Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Showing posts with label World Issue. Show all posts
Showing posts with label World Issue. Show all posts

Saturday, September 3, 2011

Al-Fatihah Buat Noramfaizul Mohd Wartawan BERNAMA yang Terbunuh di Somalia




Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam ini.

Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini
Dalam perjalanan ke Somalia
Allahyarham Faizul (berdiri)
Sebelum berlepas dari TUDM Subang
Faizul, duduk 2 dari kiri
Tiba di Somalia
Faizul berdiri pegang kamera
Berbuka puasa dalam pesawat
Faizul yang pertama (sedang menyuap makanan)

Psst: Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat..gugurnya jauh daripada ribaan anak isteri dan kaum keluarga. Dan gugurnya ketika sedang berjihad membantu marhein Somalia yang sedang diancam kebuluran insyallah...

Saturday, August 20, 2011

Alfatehah - 3 Muslim Mangsa Rusuhan London Selamat Disemadikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar kawan-kawan ramadhan ke 20, Alhamdulillah dah 20 hari kita menunaikan ibadah puasa, tinggal 9 malam terakhir sahaja lagi untuk kita bersungguh beribadat dan insyallah kita dapat bertemu malam lailatul qadar.

Pagi-pagi buta updated blog, bukan apa lepas sahur tak tidor sampai subuh, tengah buka blog, terbaca blog MAHAGURU 58 tentang pengebumian 3 orang Muslim yang terkorban pada riot London minggu lepas. Terlintas hati aku nak share dengan korang semua. Nak cerita tentang Asyraf Haziq semua media & blog dah cerita, semua sedia maklum lah.


Mereka yang terkorban ketika rusuhan di Birmingham ialah tiga sahabat (dari kiri) Haroon Jahan, 21, Shazad Ali, 31, dan Abdul Musavir, 30. Mereka merupakan mangsa langar lari dan menemui ajal serentak ditempat kejadian.
Pada selasa malam dalam pukul 11.30 waktu London, mereka baru saja meningalkan masjid. Ketika berada di bahu jalan “Dudley” yang hampir dengan pump minyak, mereka dirempuh oleh sebuah kereta dipandu laju. Tiga lelaki ditahan lingkungan 16, 17 and 26 dan semua dari Birmingham.

Jika kita mengambil berat berita ini kita akan ketahui bagaimana pihak polis disana hanya bertindak menjaga kedai-kedai dari dicuri (Walaupun curi depan mata buat tak tau je aku tengok), polis disana tidak serius menjaga rumah kediaman apatah lagi rumah-rumah ibadat baik Islam, sikh dan yang lain. Oleh sebab itu komuniti ini mengambik inisiatif sendiri bagi menjaga rumah ibadat mereka.

berbalik kepada pengebumian 3 Sahabat Muslim Syahid ini, Pengebumian mereka
menyaksikan kehadiran yang luar biasa, lebih daripada 20,000 orang menziarah jenazah para syuhada ini. Sesungguhnya, mereka layak untuk dikenang sebagai wira yang mati untuk Agama dan negara. Penduduk Britain sepatutnya gembira dan berbangga dengan mereka kerana yang syahid ini adalah warga negara mereka sendiri.


























Semoga Allah Memberikan ganjaran kepada para syuhada ini dengan Syurga Firdaus!

Amin.

Psst: Semoga Roh Islam Terus Segar Dibumi Eropah..Allahuakbar

Thursday, April 14, 2011

Mindanao- MILF, Perjuangan yang tiada akhirnya..















Bagi sekumpulan wartawan tempatan yang dibawa meninjau perkembangan di kawasan bergolak, Mindanao, selatan Filipina, laluan yang harus mereka tempuhi agak sukar dan berliku-liku.


Namun bagi Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Latif Ahmad yang mengetuai misi lawatan dua hari itu merasakan lawatan ke kawasan bergolak itu tidaklah sesukar mana walaupun pesawat yang digunakan bukanlah pesawat komersial.
Wartawan serta tetamu yang dibawa khas dari Kuala Lumpur tiba di Cotabato pada pagi Sabtu 8 April. Dr.Latif tiba dari Manila dua jam kemudian kerana sebelum itu iaitu bermula 7 April, beliau ada program lain di Manila.



Padat dengan program sejak tiba di Manila, Dr.Latif dan rombongan Kementerian Pertahanan diraikan dalam majlis makan malam oleh Kedutaan Malaysia. Duta kita di sana Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad selaku hos kemudian mengiringi Timbalan Menteri Pertahanan itu sehinggalah ke Davao City.

Di Manila, Dr.Latiff menemui penasihat Presiden mengenai perjanjian damai (PAPP) serta berkunjung ke pejabat kedutaan Arab Saudi dan menemui Secretary of National Defence.
Mungkin sewaktu di Manila, keadaan tidaklah seperti di Mindanao kerana pusat pentadbiran Manila itu ialah sebuah kota metropolitan berbanding dengan Mindanao yang masih jauh tertinggal dalam bidang pembangunan.



Mindanao seperti umum fahami pernah menjadi milik Bangsamoro yang beragama lslam beberapa ratus tahun lalu. Malah perkataan Moro yang berasal dari Moors adalah gelaran diberikan oleh penjajah Sepanyol sewaktu negara itu menjajah Filipina.

Mindanao yang dianggap kawasan turun temurun Bangsamoro telah diserahkan kepada kerajaan Filipina secara haram dan tidak bermoral oleh Amerika Syarikat pada 4 Julai, 1946 apabila Amerika memberikan kemerdekaan kepada Filipina. Sejak dari tarikh itulah maka Mindanao mulai dimasuki oleh orang bukan-Islam dari lain-lain pulau yang akhirnya memonopoli perniagaan hartanah serta lain-lain perniagaan.
Kami dibawa ke ibupejabat International Monitoring Team (IMT) atau kenali dalam bahasa kita, Tim Pemantau Antarabangsa-Mindanao Enam (TPA-M6) pada sebelah tengahari untuk jamuan makan serta untuk sidang akhbar.



Misi keenam ini diketuai oleh pegawai dari Malaysia, Mej. Jen. Datuk Mahdi Yusoff sejak 11 Mac lalu mengambil alih dari ketua missi yang lama, Men. Jen. Datuk Baharum Hamzah (28 Feb 2010-11 Mac, 2011).

Sepanjang berada di Mindanao, Datuk Baharum mengiringi Datuk Dr. Latif seperti seorang ADC dan kerana pengalaman luasnyalah maka kadangkala dia turut diminta memberikan komen mengenai pergolakan di kawasan berkenaan.


