Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Friday, April 15, 2011

Malaysia antara 10 negara paling mesra

FRANKFURT: Malaysia dianggap antara 10 negara paling mesra di dunia. Dalam senarai tersebut Malaysia adalah dalam negara Asia. Kira hebat la tuh...

Mereka yang sering melancong ke beberapa negara berkemungkinan besar kembali ke negara seperti ini kerana penduduknya mesra dan bersikap terbuka, malah ada antara pelancong ini mahu menetap di negara itu dan enggan kembali ke tanah air sendiri.
Satu kaji selidik oleh Bank HSBC mendapati Malaysia berada di tangga kesembilan dalam senarai negara paling mesra.
Selain kemesraan rakyat tempatan, satu lagi kriteria yang digunakan ialah bagaimana warga asing mudah bergaul dan menerima persekitaran di sesebuah negara itu.

Kaji selidik yang dijalankan dari April hingga Jun 2010 itu mencakupi 4,000 orang di 100 negara.

Mereka ditanya soalan seperti di manakah mudah bagi mereka mendapat kenalan tempatan, adakah mudah bagi mereka mempelajari bahasa negara berkenaan dan sama ada mereka mudah menerima budaya tempatan.

Sebanyak 80 peratus daripada mereka yang ditemubual itu berkata bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan mereka, dan sebab itulah negara yang banyak menggunakan bahasa itu, berada dalam senarai teratas.
Namun, terdapat juga negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris berada dalam senarai 10 negara teratas itu.

Untuk tahun kedua berturut-turut, Kanada adalah negara paling mesra, diikuti Bermuda, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia, Sepanyol, Perancis, Britain, Malaysia dan Jerman. - BERNAMA

Psst:Bangga teman jadi rakyat Malaysia Yob...

Dividen Pertama AHB 2.17 sen seunit

Alhamdulillah,
AHB akan mengagihkan dividen pertama nya isnin ini.
Tengah2 bulan ni ada juga duit extra. Diharap AHB akan menambah lagi unit dana bagi membolehkan pelaburan kepada Bumiputra terus berkembang dan harta Bumiputra terus tumbuh di sekitar bandar-bandar besar yang selama ini hampir dimonopoli oleh bukan Bumiputra.
Kepada semua pemegang unit amanah ini, tak kira kecik ke besar moh kita ke bank yob...


KUALA LUMPUR 14 April - Dana unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) mengumumkan agihan pendapatan pertama yang menarik sebanyak 2.17 sen seunit bagi tempoh empat bulan pertama berakhir 31 Mac lalu.

AHB yang menawarkan dana berjumlah RM1 bilion sebelum ini telah habis dilanggan dalam tempoh tiga bulan selepas dilancarkan.

Jumlah agihan AHB itu mewakili pulangan tahunan sebanyak 6.5 peratus sekiranya berdasarkan penanda aras 12-bulan Akaun-i Pelaburan Am Maybank Islamic Bhd..

Pengarah Urusan Pelaburan Hartanah Bhd. (PHB), Datuk Kamalul Arifin Othman berkata pengagihan itu melibatkan pembayaran RM19 juta yang akan dikreditkan terus kepada 60,000 pemegang unit amanah pada 18 April ini.

''Berdasarkan pertumbuhan nilai hartanah semasa, kami akan mengekalkan momentum pengagihan pendapatan untuk pengagihan seterusnya apabila tempoh berakhir 30 September depan.

''Kami merancang menambah saiz dana sebanyak RM500 juta unit lagi pada suku keempat tahun ini.

"Kami telah mengenal pasti dua hingga tiga hartanah yang akan dimasukkan ke pelaburan AHB dalam masa terdekat pada November ini, '' katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pengumuman pengagihan pendapatan pertama AHB, di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Urusan Mayban Investment Management Sdn. Bhd., Nor' Azamin Salleh.

Kamalul Arifin berkata, PHB ketika ini mempunyai simpanan tanah sebanyak 60.7 hektar dan merancang menambahnya dengan membeli hartanah di kawasan-kawasan utama seperti Lembah Klang, Pulau Pinang dan Iskandar Malaysia.

Katanya, PHB akan menggunakan pendekatan membangunkan sendiri hartanah miliknya bagi meningkatkan margin keuntungan kepada pemegang unit amanah.

''Pelaburan kami tertumpu kepada kawasan komersial bernilai tinggi kerana pada peringkat awal PHB harus mencari pelaburan yang mendatangkan keuntungan dalam tempoh jangka pendek.

''Antara projek yang sedang dilaksanakan adalah New Central terletak di KL Sentral dan dijadualkan siap akhir tahun depan. Selain itu PHB juga mempunyai projek usahasama dengan MRCB di Pulau Pinang melibatkan pembinaan Penang Sentral,'' jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PHB menambah, pelaburan hartanah merupakan peluang terbaik kepada golongan Bumiputera menambah pendapatan tahunan mereka.

"Nilai hartanah di kawasan utama meningkat 50 hingga 100 peratus dalam tempoh dua hingga tiga tahun selepas dibeli,''ujarnya.

Tambah beliau lagi, AHB yang ditubuhkan kerajaan untuk meningkatkan pegangan hartanah oleh bumiputera, telah mencapai matlamatnya apabila hampir 70 peratus pemegang unit melabur antara RM500 hingga RM1,000.

"Sarawak merupakan negeri ketiga terbesar pelabur AHB dikuti Sabah dengan peratusan sebanyak 10.5 peratus dan 8.5 peratus. Peneraju adalah Selangor diikuti Wilayah Persekutuan,'' katanya lagi.

Psst:Lepas duit Gym aku Sebulan...kira ok la tu kan..sapa nak bagi ooiii...