Isu Perairan Ambalat Timbul kembali, Teringat saya ketika masih menuntut di UTM Skudai tahun 2005, masa itu TV Indonesia SCTV, RCTI, Trans TV dan sebagainya dapat di tonton dinegeri Johor. Sedang asyik menonton TV, terlihat banyak isu tunjuk perasaan Anti-Malaysia disiarkan. Pada ketika itu TV Malaysia atau media arus perdana langsung tidak memaparkan isu ini. Agak pelik laungan Ganyang Malaysia terus dimainkan media Indonesia dengan begitu hebat Pada ketika itu.
Ketika dikaji rupanya ia berkaitan perairan Ambalat (Sempadan Malaysia-Indonesia), Dimana Perairan ini telah menjadi tuntutan bertindih antara dua Negara. Pada Waktu itu isu-isu ini hanya dapat dibaca di laman2 web dan blog tertentu. Seperti kita ketahui, Indonesia adalah Negara yang mana rakyatnya adalah paling nasionalis didunia. Maka tidak hairan perkara ini mendapat perhatian seluruh rakyat Indonesia termasuk rakyat nya di Malaysia.
Pada ketika itu, ramai juga rakyat Indonesia yang membantah tindakan warganya yang hanya tahu berdemo semata-mata. Malah, ada juga yang berpendapat bahawa itu adalah helah pemerintah Indonesia bagi mengalih perhatian kenaikan BBM (Bahan Bakar Minyak). Namun nasionalis mereka tetap menebal dah menuduh Malaysia adalah Negara maling (pencuri), Negara tali barut ingeris, dan bermacam-macam tuduhan-tuduhan yang kadang-kadang bukanlah sesuatu yang boleh diterima akal.
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, ramai tidak mengetahui isu Ambalat ini. Kita lebih mengetahui isu Batu putih kerana hanya itu yang diceritakan media arus perdana. Namun adakah kita terfikir bagaimana kita telah menang mendapatkan kepulauan Sipadan & Ligitan?Kita mengetahui perkara ini setelah kita Berjaya memperolehinya. Jika kita lihat kepulauan ini sebenarnya jauh dari Tawau, dan begitu hampir dengan Indonesia. Dan jika dilihat di dalam Peta sekali pun, seakan2 satu keajaiban Malaysia Berjaya memperolehinya. Inilah hakikat yang tidak dapat diterima rakyat Indonesia. Malah, Petronas telah pun memberi konsesi cari gali minyak kepada kepada pihak Shell di perairan Ambalat.
Pada Ketika itu, Media Indonesia terus bermain api apabila memaparkan tunjuk perasaan dengan membakar Jalur gemilang dan juga Album dan Gambar Siti Nurhaliza (tak pasal2 siti pun kena), Peserta ratu cantik Malaysia diajukan soalan Ambalat (Terpinga-pingan minah tu), Ceramah AAGYM (Abdullah Gymnasiar) diajukan soalan Ambalat dalam ceramah agamanya dia masjid istiqal Jakarta, Wujudnya posko sukarela ganyang Malaysia dan Bomoh Jawa jampi sukarelawan ganyang Malaysia agar kebal. Beginilah jadinya jika kita terlalu nasionalis.
Dengan isu ini dapat memberi rakan-rakan sekalian isu2 dimana kita tidak pernah mengetahuinya. Tetapi menjadi isu yang cukup besar bagi pihak yang lain. Mengikut perkembangan terkini, Ketua Angkatan Tentera Malaysia telah menemui pihak Indonesia untuk menghalang mana2 kapal perang memasuki perairan ini. Sebelum ini kapal perang Malaysia sering didakwa memasuki wilayah mereka (Bagi peta Malaysia Ambalat adalah termasuk dalam perairan Malaysia) . Pernah kapal perang kita hampir bertempur tapi masih mampu dikawal. Sesungguhnya Indonesia juga sedar kekuatan tentera mereka tidak sehebat Malaysia malah Malaysia adalah Negara komenwel yang mana mendapat bantuan rakan2 komenwel jika berlaku perang. Sesungguhnya Indonesia patut menumpukan masalah TKI ( Tenaga Kerja Indonesia),
Ekonomi dan korupsi (amalan darah daging Indonesia-SBY yang cakap). Bukan hal2 yang tidak menguntungkan mana2 pihak. Jangan jadikan Nasionalisme penyebab permusuhan antara Negara serumpun.
MOHD ALHAFIZ ABDULLAH
Tuesday, June 9, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)