Misi pengaman yang dianggotai Malaysia, Brunei, Libya, Jepun, Kesatuan Eropah dan Norway mengandungi 43 anggota di mana 20 anggota adalah dari negara kita.
Sejak dimulakan pada 24 Ogos 2004, ketua missi pertama ialah Men Jen Datuk Zulkifeli Mohd Zin, kedua, Men Jen Datuk Soheimi Abas; ketiga, Men Jen Datuk Md Ismail Ahmad Khan; dan keempat, Men Jen Datuk Mat Yasin Mat Daud.




Pengalaman menaiki pesawat Hercules Charlie 130 atau juga dikenali C-130 milik Tentera Udara diRaja Malaysia (RMAF) tidaklah sama dengan pengalaman menaiki pesawat komersial. Namun kami tetap sampai ke destinasi dengan selamat.

Menurut bos Agendadaily, Rosli Ismail, walaupun seseorang itu memiliki wang yang banyak, dia masih tak berpeluang menaiki C-130 berbanding dengan peluang menaiki pelbagai pesawat komersial. “ Hangpa bernasib baik, hangpa dijemput dan berpeluang menaiki pesawat ini” ujarnya sewaktu memaklumkan rancangan lawatan ke Mindanao.


Ketika mula dibina di kilang Lockheed, Burbank, California, Amerika Syarikat, pesawat C-130 ini dinamakan sebagai Hercules, sempena watak mitos Greek yang perkasa. Sesuai dengan nama itu, hari ini pesawat yang turut digunakan oleh Angkatan Tentera negara kita ini telah muncul sebagai lagenda dunia. Malah lebih daripada 2100 buah C-130 telah dibina dan digunakan oleh 60 buah negara di seluruh dunia.



Selain daripada mengangkut penumpang sebagaimana yang kami wartawan alami untuk ke Mindanao ini, pesawat C-130 juga untuk: mengangkut senjata ketika di medan perang; menggugurkan pasukan payung terjun; menggugurkan bekalan makanan dan perubatan termasuk dalam misi kemanusiaan.
Selain berkemampuan beroperasi sebagai pesawat pengangkut bahanapi dengan keupayaan memindahkan bahanapi kepada pesawat lain ketika di udara, C-130 juga digunakan untuk membawa sistem amaran awal di udara dan tinjauan maritim.
Dalam pada itu pesawat ini juga digunakan secara meluas dalam misi keselamatan awam. Ciri serba guna pesawat ini mungkin di sebabkan rekabentuknya yang unik di mana pintu kargonya boleh dibuka seperti kita membuka bonet kereta.




Timbalan Menteri Pertahanan dan isteri, Datin Hajah Zuraidah binti Endot juga menaiki pesawat C 130 sewaktu berlepas dari Mindanao untuk program lain di Davao City pada sebelah petang hari Sabtu (9 April) dan menggunakan pesawat yang sama keesokan harinya untuk ke Kota Kinabalu sebelum menukar ke pesawat komersial lain ke Kuching, Sarawak pula.
Lawatan kami ke Mindanao, di wilayah yang dikaitkan dengan keganasan iaitu Cotabato di mana pergolakan telah menelan ribuan nyawa dan menjejaskan kehidupan, mendapati penduduk di situ ingin turut menikmati keamanan seperti saudara mara mereka di Malaysia, Indonesia serta negara-negara lain ASEAN.

Lawatan kerja Timbalan Menteri Pertahanan telah membuka satu dimensi baru tentang betapa kewujudan keamanan perlu walaupun semua pihak yang terlibat harus berkorban sedikit sebagai harga sebuah keamanan itu. Ini sebagaimana yang disebut oleh Dr.Latif kemudian, “Mereka juga hendak menikmati kehidupan seperti mana kita menikmati kehidupan yang lebih sempurna.”




“Cuma barangkali oleh kerana sudah terlalu lama hidup di dalam keadaan ketegangan, keamanan bukan satu satu perkataan baru malahan mungkin bagi generasi tua, sekarangpun mereka merasakan, kini mereka juga hidup dengan aman” jelas seorang pegawai tentera kepada Agendadaily.

Bagi pembaca Agendadaily, lawatan Dr. Latif bukanlah lawatan sosial atau sekadar menghadiri majlis berbuka puasa dengan askar-askar kita yang berkhidmat di luar negara.

Mindanao masih lagi merupakan kawasan yang kalut dengan insiden pembunuhan rambang. Namun sebagaimana kami diberitahu tidak ada laporan mengenai pencabulan gencatan senjata setakat ini.


Cotabato dianggap kawasan yang sering dicemari dengan pertumpahan darah membabitkan penduduk yang bermusuhan sejak turun temurun.

Dendam adalah suatu yang sukar dipadam dari benak mereka dan kadangkala pembunuhan boleh berlaku kerana hal-hal yang remeh temeh. Tidak berapa lama dahulu, ramai penduduk terkorban akibat bertempur sesama mereka kerana tiga batang pokok kelapa ditebang oleh pihak yang tidak kenali. Pertengkaran berakhir dengan ledakan dari muncung senapang.




Saya sempat berbual dengan askar-askar kita yang menyertai missi kali ini. Mereka diberitahu bahawa untuk keluar di waktu siangpun, iaitu keluar dari markas, mereka terpaksa membawa “escort” manakala di sebelah awal malam hingga ke subuh, mereka dilarang (curfew) keluar dari markas.
Pada hari Ahad, sewaktu delegasi Dr.Latif berada di Davao City, sebuah akhbar tempatan The Philippine STAR pada halaman 6 memetik satu laporan dari Washington yang mendakwa pembunuhan di wilayah Mindanao didalangi pihak polis. Malah laporan itu menyebut kira-kira 132,577 PNP atau Philippine National Police masih dibayangi dengan tuduhan rasuah dari masyarakat.
Laporan Hak Assasi Manusia tahun lepas mengenai Filipina pula menyalahkan pihak berkuasa dan kumpulan anti kerajaan sebagai bertanggungjawab terhadap pembunuhan yang berlaku.



Kononnya 176 anggota Armed Forces of the Philippines (AFP) terkorban di dalam pertempuran dengan pihak pengganas dan pemberontak manakala 166 New People’s Army (NPA), serta 23 orang anggota Abu Sayyaf dan 11 orang MILF (Moro Islamic Liberation Front) turut terkorban
.

Kini, Suruhanjaya Hak Assasi (CHR) itu, menurut laporan dari Washington itu lagi, sedang menyiasat 53 aduan pembunuhan bermotifkan politik yang melibatkan 67 mangsa tahun lalu.

