Balik kampong haritu, aku & abang aku didatangi seorang tetamu, lupa la pulak namanya. Tujuannya nak tengok gambar-gambar lama dalam simpanan keluarga. Arwah ayah aku memang suka menyimpan dan menjaga gambar-gambar ni, malah setiap gambar yang mempunyai nilai akan dicatit dibelakang gambar tersebut denagn tarikh bagi ingatan kepada anak cucu. Akuni memang tak ambik tahu sangat pasal gambar-gambar yang tergantung kat rumah kampung tuh. Lagi pulak aku memang tak kenal pun siapa dalam gambar tu. Kalau dah sekitar tahun 1920an tu sapa compare dengan zaman kita, dah berapa generasi tu.
Orang Kuat Batu Kurau Berlatar belakangkan Masjid Alkurawi
Toh Sajak berada barisan hadapan 2 dari kiri, manakala Datuk aku Barisan hadapan paling kiri
Aku masih lagi mencari nama setiap yang ada dalam gambar ni, yang pasti gambar allayarham datuk aku Awang Chik bin Awang Beng dan Toh Sajak sahaja, yang lain aku tak sempat ingat, orang kata gambar ni ada kat kedai mat slow kat Pekan Batu Kurau siap dengan Nama sekali, aku dah minta bantuan orang kampong check & bagi info kat aku, kalau dah ada akan aku bagi tahu semua ok.Toh Sajak berada barisan hadapan 2 dari kiri, manakala Datuk aku Barisan hadapan paling kiri
Gambar yang berlatar belakang kan Masjid Al Kurawi Batu Kurau ini juga amat mengejutkan terutama lapis muda macam aku. Keadaannya cukup berbeza sekali, sewaktu aku diceritakan tapak masjid tersebut adalah tapak asal dalam gambar tersebut, aku dapat merasai gambar ini mempunyai nilai yang tinggi bagi Warga Batu Kurau. Di masjid ini lah menjadi medan penyatuan orang-orang kampung waktu itu ketika susah dan senang.
malah sejak dari kecil lagi masjid ini menjadi tempat aku membesar kerana selalu mengikut arwah ayah ke Masjid.
Tokoh Batu Kurau, Toh Sajak juga telah diabadikan kepada sebuah sekolah iaitu sekolah kebangsaan Toh Sajak. Ini juga sekolah lama aku, dengan terbitnya gambar ini akan merungkai sedikit persoalan siapa Toh Sajak, aku pasti ramai anak-anak muda tidak pernah melihat wajah tokoh ini.
psst: Kepada sesiapa yang mengetahui nama-nama yang lain didalam gambar tersebut serta maklumat harap berikan info tersebut. Kalu kita dak buat sapa lagi nak buat, nak harap orang kapong lain mapoh tak buat kedarah dih. kita anak-anak tukurho gak lei kena gagah buat. Gerakain tak gerak tak makain