Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Monday, May 31, 2010

Konvoi Bantuan Gaza Palestin Diserang

Seperti dijangka, peserta konvoi palestin diserang komando israel..itulah sifat binatang zionis yang langsung tidak ada sifat kemanusiaan dan tidak mempedulikan undang2 antarabangsa. Sekali pun konvoi berkenaan berada dalam kawasan zon antarabangsa..tentera zionis terus mengepung dan merampas kapal2 konvoi dan barangan untuk masyarakat Gaza.

Komando Israel Memasuki Kapal Konvoi Bantuan



Sesungguhnya Kekejaman Zionis bukanlah sesuatu yang pelik dan menghairankan...Kerana Mereka menghalalkan darah sesiapa pun selain dari mereka sendiri..selagi negara israil dan fahaman zionis ini wujud dimuka bumi..dunia pasti sukar mencapai keamanan.

Dimanakah Obama?mana janjinya untuk menyelesaikan konflik ditimur tengah ini? sesungguhnya Obama tidak punya apa2..selagi dasar luar negara mereka masih sama..angkatlah sesiapa pun menjadi presiden, nescaya masalahnya tetap sama..

Marilah kita berdoa untuk keamanan dan kesejahteraan. Semoga Allah merahmati pejuang2 Keamanan dan Keadilan. Allahuakbar....

Wednesday, May 26, 2010

Sinar FM No.1

Ranking Radio Malaysia

Sebagai Peminat Sinar FM..aku bangga gila coz Sinar FM no.1ranking Radio Malaysia
Bukan apa..siaran melayu lain dah macam kat indon..aku menyampah habis..
sekali sekala putarkan tak jadi malasah..ni dengar je Indon..adoi..tolong ah.
Kepada Hot & Era..budak2 je la dengar Radio korang...

memang agak menarik Tiada guruh tiada kilat, tiba-tiba radio Sinar FM merampas takhta radio nombor 1 Malaysia. Paling hebat hampir 2 juta pendengar layan Sinar Pagi setiap hari. Memang mengkagumkan. Radio Era kini di nombor 2 manakalah HOT FM jatuh terduduk sampai nombor 3. Apa sudah jadi? Semuanya sudah kalah dengan muzik retro daripada Sinar FM.

Walaupun keputusan dari Nelsen nie tak boleh dipercayai sangat, tapi harap-harapnya pihak yang terlibat tue bukaklah mata sikit. Orang sekarang dah boring kalau tetiap hari asyik mainkan lagu sama je. Selang sejam keluar lagu sama. Dalam sejam ada 5 lagu Indonesia. Tak pun dalam sejam tue 3o minit memanjang iklan je. Sapa tak menyampah kan?

Buat Sinar FM, teruskan usaha anda untuk memartabatkan lagu-lagu old school Melayu. Anda memang best. Tahniah dari kami kerana berjaya menjadi radio nombor 1 Malaysia.

pagi2 layan tiga orang ni..pergh..cargas...

Himpunan lagu2 retro...kat sini la banyak lagu rock2 kapak..Sinar FM la yang angkat kembali kegemilangan rock kapak, rock kangkang & Rock leleh...ha3

Abby Fana..ni sorang lagi..mmg tak bosan kalau diorg berceloteh

Monday, May 24, 2010

Majlis Tamatnya Latihan Industri Aleep...

Pada khamis (20.5.10), budak2 opis buat function sempena tamatnya Aleep, ni budak sijil..Mechanical..agak2 aku start awal bulan satu dulu. Dulu aku kat opis Damansara tak berapa hengat sangat, kiranya dalam bulan 3 camtu baru baik la..dulu jarang buat function..biasala merata2 duduk budak2 opis..sekarangni je centralize..so senang la buat aktiviti..


Tak Tentu Arah
Makan-Makan
Gembira nak blah ha3
Bagi Ucapan Sikit...


Aku & Budak2 bujang Zack, Nazmi, Tasya & Dila celeb kali kedua kat Andalus..asyik bergelak je la kejenye…hari last mesti kasi bantai sama dia..ha3…
Entiti yang belum dikenal pasti (Tasha)
Zack Hati Keras
Dila & Tasha lapor....