Dengan diiringi “escort”, delegasi Dr.Latiff yang menaiki pacuan empat roda memasuki kawasan ARMM yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari Bandar Cotabato. Jalan ke sana berliku-liku dan bersimpang siur, dengan keadaan jalan raya yang memerlukan dana untuk diturap. Keadaannya seperti sebuah pemandangan di kampung di negara ini dengan pokok buah-buahan membarisi jalan dan sawah padi pula baru mahu menghijau.


Pejuang-pejuang MILF terdiri daripada lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan memakai pakaian seragam “tentera” dan lengkap bersenjata. Kira-kira 500 orang berbaris menyambut delegasi dari Malaysia dan setiap kali kenderaan Timbalan Menteri Pertahanan melintasi mereka, tangan kanan digunakan memberikan tabik hormat kepada tetamu.
Sesetengah pejuang dilihat usia mereka sudah melebihi separuh abad, manakala kumpulan muda pula, memberi harapan bahawa perjuangan mempertahankan bumi dan warisan mereka tidak pernah padam, yang kini dipersiap sebagai pengganti.’


Beberapa sepanduk kelihatan dipasang oleh MILF mengalu-alukan lawatan Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia itu. Menyambut di setiap sudut menuju ke markas MILF ialah pejuang-pejuangnya yang lengkap dengan pakaian seragam ala tentera dengan memegang berbagai-bagai senjata termasuklah rifel.
Dengan menggunakan bahasa Inggeris, Dr. Latif diperkenalkan oleh pemimpin MILF, Haji Murad Ebrahim kepada barisan pemimpin pertubuhan itu.

Dalam ucapan ringkasnya, Dr.Latiff menganggap dirinya adalah hamba Allah yang kecil tetapi mahu melihat keamanan wujud di kawasan bergolak itu. Beliau sedih kerana Bangsamoro atau Melayu Moro hidup dibalut kepayahan akibat pergolakan yang berlaku dan sangat berharap keadaan ini segera berakhir. “Kita menubuhkan IMT adalah bagi memastikan perdamaian dapat dicapai,” katanya.
Malah katanya, komitmen Malaysia dalam konteks perdamaian serius sehingga sewaktu beliau mahu melakukan lawatan ini, Perdana Menteri menyampaikan salam kepada mereka dan berharap apa juga perbedaan yang wujud, ia dapat diselesaikan dengan baik.

Dr. Latiff memberi contoh bagaimana perjanjian hudaibiyah antara Rasulullah dengan puak Quraish dapat dijayakan kerana Rasulullah sanggup bertolak ansur sehingga sanggup menggugurkan nama Nabi kepada Muhammad dengan puak ini.

“Saya berharap MILF dapat mengambil iktibar dari perjanjian hudaibiyah yang dijuruterai Rasullulah, ambillah semangat ini, dan saya percaya jika kita sanggup kalah sikit, akhirnya kita semua akan menang. Yang penting ialah jenerasi yang akan datang,” ujarnya.


Dengan nada yang agak keras Dr.Latiff berharap IMT ke-6 merupakan yang terakhir dan selepas ini semua pihak dapat hidup aman damai. Beliau berharap Mindanao tidak jadi macam Palestin yang perjanjian damai dengan Israel di zaman Yasser Arafat hampir menjadi nyata tetapi akhirnya Yasser buat keputusan untuk menolak.

“Sayang, mereka ada peluang untuk menandatangani perjanjian damai tetapi Yasser menolaknya, saya berharap ia tidak akan berlaku pada MILF pula,” katanya.
Dalam ucapan balas, pemimpin MILF itu berikrar untuk mencari titik perdamaian bagi menyelesaikan masalah Bangsamoro. ‘ Negotiation is the best solution,” kata Haji Murad sambil berharap kerajaan Malaysia dan rakyat negara ini mendoakan agar matlamat mereka itu tercapai. Merujuk kepada ucapan Dr.Latiff, Haji Murad berkata,” your advice is well taken .”-14/4/2011

-Agendadaily

saksikan sejarah Bangsamoro disini
Sejarah membuktikan Bangsamoro adalah penduduk asal Mindano..Semoga Allah memberi kekuatan dan kemenangan Kepada para perjuang.

Psst: Perjuangan Bangsamoro bukan semata-mata bangsa, tetapi mengenai hak seperti yang dituntut oleh Islam. Bersyukurlah Kita Umat Islam Melayu Malaysia....Thanks to Regina Tonggol, My Filipino friend because willing to share about your Country...Mahal kita...Terus Sokong Bangsamoro

Monday, March 14, 2011

Tsunami Japan 11.3.2011 - Before & After

Assalamualaikum,
sedang tengok youtube mengenai Tsunami jepun,
ada satu video menarik untuk kita berkongsi bersama.



amat jelas kemusnahan yang berlaku, Jepun bernasib baik kerana mereka sudah mempunyai sistem amaran awal Tsunami. oleh yang demikian mereka dapat mengurangkan jumlah kemalangan jiwa kerana kebanyakan penduduk sudah berpindah lebih awal. bolehkah kita banyangkan jika hampir semua penduduk berada dalam rumah pada kejadia Tsunami ini? pastinya jumlah kematian 10 kali ganda atau lebih bedasarkan kesan kemusnahan.

Psst: Doakan yang terbaik bagi mereka...sesungguhnya Rakyat Jepun mempunyai semangat luar biasa seperti yang ditunjukkan selepas perang dunia ke2, Mereka mampu bangun dengan pantas setelah Kotaraya Hiroshima dan Nagasaki di Bom, tidak mustahil kejadian alam ini juga mereka mampu bangkit semula. jika kita lihat Haiti yang masih tidak mampu bangun selepas gempa bumi jan 2010.

Sunday, March 13, 2011

Kartun tsunami Berita Minggu - Woi! apa yang kalut sangat...

Tajuk kasi Gempak...


Assalamualaikum,

Hari sajer usha2 portal & blog..aku terbaca satu artikel Malaysiakini yang bertajuk "Kartun tsunami Berita Minggu cetus bantahan". Aku ada baca berita minggu harini, tengok la kartun ragam tersebut, sekali tengok macam nak tergelak, 2 kali macam kutuk pulak, 3 kali baru aku terpikir maksud mendalamnya.

Aku usha blog kawan2 yang menghentam kartun ni dengan alasan menghina Rakyat dan negara Jepun. hampir semua blog tulis perkara yang sama, malah keluar dalam berita CNN, saper tak kenal CNN kan, semua orang tak betul, yang betul Amerika, Israel & Britain jer...

