Politik kita yang semakin Panas sekarang,
Pendapat Ulama juga semakin berbeza-berbeza pendapat mengenai demontrasi,
Tak kira la Ulama politik atau neutral, namun kita dengar & pakat pikir,
Jangan kita nak ikut bulat2 jer..
Kita dengar dulu pandangan Ulama yang menentang Demontrasi ini.
Banyak diantara mereka adalah Pendakwah bebas dan sebahagian juga yang manyertai UMNO semasa ulama muda UMNO ditubuhkan, mereka adalah ahli-ahli Akademik di Universiti terkemuka yang ilmu mereka juga tak boleh disangkal dalam menyampaikan penghujjahan Al-Quran dan hadis. Ramai anti ulama macam mereka sebab kata Ulama cari makan dan sebagainya. Allah lebih mengetahui dari kita..so hormatilah ilmu-ilmu mereka. Jangan buat dosa kering.
Ulama yang Menyokong
Ustaz Wanji (Selalu berdebat dengan Hizbur Tahrir & Ulama Umno)
Ust Wan Ji memang Ulama PAS, so memang kena sokong Bersih, Cuma kalau ada Ust Haron Din atau Ust Ahmad Awang memberikan statement boleh juga dapat banyak info. Mereka dah kurang publisiti oleh orang PAS sendiri. takut jadi macam kes menggunakan nama Allah dulu. Sana cakap lain sini cakap lain kot. Banyak Point PAS dalam bersih berada dalam Blog, tetapi aku rasa Ust Wan Ji dah jelaskan dengan detail sekali, harapnya cukup kita dapatkan info bagi kita berfikir.
Geng Pro Bersih kata penerangan ini halal, tetapi kumpulan anti Bersih kata Sebaliknya..So Neutralla tu, penafsiran tidak secara terus.
Pandangan yang menyeluruh, Terdengar juga kata-kata ustaz jika buat di stadium dan sebagainya, tetapi Polis sudah melakukan perbincangan dengan pihak Bersih berkenaan stadium dan cadangan jalan-jalan ingin dilalui (Polis cuma tak nak demo tu berlaku di KL).tetapi ditolak pihak Bersih.Munkin hukum itu juga perlu diambil kira seperti mana para peniaga yang menentang. Tapi Hukum yang ustaz berikan bukan hanya untuk Bersih, tetapi yang lain juga...
ini sahaja youtube yang aku jumpa, ulama yang menyokong Demo ini agak kurang dalam Youtube. Aku amat teruja usaha Ust Zaharuddin yang mengumpulkan ulama neutral dalam perbincangan, tetapi munkin suatu hari nanti boleh memgumpulkan Ulama PAS dan UMNO sekali. Pendapat mereka juga perlu didengari, insyallah.
Psst: Terpulang Kepada kalian untuk menafsirkan, Pada pandangan aku halal, Haram atau harus sesuatu demontrasi harus kena pada tempatnya, yang berkait rapat dengan keadilan dan menolak kezaliman, apakah demontrasi Bersih Wajar dilakukan, kita tidak boleh bandingkan demontrasi Bersih seperti demo Palestin, atau demo ditimur tengah. Sesungguhnya Bersih membawa 8 tuntutan yang boleh dibawa untuk perbincangan damai..Kelemahan SPR harus diakui dan kuasa mereka juga amat terbatas.