Sape2 ader adik nak buat praktikal hantar la kat opis aku..siap la kena bahan….

Friday, May 21, 2010

Jawab Tag Dari Puan Eka Pulak…


Thank bagi award..nice sangat walaupun tak kena dengan jiwa ganas aku..aku tetap menghargai ha3…Puan Eka..sory la..tag hang pun aku lewat juga nak jawab..tapi demi tak menghampakan Puan Eka aku jawab sejujur mungkin..



1. Apa yang bermain dalam fikiran kamu sekarang?
Cuti esok, cepatnya..
Petang ni nak gi gym nak main apa tah?
Sabtu ahad nak buat apa?



2. Nama samaran kamu ?
banyak !!!
zaman budak-hapis blues, hapih togei (haram tui)
Zaman dewasa - Madal, Rambo



3. Berikan tiga orang yang kamu sayang
Arwah Mak, Abah
Satu lagi tu tunggu masuk list…..(siapakah gerangan nya)


4. Panggilan untuk si dia
Sape si Dia tu?


5. Hadiah yang korang impikan dari orang tersayang
tah la..Kasih Sayang la kot..
hidup bujang & yatim piatu ni..dah jarang pikir2 sangat hadiah dari sesiapa pun..



6. Blog mana korang suka follow?
hohoho..yg ini byk.kalu nak tau...ada kat belah kanan nun...blog list..sume aku follow...termasuk politik punya blog..kena jugak ambik tau sikit2..pecaya lebih2 jangan.

Harap Puan Eka berpuas hati ok…

Tag Dari Puteri

Dengan Kesibukan aku ni..aku luang kan la masa jawab tag2 rakan2..sory jika terlambat..janji aku jawab ok...

Adakah anda mempunyai lesen memandu?
Of course la…Cuma nak dapatkan B full pulak (nak bawak motor besor)

Bilakah anda mengambil lesen memandu?
Awal tahun 2002..sebelum melangkah masuk UTM..wajib ada lessen beb…
Camne nak dapat motor kalau takde lesen.

Berapa lamakah pengalaman memandu anda?
Motor aku rasa dah 12 tahun…merempit masa sekolah..sekolah rendah dah bawak motor (orang kampong biasala beb)
Kereta dalam 7 tahun gitu la…..semua aku bawak manual or Auto.

Pengalaman pahit ketika memandu?
Akuni mat rempit..kenangan pahit naik motor? Tayar pancit dalam perjalanan dari JB ke KL..tapi still bawak sampai Nilai..masuk bengkel..sorang2 pulak tu ha3…Hujan & panas sudah biasa bagi aku. Pengalaman Kalau naik kereta aku langgar budak sekolah kat kampong..fobia bawak keta 3 bulan..padahal budak tu takde apa2 pun..& salah budak tu juga hu3.

Pengalaman manis?
Kalau motor konvoi2 ramai2 dari UTM(JB) ke KL..memang best..adala dalam 4,5 kali juga..
Kalau bawak kereta…tak tau la apa yang best..sebab takde kereta sendiri lagi pun…

3 tabiat ketika memandu?
1. Bukak radio SINAR FM. Layan rock kapak
2. Menyanyi sekali dengan penuh perasaan
3. Usha awek kat kereta sebelah..(gurau je)

3 pantang time i memandu bila?
1. Ader kete masuk simpang tak bagi signal (Aku mesti membebel kereta beribu singal pun tak bleh pasang)
2. Anak2 sedara suruh bukak siaran radio Hot & Era..geli aku…
3. Kereta rosak la der…..

Harap jawapan2 yang diberikan akan memuaskan hati semua pihak ha3...

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru....



Guru merupakan pekerjaan mulia..
dari gurulah kita menjadi insan seperti sekarang...