Dalam Malaysiakini siap nak boikot lagi akhbarni, salah besar ke kartun nih? pasal kartun ni terus boikot akhbar harian ni?

Mari kita cuba berfikir sejenak mengenai kartun ini.

Ultraman adalah superhero Jepun yang kita tahu menjadi begitu popular Didunia. Malah Ultraman merupakan hero yang menyelamatkan dunia. Oleh yang demikian Ultraman sinonim dengan Negara Matahari Terbit itu. Jepun merupakan antara negara paling maju Didunia, dan Negara paling Maju Di Asia. Oleh itu kartun berkenaan menunjukkan bahawa Sehebat mana pun manusia, Semaju mana pun Kita, secanggih mana juga teknologi, Tsunami yang melanda tidak mampu untuk kita menahannya.

Terpulanglah kepada pendapat masing2 yer kawan2.

Psst: Tsunami yang melanda Jepun adalah Bukti Kekuasaan Allah, Kartun tersebut adalah salah satu pandangan yang sinis kepada masyarakat yang mahu berfikir, satu lagi, jangan percaya sangat kat CNN yer..

Saturday, February 12, 2011

Hosni Mubarak Letak Jawatan

Assalamualaikum,

Baru sebentar tadi Presiden Mesir Hosni Mubarak telah meletak jawatan,
Perkara ini telah diumumkan oleh naib Presiden mesir, mesir kini dalam pemerintahan dan pentadbiran tentera

Marilah kita sama sama menyaksikan apa yang akan berlaku selepas ini.
ini kerana masih menjadi tanda tanya siapa yang akan menjadi presiden bagi menggatikan Hosni mubarak disebabkan masih tiada tokoh yang menonjol untuk mengangkat seseorang mengetuai rakyat mesir.

jangan lah menjadi seperti Iraq dan Afganistan,
apalah guna demokrasi yang menjadikan rakyat sensara setiap hari,
janganlah lagi menjadi boneka Israel dan Amerika, sia sia sahaja
revolusi jika pemimpin kalian masih menjalankan dasar yang sama.


MOHD ALHAFIZ ABDULLAH

Sunday, February 6, 2011

Operasi Piramid


pergerakan Pesawat dan kapal

KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam melancarkan Operasi Piramid bagi membawa keluar lebih 11,000 rakyat, terutama pelajar dari negara bergolak Mesir ke Jeddah, Arab Saudi dengan menghantar pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) serta pesawat dan kapal syarikat swasta ke negara itu.

Operasi diketuai Panglima TUDM, Tan Sri Rodzali Daud, membabitkan tiga pesawat C130 Hercules TUDM, sebuah pesawat Boeing 747 MAS dan Airbus A320, A330 dan A340 milik AirAsia, kapal KD Bunga Mas 5 TLDM yang berada di Teluk Aden, berhampiran perairan Somalia serta kapal dagang Malaysia International Shipping Cooperation Berhad (MISC), dijangka membawa keluar rakyat Malaysia dalam tempoh empat hingga lima hari, mulai jam 6 pagi ini waktu Mesir (kira-kira jam 12 tengah malam tadi waktu Malaysia).
C130 Hercules akan berulang alik mengangkut mereka ke Jeddah dan ditempatkan di asrama Tabung Haji di sana sebelum pesawat komersial menerbangkan mereka pulang ke negara ini.

Pesawat pertama AirAsia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 2.30 petang semalam, diikuti C130 Hercules masing-masing pada jam 3 petang semalam dan 9.30 serta 10.30 malam tadi. MAS dijadualkan terbang jam 9.30 pagi ini dan dijangka tiba di Kaherah lapan jam selepas itu.

Pesawat TUDM

Operasi yang membabitkan kerjasama Kerajaan Malaysia dengan Indonesia itu membolehkan sesetengah rakyat Malaysia dan Indonesia di Kaherah, Iskandariah dan Mansourah menaiki pesawat MAS, AirAsia, TUDM dan Garuda yang dimiliki Kerajaan Indonesia dan sebaliknya.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata operasi dilancarkan berikutan keselamatan di Kaherah sudah sampai pada tahap merah atau berbahaya dan kerajaan tidak mahu menunggu lebih lama untuk membawa keluar rakyat Malaysia.

Beliau berkata, perjalanan mereka dari tempat penginapan di Kaherah, Iskandariah, Mansourah dan beberapa tempat lain ke lapangan terbang serta pelabuhan, diuruskan 20 pegawai Kedutaan Malaysia dengan diselenggara Timbalan Menteri Luar, Senator Kohilan Pillay.
“Kita sudah meminta Kerajaan Mesir memberi jaminan keselamatan sepanjang perjalanan ke lapangan terbang dan pelabuhan,” katanya pada sidang media di Kota Kinabalu semalam.

Mengenai rungutan orang ramai, terutama waris pelajar yang mendakwa kerajaan lambat bertindak, beliau berkata, kesukaran sistem perhubungan menerusi internet di Mesir menimbulkan pelbagai kerumitan kepada Wisma Putra untuk berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di sana.

“Saya sendiri tidak ke Mesir kerana jika ke negara itu, sukar untuk saya berhubung, apatah lagi dengan kedutaan negara lain kerana dalam keadaan begini, kita amat memerlukan kerjasama kedutaan negara lain. Bagaimanapun, Wisma Putra memberi jaminan keselamatan rakyat Malaysia walaupun ada beberapa kejadian penginapan mereka cuba dicerobohi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa tidak ke Mesir semata-mata untuk membawa anak mereka keluar kerana ada ibu bapa yang sudah berbuat demikian, tetapi terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.

Mengenai kesesakan talian Kedutaan Malaysia di Mesir dan bilik operasi Kementerian Luar di Putrajaya, Anifah berkata, ibu bapa harus bersabar kerana talian itu digunakan ribuan pengguna.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata kapal dagang MISC yang berada di beberapa pelabuhan negara Teluk diminta membantu bagi mempercepatkan operasi.
Persediaan para pegawai dalam misi menyelamat

“Kapal ini bersama KD Bunga Mas 5 akan bergerak secara konvoi ke Jeddah secepat mungkin. Pegawai kedutaan Malaysia di Mesir sedang menguruskan visa sementara bagi membolehkan pelajar kita ke Arab Saudi sebelum dibawa pulang ke Malaysia menaiki pesawat komersial.

“Seboleh mungkin kita akan bawa keluar semua pelajar Malaysia dan kerajaan meminta semua pihak termasuk NGO turut membantu, termasuk menggunakan kepakaran masing-masing,” katanya.

