Friday, January 6, 2012
46% mahasiswa lepasan ijazah datang dari UTM
Assalamualaikum, Lama sungguh tak updated..Terbaca paper Utusan (Dah petang baru bukak, biasa la jarang buka Utusan), NC UTM mengeluarkan statistik mahasiswa berijazah yang 46% adalah keluaran UTM. serta pencapaian2 UTM lainnya...Sebagai Seorang produk UTM, aku juga tumpang bangga atas pencapaian UTM sekarang.
JOHOR BAHRU 5 Jan. - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) muncul sebagai pusat pengajian tinggi dengan bilangan mahasiswa lepasan ijazah yang paling ramai di negara ini iaitu seramai 10,888 mahasiswa setakat November lalu.
Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, jumlah itu bersamaan dengan 46 peratus daripada bilangan keseluruhan mahasiswa yang mengikuti pengajian pelbagai peringkat di UTM dan ia menghampiri sasaran universiti untuk mengimbangi bilangan penuntut sarjana muda yang berjumlah 12,955 orang setakat ini.
"Pada masa ini UTM mempunyai seramai 3,439 mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) membabitkan 1,823 mahasiswa tempatan dan 1,616 antarabangsa manakala 7,449 mahasiswa sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana yang terdiri daripada 2,106 warga tempatan dan 5,343 antarabangsa.
"Semua mahasiswa PhD mengikuti pengajian secara penyelidikan dan secara tidak langsung menyemarakkan lagi aktiviti berkenaan selaras dengan status UTM sebagai Universiti Penyelidikan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Kata Zaini, bagi mahasiswa sarjana, seramai 1,576 mengikuti pengajian secara penyelidikan, 4,655 kerja khusus dan 1,218 campuran penyelidikan dan kerja khusus.
Menurutnya, pertambahan jumlah mahasiswa lepasan ijazah mampu mengekalkan UTM sebagai universiti paling banyak mengeluarkan lulusan kejuruteraan dan teknologi di peringkat lepasan ijazah di negara ini dan ia kekal popular berbanding universiti penyelidikan lain di negara ini.
Tambahnya, kedudukan UTM dalam senarai 200 universiti terbaik dunia dalam bidang kejuruteraan dan teknologi berdasarkan penarafan oleh QS World University Rankings 2011 turut menyumbang kepada pertambahan bilangan mahasiswa dari luar negara.
''Selain itu, langkah UTM memperkenalkan PhD Industri berjaya menarik ramai tenaga kerja profesional dari sektor industri untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di UTM.
''Pada masa ini seramai 57 kakitangan industri mengikuti program tersebut melalui pembiayaan Kementerian Pengajian Tinggi yang bertujuan melahirkan 500 tenaga kerja industri berkelulusan PhD menjelang 2015.
"Jumlah berkenaan menjadikan UTM sebagai pusat pengajian tinggi paling banyak menerima biasiswa PhD Industri berbanding sebanyak 100 peruntukan yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi tahun 2011," katanya.
Jelasnya, antara syarikat yang menghantar pekerja menyertai program berkenaan ialah Proton Berhad, Motorola Solutions Malaysia Sdn. Bhd; Telekom Malaysia Berhad, TM R&D Sdn. Bhd; TM Applied Business Sdn. Bhd; UCSI and Aviation serta Optimal Olefins Sdn. Bhd.
Psst: Sebagai Bekas Pelajar UTM, Sewajaranya UTM terus menerajui institusi Kejuruteraan dan Teknologi di Malaysia. Kerana UTM cukup sinonim dan gah dengan kehebatan dalam Teknologi Kejuruteraan. Kepada kawan yang masih di UTM dan menghabis kan Master dan PHD masing2, Semoga Allah permudahkan urusan kalian...
Subscribe to:
Posts (Atom)