Dah lama aku nak menulis tentang kampong aku Batu Kurau.Ramai bertanya jugak dimana kampong aku ni, biasala kalau orang muda-muda jarang ambik tahu..tapi kalau orang2 lama ramai yang tahu kewujudan kampong aku. Kebanyakan tahu sebab kemasyuran buah Duriannya, namun masih ramai tak tahu asal usul penduduk asal kampong aku nih. Batu Kurau merupakan satu daerah di Taiping, kalau sebut Taiping baru la orang tahu..orang2 kapong aku bertutur dialek pattani..part ni ramai tak tau punya..walaupun kami boleh bertutur baik dalam loghat Utara dan Kelantan..dialek patani ni keluar kalau balik kampong atau jumpa geng satu kapal (kat shopping complex or FB).
SEJARAH BATU KURAU
Batu Kurau merupakan salah sebuah mukim di daerah Larut Matang yang terletak kira-kira 20 Km dari Bandar Taiping.
Dari sudut sejarah, Batu Kurau telah dibuka sejak tahun 1850-an lagi, apabila pemimpin Batu Kurau yang pertama iaitu Tok Amar Wan Kasa Bin Raja Hulubalang Petani telah dilantik menjadi Penghulu pada tahun 1859-1867. Dalam hal ini didapati sejarah kewujudan mukim Batu Kurau adalah sezaman dengan sejarah pembukaan dan kemajuan bandar Taiping pada tahun 1850-1857 semasa Long Jaafar menjadi pembesar di jajahan Larut (Taiping).
Menurut orang tua-tua, asal-usul nama Batu Kurau diambil sempena daripada seketul batu besar yang menyerupai ikan kurau terletak di tebing Sungai Kurau (berhampiran jambatan jalan raya Kampung Batu 14). Sungai ini berpunca daripada beberapa batang anak sungai dari Kampung Sempeneh, Anak Kurau, Changkat Lobak hingga ke Kampung Pondok Tanjung, seterusnya mengalir ke Bukit Merah dan masuk muara di Kuala Kurau, daerah Kerian.
Penduduk di Batu Kurau kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu keturunan Petani yang mempunyai pertalian darah dengan penduduk wilayah Pattani, Selatan Thai. Sememangnya orang Petani suka memilih tempat yang strategik untuk membuka kampung sesuai dengan cara hidup mereka yang bercucuk tanam dan menternak haiwan. Mereka suka tinggal di kawasan kaki bukit yang mempunyai lata sungai yang jernih airnya serta kawasan tanah pamah yang berpaya untuk menanam padi. Kawasan kaki bukit memang sesuai untuk tanaman pokok buah-buahan seperti durian, langsat, manggis, cempedak dan sebagainya; sementara lata yang mengalir ke sungai-sungai dapat membekalkan air ke sawah padi. Justeru, kehidupan orang Petani yang begitu simbiosis dengan faktor alam semula jadi.
Aku nak publish bahasa dialek patani..kalu muma paheng kira uma memang robat….(tu dia..ambo pun terebit gak lea)..kho..kho la uma baca dih..dak tahu hetei je lea…(Ihsan web http://s1.zetaboards.com/Batu_Kurau)
Salaeng Mualaikong suma......
Tobat ambo kembang punggong tekemuk-kemuk kalu muma beghasa seghenok capo beghahi nak joeng Blog ambo...............
BATU KUGHO atau nama dia hat glemer TUKUGHO...,
satu kapong dalaen dekghah Larut & Matang. 15 batu frong pekaen Teipeng kalu hikok jalaen lama. Kalu nek mutu vespa, buleh lik menyirik kona Aloha, pastu kona 3 beghadek, pastu kena ghodong kok tepi To'kong hinung estek Batu 11....., just before Kapong Ceghok Pelandok.
Pas skik jae pada Kapong Pondok Quing, tughong bukek hala ke kona Kak Tijah, buleh la kalu muma nak ek ke oghang tina kapong pong.... Kona baring menyengek tepi gaung Semejik Batu 13 sapei tinga muma sreiiik!!! sreiiik!!! dok begesei cicah jalan tar sapei nek seghiu...
Sapei jae muma ke heiway Batu 14 lepas skik pada ghetak kayu,
buleh lae muma handeh pecuk bedesuk...... nak hakek tayar depan sapei 4 - 5 tiang letrek pong takpa dehei.... tapi muma kena beghingat lae, tehik lemung jetan memang banyak, belunggok sedogeng-sedogeng ateh jalan, lango dok hughong wang wik wang wik.....,
takok la kalu mechik ke muka muma, tobat busuk kehong nek melugei, malas la amba nak cita....