Ahmad Zahid berkata Operasi Piramid membabitkan masing-masing 30 orang daripada Kementerian Pertahanan dan pejabat kedutaan Malaysia di Mesir dan 20 daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Luar serta Jabatan Penuntut Malaysia.

Madinatul Hujaj semakin dipenuhi penuntut Malaysia

JEDDAH 6 Feb. - Tabung Haji dan Kedutaan Malaysia di Arab Saudi akan memikirkan kaedah lain bagi menempatkan para penuntut Malaysia dari Mesir sekiranya jumlahnya melebihi keupayaan pusat transit Madinatul Hujaj, di sini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sehingga kini lebih 3,600 orang penuntut telah ditempatkan di pusat transit itu yang boleh menampung sehingga 4,000 orang pada satu-satu masa.

“Bagaimanapun ini bukan menjadi masalah kerana pihak Tabung Haji berpengalaman menguruskan sehingga hampir 30,000 orang jemaah haji setiap kali musin haji.

"Kita sedang menambah bilangan tilam dan bantal yang boleh digunakan pelajar kita. Pada Ahad penghantaran pulang sebahagian pelajar akan membolehkan kita mengurangkan kepadatan dan menerima pelajar lain yang baru sampai dari Kaherah,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini. - Bernama

Diharapkan seluruh rakyat Malaysia sampai dengan selamatnya..Cukuplah segala spekulasi dan salah menyalahi antara pihak kerana tidak membantu langsung dalam permasalahan ini. apa yang penting kerajaan sudah menggerakkan misi bantuan dan kita harus meyokong segala tindakan yang terbaik. Permasalahan politik ini adalah di Mesir dan kita sebagai orang luar hanya melakukan untuk hak kita sahaja, politik Mesir, Biar rakyat Mesir tentukan....

Melaporkan Dari Kampung tercinta

Wednesday, February 2, 2011

Pelajar Malaysia Di Mesir-Persoalan Dan Jawapan

Petikan diambik dari blog Cucu Tok Selampit, tetapi diolah bagi memudahkan pemahaman kita. Terpulang nak pecaya atau tidak, Pendapat masing. nanti kita tanya kawan2 kita diMesir yang balik ke Malaysia. Baru adil

Sejak dua hari yang lalu telah terlalu banyak fitnah berlaku berkenaan usaha Kerajaan Malaysia membantu pelajar kita di Cairo. Kita seharusnya tidak menyalahkan Kedutaan Mesir di sana memandangkan MSD Mesir hanya ada 10 kakitangan dan 4 pegawai termasuk rakan saya di sana, Khairi Jalaluddin. Masalah yang berlaku di sana adalah MSD Kaherah ada 14 kakitangan untuk mengawal 11,346 pelajar. Itu FAKTA dan pelajar-pelajar di sana tidak suka berurusan denga MSD sebaliknya menggunakan PMRAM. PMRAM sudah 80 tahun ditubuhkan dan ia terkenal sebagai pro-PAS, enggan mendaftar di bawah Kedutaan Malaysia dan amat berpengaruh di kalangan pelajar jurusan Agama. Daripada 11,346 pelajar, 4,000 lebih mengambil jurusan perubatan, 6,000 lebih jurusan Agama dan selebinya Qiraat.


Berikut adalah fakta fitnah yang dilemparkan berdasarkan maklumat yang kami terima dari wakil Malaysia yang berada di sana melalui e-mail, Puan Fatimah Zahra dan Twitter Helme Hanafi:

1. Kejadian rogol pelajar perempuan Malaysia di Kaherah

Ini merupakan satu fitnah yang amat besar. Fitnah ini bermula dari diskusi sesama mereka. Orang yang mula-mula menulis mengenai perkara ini tidak pernah belajar dan tinggal di Kaherah. Semuanya bermula dengan perbualan di laman sosial Facebook seperti di bawah:




Kami telah cuba untuk menghubungi penulis posting berkenaan tetapi beliau gagal dihubungi. Beliau hanyalah seorang budak dari Kuantan yang mempunyai banyak masa untuk membuat posting yang mengarut. Saya rasa budak Kuantan ini keliru dengan kejadian pelajar Malaysia dirogol di London.


2. Pelajar Kebuluran.

Tidak ada seorang pun pelajar yang kebuluran. Memang banyak kedai ditutup tetapi ada kedai yang dibuka terutama sewaktu tempoh larangan berkurung (curfew) ditarik balik iaitu dari 8 pagi - 4 petang. Kebanyakan yang keluar membeli makanan adalah tuan rumah berbangsa Egypt sendiri atau pelajar lelaki atau dihantar oleh Kedutaan Malaysia.


3. Penjenayah Keluar Dari Penjara.

Kebanyakan pesalah yang terlepas dari penjara adalah pesalah politik atau "political prisoners" dan bukannya penjenayah berat seperti membunuh dan sebagainya. Kebanyakan daripada mereka adalah terdiri daripada jemaah Muslim Brotherhood.

4. Rompakan.

Semua pelajar Malaysia telah diarah berkumpul di Kaherah. Di Kaherah, mereka tinggal di rumah rasmi Kerajaan Malaysia, rumah kakitangan Malaysia yang ada di sana, Malaysian Hall dan keluarga Egypt. Setiap rumah ada dalam 40 - 45 orang. Mereka diletakkan beramai-ramai supaya keselamatan lebih terjamin. Setakat ini belum ada pelajar-pelajar kita buat aduan dirompak. Namun kita tidak nafikan ada jiran-jiran mereka berbangsa Arab yang dirompak. Ini disebabkan mereka sesama mereka bergaduh seperti Hamas-Fatah.


Kejadian ini berlaku disebabkan ada anasir yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan palsu yang menyebabkan keluarga pelajar yang menjadi panik dan menyalahkan Kerajaan. Ini menyebabkan Kementerian dihujani dengan panggilan dari keluarga yang bimbang. Talian yang tidak stabil di Kaherah tidak dapat digunakan secara optimum untuk kemaskini pergerakan pelajar-pelajar kita di sana, sebaliknya dibebani dengan panggilan dari ibubapa. Menurut Puan Fatimah Zuhri, apa yang dipaparkan media seolah-olah Kaherah berada di neraka sebaliknya menurut beliau kenyataannya pelajar-pelajar kita dalam keadaan selamat kerana semuanya mengikut peraturan dan tidak keluar pada masa waktu larangan (curfew).