Bersempena hari guru yang disambut,
aku juga tak terlepas mengucapkan selamat hari guru
kepada semua guru2 seluruh Malaysia,
teristimewa Guru2 yang mengajar aku sebelum ini,

Bermula dengan Guru guru di tadika kemas Titi Kasai (1989-1990), Sekolah Rendah kebangsaan Toh Sajak (1991-1996),Sekolah Menengah Dato' Kamaruddin (1997-1999), Sekolah Menengah Teknik Gerik (2000-2001), Matrikulasi Pulau Pinang (2002-2003), dan Universiti Teknologi Malaysia (2003-2007), serta tok2 Guru sekolah & kelas Agama.

Agak sukar untuk mengucapkan kepada setiap seorang guru..
Dengan didikan mereka lah aku ada ditahap sekarang..
semoga allah membalas jasa mereka didunia dan diakhirat
sesungguhnya ilmu adalah Penyuluh kepada kehidupan manusia..

Teristimewa kepada Cikgu Normaliza yang sekarang masih mengajar di sekolah teknik Gerik. Kerana kesan dari tunjuk ajar beliau yang telah merubah banyak cara belajar aku...

psst: kepada Arwah Mak & abah..Mereka Adalah Guru yang Paling baik dalam Dunia...Alfatihah

Monday, May 10, 2010

Lelaki muda boros

KUALA LUMPUR 9 Mei – Wanita sering dikaitkan dengan hobi ‘membuang duit’ iaitu membeli-belah, namun hakikatnya lelaki muda merupakan golongan yang paling ramai dibelenggu hutang kerana kegagalan menguruskan kewangan.

Golongan itu mula mengumpul hutang sejak awal bekerja dan apabila berumah tangga, hutang semakin menimbun sehingga gagal dibayar menyebabkan mereka terpaksa mendapatkan khidmat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk keluar daripada masalah itu.

Menurut statistik yang dikeluarkan AKPK, dari 2007 hingga Februari 2010, seramai 25,107 atau 69 peratus daripada 36,547 pelanggan perkhidmatan pengurusan kredit di agensi itu adalah lelaki.

Lelaki berusia 30 hingga 40 tahun merupakan golongan yang paling tinggi iaitu 44.6 peratus atau 16,286 orang mendapatkan khidmat itu bagi melangsaikan hutang masing-masing diikuti 14,622 orang golongan berusia lebih 40 tahun (40 peratus) dan 5,639 orang golongan berusia antara 20 hingga 30 tahun (15.4 peratus).

Golongan yang berkahwin paling ramai mendapatkan khidmat itu iaitu 28,068 orang (76.8 peratus) diikuti bujang seramai 6,260 orang (17.1 peratus) dan bercerai seramai 1,508 orang (4.1 peratus) sementara kematian pasangan seramai 711 orang (dua peratus).

Menurut statistik itu, masing-masing 25 peratus punca golongan tersebut tidak mampu membayar balik pinjaman adalah disebabkan kegagalan merancang kewangan sejak mula bekerja dan perbelanjaan perubatan yang tinggi.

Penyumbang ketiga terbesar pula ialah penggunaan kad kredit di luar kawalan iaitu sebanyak 17 peratus diikuti gagal dalam perniagaan dan hilang pekerjaan iaitu masing-masing 12 peratus.

Faktor lain ialah kematian ketua keluarga (dua peratus) diikuti kegagalan dalam pelaburan (satu peratus) dan lain-lain (enam peratus).

Copy from Utusan..

Komen Aku: betulkah nih..aku rasa ada betul jugak....tgok dari cara hidup kawan2 yang agak boros..aku tak pasti banyak ke tidak simpanan mereka...apa pun terpulang kepada pengurusan kewangan kita...

Saturday, May 8, 2010

Takziah Buat Adik Aminulrasyid

Assalamualikum & salam sejahtera
kalini just nak kongsi isu semasa bersama rakan2 sekalian

Kes tembakan remaja oleh polis telah menarik perhatian seluruh negara. Walaupun kes ini masih dalam siasatan, namun camputangan banyak pihak menyebabkan kes ini bertambah panas..banyak variasi cerita timbul berkenaan kes ini..