Pas skik pada selekoh sekolah Sungei Akar baghu la muma boleh jijak kaki ayan muma ke pekaen kobo . Kok kalu pong....!!! muma pakei la kasuk jepong..... tehik ayan canung pong betapok dalan pekan nung!!! Muma pikei la, buat la tehik ayan canung kena titih aer ujan, wojik kembang belendei ja. Hat belendei nu satu cita...., hat busuk banga nung, malas kami nak haba ke muma la.....
Frong the centre of, Pusat Banda Tukugho..., here we go to surrounding area....masuk dalaen skik ja... muma buleh gi Titi Kasei, Kapong Ghepoh, Kapong Speneh, Anak Kugho, Banggo Sebelah, Banggo Kiat, Bendang Neghing, Bukit Wang,Bukit Beghetaen dan segala makneika jenih bukek...,saaaapei la mapoh jalaen.
Dah mapoh jalaen pong, muma buleh henyuk gi hala ke Bukik Maxwei hat tingi melayuk nung!!!
Tapi muma haruh ingat....., kalu batei handoh semacan ja, tobat kaki kebayan muma menenei punya...., kena tusuk dughi beghetan, techongek punggong..., tepeleik'ok tulang keting..., khor dok keghabaet bukek, tekemuuuuk-kemuk!
Kalu gi hala ke Ijok satnung, muma buleh jupa kona ghotaen Batu 16, Jeghat Cina Mapoh, Pekaen Jelei, Ghelang, Padang Lalang, Padang Deh, Padang Bola, Gudang, Jemeghang Star, Patei Besar dan lheng2 lagi.
Ateh skik pada Patei Besar hala ke Supitan, muma buleh hitei eir tejung Lata Batu Puteh hat setei nung. Punya la setei sapei masok ngarek pong buleh jadi tak sedar,
jadi supa mamei, mereng kok mana tak tehu, benak por baning la sat...., kami pong tak gheti nak cita! Denga bunying eir tejung bedeghu pong sayuuuk jha supa di Niagara nung!!!
Wojik setei nak mapoh, caya la cakat kami ni!!!
Nama2 besar Tukugho hat yang muma wojik kenei;
Aseng Gagat, Jideng, Di Cha, Cik Siah, Ponu, Pak Datok, PakNgah Seli, Lan Mat Kedek, Chat Sengeh, Chat Buah, Pak Teleng, Tok Mat Stegha, Hj Hamid Badang, Hj Awang Hitan, Tajo Dato Bandar, Wahad Tng, Man TokTok, Man TokSeh, Mat Licing, Mat Slow, Mat Cedong, Mat Nyetok, Ali Martopo, Ali Baie, Kak Pah Buah dll. Dema ni ada yang dok hidok gi, ada gak yang dah arwah jijak ke dema di Chakat Semamung. Innalillahi Wainna Ilaihi Rojiun.
Salan Takziah dan Al Fatehah buat arwah-arwah hat gi dulu pada kita.
Teghinging nak maning eir sejuk gedi???
Muma boleh gi Ulu Ayer Hitaen, Telaga 7 atau Lata Sepeneh.
Nak sedat gi....., muma gi teghejung Pang Batu 20, dak pong Pang Ghepoh.
Sungei hat eir cakat paras dada itek pong belunggok....,
Sungei Aer Kuning, Sungei Lor Bedighi, Sungei Cakat Semamung, Sungei Pulo, Sungei Akar...... Suma sungei-sungei ni muma buleh maning. Nak tejung pala dulu, nak stan, nak tunging buyong pong buleh belaka!! Tapi jaga2 pala aer kalu hujan di bukek nae.... skali dia maghi jangan mukat dih, aer hat semedang cakat pong buleh hapuh! Banyak hat mapoh keras dah ni.....
Beghasa nak keghabaet pokok balak nak jadi supa Spidermeng, gi la hala mana2 bukek..., beghemuk pokok petei. pokok keduak, pokok jeghing,
pokok sto, pokok lasat, pokok ghembia, pokok manggeh, pokok kabu, pokok selapuk tunggo.......Pokok mangga kami tak kenei...... pokok pelaen ada lae.....
Nak polok deghiaen, ehenn...ehenn..... muma kena tungu museng laaaa.....
Buah hat tadak museng, buah limo to'kong cina ngan buah getah jae...
kalu muma nak peghandas sapei bucik peghuk tejelei lidah tubik pala tehik pong suka hati muma laaa.... amba tak tehu dei....
Serhenok dok perati ramei anak2 tukugho tak malu lasong cakat tukugho..hat anak2 muda dok keja kat kolumpo, hat jadi pegawei2 hebat dak lupa asei usu kita..ambo tabik kat uma..
Psst: Korang baru baca..belum dengar bercakap lagi, kalau dengar kami bercakap Mapoh dok nga..nga..sambil tehelei pala muma ha3.