Soalan bodoh kenapa tidak dihantar kapalterbang ke sana dan bawa pelajar Malaysia balik. Cakap senanglah. Agak-agak berapa banyak kapal terbang yang diperlukan untuk membawa 11,000 pelajar Malaysia pulang? Perjalanan balik memerlukan masa 22 jam. Kalau 11,000 orang, mahunya kena bawa 22 kapal terbang B777 yang boleh memuatkan 500 orang maksimum untuk satu penerbangan dan MAS hanya ada 4 biji sahaja model itu untuk laluan ke Eropah.

Sementara Kerajaan menguruskan untuk membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia melalui kapal TLDM yang berpengkalan di Teluk Aiden, DS Najib memberi jaminan akan membawa semua pelajar kita yang berjumlah 11,000 orang ke Jeddah, tinggal di Kompleks Tabung Haji sebelum dibawa pulang secara berperingkat-peringkat. Berita terbaru yang kami terima Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Thajudeen Wahab berkata, 3 pesawat C-130 TUDM akan berlepas ke Mesir tengahari ini untuk membawa makanan dan akan memindahkan pelajar-pelajar kita ke Jeddah. Marilah sama-sama kita mendoakan keselamatan mereka dan jangan kelam kabutkan lagi keadaan dengan menyebar berita palsu dan fitnah. Semoga pelajar-pelajar kita selamat pulang ke Tanahair dengan selamat. InsyaAllah.

Psst: Perkara ini jangan dibuat main-main, kedutaan sukar untuk membantu mereka yang tidak mendaftar dengan kedutaan jika ada kecemasan..Politik letak tepi la..

Revolusi Mesir ?

Hosni Mubarak

Mesir merupakan sebuah negara yang mempunyai sejarah tamadun yang begitu hebat dengan Piramid & Mumianya. Kecoh di Facebook dan blog membincangkan hal ini. kita perlu melihat apa sebenarnya yang berlaku dan atas sebab apa.

Pada tahun dan ketika ini seluruh dunia bertumpu ke negara tersebut ekoran kebangkitan rakyatnya yang mendesak presiden negara itu Muhammad Hosni Sayyid Mubarak yang telah menjadi Presiden selama 30 tahun berundur dengan segera.

Hosni yang memimpin parti pemerintah Parti Nasional Demokrat (NDP)yang menguasai 209 dari 211 kerusi pada pilihanraya pusingan pertama yang lalu. bayangkan kemenangan hampir 100% parti pemerintah ini akan dijatuhkan oleh rakyatnya sendiri.

Rakyat Meluahkan Rasa Marah

Kebangkitan Rakyat mesir ini telah dicetuskan oleh revolusi Melati di Tunisia yang mana presiden mereka telah digulingkan. Jika dilihat kedua-dua pemimpin ini mempunyai persamaan yang mana telah lama memegang tampuk pemerintahan dan juga mendapat undi popular yang melebihi 80%. dan sudah pasti mereka mempunyai hubungan dengan negara Yahudi Israel.

Mengapa keadaan ini berlaku? Rakyat Mesir tidak berpuas hati dengan pentadbiran presiden, Hosni Mubarak yang mana keadaan ekonomi terutamanya kemiskinan, pengganguran dan corruption berlaku setelah Hosni Mubarak memerintah lebih dari 30 tahun. Para aktivis mengajak rakyat Mesir untuk melakukan gerakan bersama melawan kemiskinan, pengangguran dan korupsi pemerintah yang amat teruk.

Askar pun malas ambik port...

Himpunan Sejuta rakyat

Penentangan Yang jelas kepada Hosni

Malah Kebebasan untuk bersuara juga amat ketat serta Pilihanraya yang dilihat hanya sebagai alat untuk meneruskan kuasa. ini kerana kelompok pembangkang seperti gerakan hizbul muslimin dilarang sama sekali menyertai proses demokrasi tersebut malah sesiapa sahaja yang mempunyai talian dengan gerakan tersebut juga dilarang untuk bertanding. Munkin kebangkitan ini sahaja yang mampu untuk mematikan pemerintahan autokratik selama 30 tahun.



Revolusi yang berlaku hasil kebangkitan rakyat banyak berlaku diseluruh negara dunia. tapi apakah hasil revolusi ini merubah dasar dan landskap negara tersebut? Seperti Indonesia, Filipina dan Thailand, Hampir semua presiden dijatuhkan oleh rakyat, tetapi mereka masih seperti itu kerana dasar negara mereka masih sama. ditunisia juga sama, revolusi yang berlaku akan menjadi satu lagi sejarah yang hanya melihat pertukaran pemerintah seperti menukar baju dan orang nya masih sama. harapan nya agar rakyat mesir dapat mengangkat pemimpin yang benar-benar layak. yang paling penting putuskan hubungan dengan Israel.

Masalah rakyat kita pula bagaimana untuk membawa balik rakyat kita sekitar 20,000 orang itu. Ada yang marah kepada kerajaan kerana lambat bertindak, munkin ini kelemahan kedutaan kita jika berlaku kecemasan. Tentera sudah ada Emergency plan jika berlaku kecemacan tetapi arahan masih kepada pemerintah. sekatan internet dan talian telefon menjadi salah satu lambatnya tindakan menyelamat, malah masa demo bermula TV Aljazeera sendiri sukar untuk membuat liputan atas dasar yang dikenakan.

Semoga seluruh rakyat kita di Mesir dapat pulang kenegara kita dengan selamat hendaknya. mungkin inilah rasanya hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri. Mungkin selepas ini kerajaan dapat membawa seluruh ilmuan dari Al Azhar mengajar dinegara kita? kat Malaysia pun dah Ramai orang Arab & Dasar islam juga semakin subur insyallah.

Negara yang mempunyai Universiti yang melahirkan ulama' tersohor seluruh dunia juga tidak mampu untuk memartabatkan dasar2 islam walhal hampir 100% mereka adalah islam.
Terdapat kumpulan2 tertentu dinegara kita membuat Demo untuk menjatuhkan Hosni, Kes ini adalah isu politik di sana, kita tak perlu masuk campur politik mereka. rakyat mesir lebih tahu apa yang mereka ingin kan. munkin kumpulan tersebut boleh menyewakan pesawat untuk mengangkut rakyat kita disana. kurang beban kerajaan. kita sama-sama tolong dalam bab ini, jangan cari political mileage sangat.

Semoga Kerajaan dapat ambil tindakan segara, marilah kita berdoa agar semua mangsa dalam keadaan selamat dan dalam lindungan Allah S.W.T.

