Mereka yang sering melancong ke beberapa negara berkemungkinan besar kembali ke negara seperti ini kerana penduduknya mesra dan bersikap terbuka, malah ada antara pelancong ini mahu menetap di negara itu dan enggan kembali ke tanah air sendiri.
Satu kaji selidik oleh Bank HSBC mendapati Malaysia berada di tangga kesembilan dalam senarai negara paling mesra.
Selain kemesraan rakyat tempatan, satu lagi kriteria yang digunakan ialah bagaimana warga asing mudah bergaul dan menerima persekitaran di sesebuah negara itu.
Kaji selidik yang dijalankan dari April hingga Jun 2010 itu mencakupi 4,000 orang di 100 negara.
Mereka ditanya soalan seperti di manakah mudah bagi mereka mendapat kenalan tempatan, adakah mudah bagi mereka mempelajari bahasa negara berkenaan dan sama ada mereka mudah menerima budaya tempatan.
Sebanyak 80 peratus daripada mereka yang ditemubual itu berkata bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan mereka, dan sebab itulah negara yang banyak menggunakan bahasa itu, berada dalam senarai teratas.
Namun, terdapat juga negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris berada dalam senarai 10 negara teratas itu.
Untuk tahun kedua berturut-turut, Kanada adalah negara paling mesra, diikuti Bermuda, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia, Sepanyol, Perancis, Britain, Malaysia dan Jerman. - BERNAMA
Psst:Bangga teman jadi rakyat Malaysia Yob...
2 comments:
bangga gak ni.. heheh..
itulah gunanya English Education...
Post a Comment