Agaknya bapak2 dan ibu2 disana lupa anak2 mereka yang sedang bekerja dinegara kita dan ngirim wang setiap bulan.mungkin jugak mereka tidak mempunyai kerja untuk dilakukan hingga ada masa untuk perkara2 seperti ini. Maklumat oleh media Indonesia juga mengatakan penunjuk rasa ini dibayar Rp100,000 (Rm32) seorang untuk berdemo oleh mereka yang berkepentingan (ahli2 politik Indonesia meraih undi).

Media2 Indonesia seperti MetroTV, RCTI,SCTV nampaknya sangat suka bermain isu . Mungkin mereka ingin mengejar rating yang tinggi dan terus bermain sentimen Nasionalis. Dijemput aktivis ganyang Malaysia dalam temubual untuk mengapi2 kan amarah rakyat Indonesia kepada Malaysia. Perkara2 lama diungkit kembali. Ucapan2 sukarno diulang siar. Media Indonesia sepatutnya mengambil pengajaran mengenai kes Nordin mat top yang mana Mereka dengan megah mengatakan Kompasus (Tentera Elit Indonesia) Berjaya membunuh Nordin dan media Indonesia membuat liputan LIVE di tempat kejadian. Agaknya Nordin Ketawa besar apabila yang terbunuh bukan beliau..seluruh dunia ditipu oleh Media Indonesia pada waktu itu.

Jika rakan2 melihat forum2 yang menyaksikan serangan2 alam maya Malaysia & Indonesia, Malaysia di panggil Malingsia (pencuri) manakala Indonesia digelar Indonesial. Anak2 muda Indonesia yang terlalu nasionalis membabi buta pun banyak member komen2 Ganyang Malaysia di FaceBook..terpikir juga (Budak2 indonesia ni takde keje nanti last2 jadi keje kontrak, koman2 pun Bibik kat Malaysia). Kita semua tahu Indonesia mempunyai jurang yang begitu jauh antara kaya dan miskin. Peluang pekerjaan yang terlalu sedikit dan pemerintah yang paling Korup didunia (sepatutnya perkara ini yang perlu diberikan perhatian).
Berbalik kepada kononnya Malaysia mengklaim budaya Indonesia, ini satu lagi isu yang diungkit2 Indonesia..agaknya kita rakyat Malaysia akan tersenyum sinis jika Indonesia menyatakan Rendang,Kunyit,Keris,Batik ,kuda kepang,tarian barongan,sambal belacan,angklung,lagu rasa sayang, bahkan lagu negaraku (terang Bulan)adalah milik Indonesia secara Total dan Malaysia tidak berhak..Agaknya inilah perbezaan yang ketara tahap pemikiran rakyat Malaysia dan Indonesia. Mungkin segelitir sahaja barangkali.

Semua yang disenaraikan tadi adalah hanya sebahagian sahaja. Semua tahu sebelum wujudnya kedua2 negara ini, budaya tersebut adalah budaya seluruh Nusantara. Maka Malaysia dan Indonesia adalah dua buah Negara Nusantara. Maka persamaan Budaya adalah sesuatu yang biasa. Malah dimalaysia kita mempunyai begitu banyak orang Jawa, Bugis, Banjar, Minang, Jambi, Acheh yang berasal dari Indonesia .

Mungkin kita tertanya-tanya apakah isu pokok yang sebenarnya. Jawapan Penulis amat mudah, Indonesia amat cemburukan Malaysia dari segi kemakmuran, kesejahteraan dan Kekayaan kita. Malaysia juga mempunyai Dasar Luar negara yang cukup hebat berbanding Indonesia.Kita sebelum ini belajar dari guru2 Indonesia, mereka seperti Abang dan kita adalah adik. Tetapi sejak akhir2 ini, si adik terus maju kedepan meninggalkan abang nun jauh dibelakang .

Mengenai Promosi budaya pula, mereka amat menyemburui Promosi pelancongan Malaysia. Disini penulis tidaklah terlalu ingin memuji namun inilah realiti sebenarnya. Hampir seluruh dunia mengenali tradisi-tradisi yang disebut adalah berasal dari Malaysia. Malah tarian poco-poco yang sememangnya berasal dari Indonesia amat dikenali luar Negara kerana Malaysia. Malah dalam komen2 luar Negara (mat2 saleh)juga mengangap poco-poco adalah dari Malaysia.Ini adalah kerana kerajaan Malaysia mengunakan seluruh kekuatan budaya yang terdapat diMalaysia sebagai Modal perlancongan. Malah dibawa hingga ke setiap pelusuk dunia. Promosi2 ini telah member kesan cukup mendalam dan menyebabkan Malaysia menjadi pilihan masyarakat Timur Tengah (pak2 Arab), Afrika (Orang Hitam Kaya)dan Eropah sebagai tempat Bercuti, Belajar dan bekerja. Malah, keuntungan Malaysia dalam industri perlancongan adalah berkali-kali ganda berbanding Indonesia. Jika dilihat logik Indonesia sepatutnya lebih keuntungan kerana Bali, Danau Toba, Bandung (pusat Fabrik) dan negara kepulauan yang cukup luas.

Masyarakat Indonesia merasakan diri mereka telah diabaikan, maka muncul lah kononnya nasionalis2 bangsa Indonesia yang sebelum ini entah kemana hilangnya, mula melakukan kerja2 bodoh. Mahu ngayang Malaysia, Mewujudkan Posko Ganyang Malaysia,Melakukan pemeriksaan terhadap pelajar malaysia, Memaki Hamun pelajar Malaysia, Berdemo dan merempuh Kedutaan Malaysia Dijakarta,Membakar Jalur Gemilang.Nampaknya kerajaan kita Malaysia mula sedar setelah apa yang berlaku dijakarta membuatkan Media2 kita baru mula bersuara.

Para pendemo ini sebenarnya tidak mendapat sambutan dari rakyat biasa, malah mereka dimalukan oleh kedutaan Indonesia dia Malaysia Da I Bacthiar apabila pihak kedutaan itu mengatakan mereka malu dengan sikap segelintir rakyatnya itu. Duta ini telah di cap sebagai tidak nasionalis. Dalam Komen2 rakyat Indonesia dalam akbar popular seperti Kompas, Detik dan sebagainya telah mengutuk pendemo2 ini. Mereka juga merasakan ini adalah tindakan bodoh. Malah isu ini juga telah memalukan Presiden SBY menyebabkan SBY akan ke Malaysia Oktober ini bagi membincangkan segala masalah yang dihadapai.
Diharap hubungan Malaysia dan Indonesia tidak tergugat dengan isu-isu ini. Sama seperti Malaysia, kita banyak membincangkan isu dalam kita, Indonesia sepatutnya menumpukan masalah dalaman mereka seperti TKI,Nordin Mat Top daerah Maluku, Kalimantan,Acheh yang terbiar. Banyak lagi kedua2 negara harus fikirkan bagi sama2 memperoleh keuntungan. Bukan membincangkan perkara2 yang tidak mempunyai faedah.

Ingatlah persaudaraan Islam adalah yang terbaik, janganlah terlalu mengikut perasaan. Manusia saling memerlukan antara satu sama lain..semoga Malaysia dan Indonesia terus Maju & Makmur Hendaknya.