MOHD ALHAFIZ BIN ABDULLAH


Sunday, January 23, 2011

FDI Malaysia 2010 tertinggi Asia-Jalan Menuju Transformasi

Pelaburan langsung asing meningkat 409.7 peratus kepada RM21.35 bilion

Dato' Mustafa Muhammad

MALAYSIA muncul sebagai negara yang mencatat peningkatan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi di Asia dari segi peratusan pada tahun lalu dengan kenaikan 409.7 peratus kepada AS$7 bilion (RM21.35 bilion) berbanding AS$1.4 bilion (RM4.25 bilion) pada 2009, mengikut Laporan Pelaburan Dunia Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD).


Laporan Pemantauan Arah Aliran Pelaburan Global UNCTAD: Arah Aliran FDI Global dan Serantau 2010 yang dikeluarkan pada 17 Januari lalu menyebut, peningkatan yang dicatatkan Malaysia itu juga adalah antara yang paling memberangsangkan di kalangan 153 negara dalam kajiannya.

Mengulas perkembangan itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata laporan itu mengukuhkan kenyataannya baru-baru ini bahawa Malaysia mencatatkan aliran masuk FDI yang ketara berjumlah AS$5.04 bilion (RM15.3 juta) bagi sembilan bulan pertama tahun lalu berdasarkan angka dikeluarkan Jabatan Perangkaan.

“Pencapaian Malaysia itu menjadi lebih bermakna apabila laporan UNCTAD menunjukkan bahawa aliran masuk FDI global tahun lalu masih tidak berkembang dengan pertumbuhan marginal sebanyak satu peratus kepada AS$1.12 trilion (RM3.4 bilion) tahun lalu daripada AS$1.11 (RM3,38 trilion) tahun sebelumnya.

“Pencapaian ini mencerminkan peningkatan keyakinan pelabur di Malaysia. Ia menunjukkan kepercayaan pelabur bahawa kerajaan mampu melaksanakan program perubahan dan transformasi ekonomi seperti yang terkandung dalam Model Ekonomi Baru,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mustapa berkata, Malaysia juga kembali ke radar pelabur antarabangsa seperti yang dibuktikan daripada aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia sejak September lalu yang menyokong bursa mencecah paras tertingginya 7 Januari lalu pada 1,572.21 mata.

Beliau menegaskan, angka dikeluarkan UNCTAD itu secara jelas menafikan tuduhan pihak tertentu bahawa penurunan FDI ke Malaysia pada 2009 adalah disebabkan tadbir urus kerajaan yang lemah serta rasuah dalaman.

“Langkah proaktif untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan dan mengurangkan kos melaksanakan perniagaan serta kerjasama erat dengan sektor swasta menyumbang kepada pertumbuhan pelaburan dalam negara,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, kerajaan akan terus mengubah ekonomi Malaysia dalam usaha meningkatkan daya tarikannya sebagai destinasi pelaburan pilihan di rantau ini.

Mustapa berkata, baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 19 lagi Projek Permulaan (EPP) yang akan menyumbang hampir RM67 bilion dalam pelaburan serta mewujudkan 35,000 pekerjaan.

Pelan Transformasi Ekonomi (ETP)

“Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) akan terus rancak dengan lebih banyak lagi EPP sedang dirancang,” katanya.

“Saya yakin untuk tahun ini dan seterusnya, aliran masuk FDI ke Malaysia akan terus kukuh,” katanya.

Psst: Alhamdulillah semoga ekonomi kita terus dalam keadaan baik dan memberi manfaat kepada rakyat. Adakalanya kita perlu menyokong mana yang menguntungkan negara dan rakyat. Janganlah nak kondem je....

Friday, January 21, 2011

Selatan Thailand-Sampai Bila Harus Bergolak?

Sebagai seorang yang mempunyai pertalian darah selatan Thai ( Melayu Pattani), Perkara berikut pastinya memberi pengajaran kepada kita semua. Jika kita menjadi minoriti dan dijajah amat mudah untuk kita ditindas. Maka wujudlah pihak-pihak yang tidak akan berpuas hati dalam pelbagai hal. Peristiwa Tak Bai dan Masjid Krisik menjadi antara paling menyentuh hati kita terutama orang melayu islam.


NARATHIWAT 20 Jan. – Sekumpulan berpuluh-puluh pemberontak bersenjata membunuh sekurang-kurangnya empat askar Thailand dan mencederakan beberapa yang lain apabila mereka menggempur sebuah kem tentera di selatan Thai, malam tadi.Pertempuran bersenjata meletus apabila kira-kira 50 pemberontak menyerang kem di wilayah Narathiwat itu awal malam tadi, kata jurucakap tentera, Kolonel Banphot Poonpien, hari ini.

“Empat askar terbunuh dalam serangan itu, manakala tujuh lagi cedera, termasuk empat yang berada dalam keadaan kritikal,” katanya.
Penyerang melarikan kira-kira 50 laras raifal dan 5,000 butir peluru, kebanyakannya diambil daripada askar yang terbunuh, tambah beliau.Mereka juga meletupkan bom dan membakar dua buah rumah dan sebuah khemah di kem itu sebelum berundur.

Askar yang terbunuh berusia antara 22 hingga 33 tahun.Kumpulan yang disyaki puak pemisah Islam itu melancarkan kempen bersenjata di selatan Thai sejak awal 2004, menyebabkan lebih 4,400 penduduk Islam dan Buddha maut dalam konflik itu.
Kelmarin, kerajaan Thai melanjutkan tempoh perintah darurat di selatan negara ini selama tiga bulan lagi, meskipun dibantah oleh pertubuhan hak asasi manusia yang bimbang mengenai kuasa meluas yang diberikan kepada tentera di bawah perintah itu.

Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara berkata, puak pemisah melancarkan serbuan terbaru itu untuk menakutkan penduduk tempatan.
“Mereka mahu menunjukkan keupayaan mereka,” katanya, sehari selepas melawat selatan Thai. – AFP

Pemberontakan di Thailand Selatan

3 wilayah Majoriti Melayu

Pemberontakan di Thailand Selatan merupakan sebuah kempen pemisah, yang bertempat di kawasan kawasan Pattani yang didominasi oleh etnik Melayu, sebenarnya terbina daripada tiga daerah-daerah paling selatan di Thailand , dengan peningkatan keganasan yang melimpah ke provinsi-provinsi lain .
Bendera Pattani Raya

Walaupun keganasan pemisahan ini telah wujud berdekad-dekad di kawasan berkenaan, kempen ini meningkat secara mendadak pada dalam tahun 2004.
Tidak lama selepas itu, pada 19 September 2006, Sonthi dan satu junta tentera telah menyingkirkan Thaksin di dalam satu rampasan kuasa. isyarat damai daripada junta, pemberontakan masih berlanjutan dan semakin menjadi-jadi . Jumlah kematian, 1,400 pada masa rampasan kuasa, bertambah hingga ke 2,579 pada mid-September 2007. D. Jumlah kematian telah meningkat ke 3,000 di dalam bulan Mac 2008.

Junta tentera mempunyai beberapa bahan bukti bahawa pemberontakan ini telah dibiayai oleh restoran-restoran menjual sup Tom Yam di Malaysia kerana ramai masih berminat di dalam pergerakan itu.



Peristiwa Tak Bai

Luka lama di Thailand Selatan kembali berdarah sejak 2003 berikutan arahan keras oleh Perdana Menteri Thailand , Thaksin Shinawatra terhadap penduduk Yala, Narathiwat dan Pattani yang militan. Lebih 1500 telah terbunuh.
Penduduk yang merasakan diri mereka tertindas telah mengangkat senjata dan melakukan pengeboman demi pengeboman. Mereka mahu negara yang merdeka dari pemerintah Thailand.

Punca Krisis Thailand Selatan

Penaklukan British dan Perjanjian Anglo Siam 1909 telah membahagikan negara Melayu di utara. Wilayah selatan Thai yang terdiri dari Pattani, Narathiwat dan Yala pada asalnya adalah sebahagian dari Tanah Melayu tetapi telah diserahkan oleh British kepada kerajaan Thai menerusi Perjanjian Bangkok 1909. Sehingga hari ini, wilayah tersebut kekal di bawah jajahan Thai.
PULO

Lantaran itu PULO melancarkan perjuangan bersenjata sejak 1970-an.Kumpulan nasionalis selatan Thailand mahu merdeka sepenuhnya dari Thailand berdasarkan faktor sejarah. Namun akhir-akhir ini Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO) dan Bersatu bersedia berunding dengan pihak berkuasa Thailand.

Kumpulan lain mahu negara Islam di wilayah selatan Thailand. Pihak tentera Thailand menuduh Gerakan Mujahidin Islam Pattani (GMIP) dan lain-lain kumpulan serpihan menjadi pembekal bahan letupan dan melatih ahli-ahli untuk meletupkan diri , menembak curi dan memasang dinamit pada motosikal dan basikal . Sasaran utama ialah anggota tentera, polis dan sarang maksiat.


Sikap para pegawai Thai di pejabat-pejabat daerah yang mengamalkan diskriminasi dan tidak mahu memahami adat resam, perasaan dan kehendak rakyat tempatan juga menjadi punca kepada serangan-serangan kecil-kecilan ke atas pemimpin Buddha dan anggota-anggota polis yang sedang meronda.




Pihak polis pula menyerang secara senyap terhadap para imam dan guru-guru agama yang dituduh menyebarkan sentimen anti-Bangkok . Guru-guru agama dan imam di kampung-kampung hilang begitu sahaja dan penduduk Islam mendakwa polis Thailand yang melakukannya. Guru-guru di selatan Thailand dibekalkan dengan senjata api dan dilatih menggunakan bagi mempertahankan diri. Guru-guru ini dituduh menghina agama Islam dan menyebarkan agama Buddha di kalangan pelajar-pelajar Islam.
Kumpulan-kumpulan penjenayah juga dipercayai mengambil kesempatan melakukan kekacauan termasuk pembunuhan ke atas pegawai-pegawai polis yang dianggap menjadi penghalang kepada aktiviti-aktiviti haram yang mereka jalankan.

Peranan Dr Mahathir Mohamad


Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad telah ditemui oleh beberapa wakil dari selatan Thailand di pulau Langkawi sejak 2005. Sejak itu, beberapa siri rundingan telah diadakan . Nasihat dan pelan damai telah diberi pandangan oleh Dr Mahathir Mohamad yang arif tentang selok belok politik di selatan Thailand. Dr Mahathir mengambil langkah berani itu kerana hanya beliau tokoh dipercayai oleh penduduk selatan Thailand.

Pertubuhan Perdana Global Peace Organisation (PGPO) dipimpin oleh Datuk Mukhriz Mahathir menjadi pengarah eksekutifnya. Ibu pejabat pertubuhan ini terletak di Putrajaya.
PGPO bertindak sebagai orang tengah sejak Oktober 2005 bagi merundingkan pelan damai di selatan Thailand. Bekas Perdana Menteri Thailand Anand Panyarachun menemui Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur bagi mendapatkan idea, pandangan dan perspektif Malaysia menangani Krisis selatan Thailand.

Atas pelawaan Anand, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menemui Raja Bhumibol Adulyadej di Bangkok , Thailand . Baginda merestui peranan Tun Dr Mahathir sebagai pengantara dan merupakan tokoh yang berwibawa yang mewakili pemimpin Islam sederhana.
Anand Panyarachun merupakan pengerusi National Reconciliation Council (NRC) yang dilantik oleh Perdana Menteri Thaksin Shinawatra ketika itu. Tujuanny mencari kaedah terbaik mendamaikan kawasan majoriti Islam di Yala, Narathiwat dan Pattani itu.

Antara draf pelan damai ialah menggugurkan tuntutan kemerdekaan, dengan balasnya mereka diberikan pengampunan, pembangunan ekonomi yang lebih baik, lebih banyak dana dan penggunaan bahasa Melayu di sekolah-sekolah.

Kerajaan Thailand pula mahukan gencatan senjata dan meminta kumpulan pemisah di wilayah terbabit menyerahkan senjata mereka bagi menamatkan kejadian tembak dan pengeboman yang sering berlaku Yala, Narathiwat dan Pattani itu.
Tidak wajar memisahkan ketiga-tiga wilayah itu daripada Thailand walaupun dengan mengambil kira latar belakang sejarah.Lebih baik , pihak selatan berbaik-baik dengan Bangkok dan menuntut hak-hak mereka sebagai mana yang ditetapkan perlembagaan Thailand.

Pihak keselamatan di selatan Thailand berusaha menemui tokoh besar berkarisma yang dapat mempengaruhi kumpulan militan di selatan Thailand. Antara tokoh ini ialah Sapae-ing Bazo, bekas guru besar Thamma Witthaya Islamic School di Yala dan Masae Useng. Mereka dari Barisan Revolusi Nasional (BRN).

Alhamdulillah negara kita tetap aman dan damai, Melayu kita diantara melayu yang bernasib baik.

Wallahualam..