Aku kat sini tak ingin masuk campur sangat kes ini..namun macam biasa akuni vice versa..nak pikir lain dari orang lain..ramai rakan2 aku salahkan polis dalam hal ini kerana mengangap polis bersalah kerana menembak mati seorang budak berumur 15 tahun. Dengan variasi cerita ini..kita pergi kepada fakta yang tidak boleh disangkal.

1. Apakah adik amin buat pada jam 2 pagi? adakah ibu dan keluarga beliau membenarkan beliau keluar pada waktu begini?
2. Adik amin baru berumur 15 tahun tetapi sudah memandu kereta sendiri bersama rakan. Persoalannya adakah ahli keluarga memang tidak kisah adik amin memandu pada usia sebegini?

Persoalan diatas tidak pernah disentuh malah tidak dikomen oleh pihak keluarga.

Adik amin juga Melarikan diri dari polis sejauh 5km serta melanggar lampu isyarat merah. Cuba kita bayangkan kita sebagai polis..apakah tanggapan kita pada jam 2pagi, sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan, melarikan diri dari polis..setelah disuruh berhenti masih terus memecut..bukankah ini cara penjenayah melarikan diri..polis pastinya tak tahu berapa umur pemandu tersebut..ramai juga mempertikaikan polis tidak boleh bertindak dengan melepaskan tembakan jika suspek tidak bertindak dengan senjata..pada pandangan sesetengah pihak senjata yang dimaksudkan seperti senjata api, parang dan senjata2 lain..tapi bak kata KPN kereta juga boleh menjadi senjata membunuh..macam mat rempit merempuh sekatan polis.

Polis takkan menembak kita jika kita sedang makan, polis tidak menembak kita jika sedang bermain, polis juga tidak menembak sebarangan..ini menunjukkan tindakan polis ada alasannya. Kita juga langsung tidak mendengar komen2 polis terlibat, ini kerana PDRM masih mempunyai etika dan menghormati undang2..agaknya jika polis membuat sidang akhbar bagi mempertahan kan mereka, lagi banyak cerita cerita lain.

Kita harus meletakkan diri kita dalam kedua2 keadaan, ibu mangsa dan juga anggota polis..jangan kita terlalu menerima pendapat dan pandangan tanpa soal..kita juga tersentuh kerana ibu amin menangis dan membawa gambar2 amin dalam sidang media..tapi keadilan bukan dengan perasaan, tetapi fakta dan bukti, jangan kerana bencikan polis..semua yang dilakukan mereka salah..mereka juga manusia biasa..kes ini mestilah adil dalam segala segi. Kepada parti politik jangan la nak ambik kesempatan..mana parti politik dan NGO taktala polis ditembak, dilanggar, serta kejayaan menyelesaikan banyak jenayah?

Kepada saksi sahabat amin, kenyataan sidang akhbar beliau amat tidak wajar sama sekali, beliau hanya berumur 14 tahun dan mudah dipengaruhi pihak lain, ini telah mengganggu proses siasatan. Dalam sidang media tersebut beliau mengatakan adik amin mahu balik ke rumah diwaktu polis mengejar mereka, inilah pemikiran belum matang, tetapi dibiarkan memandu. Biar mahkamah mendengar keterangan beliau. Diharap kes ini akan dijalankan seadilnya. Bagi penadapat aku kes ini adalahh satu kemalangan dan salah faham..allah lebih mengetahui hal sebenar..wallahualam.



Psst: ingat lagi pesan mak dan abah supaya balik rumah awal dan jgn merayau tgh2 malam.. Adakah ibu bapa sekarang masih kisah lagi pendapat ini? Agaknya kes amin ini satu pengajaran kepada semua ibu bapa dimalaysia..

dibawah adalah petikan dari blog Dr Novandri Hasan Basri.

Cuba bayangkan anda seorang pegawai polis dan anda bertugas di sebelah malam bersama rakan-rakan polis yang lain.

Di malam itu semasa anda mengadakan rondaan biasa di kawasan-kawasan perumahan, anda dan rakan anda telah menyaksikan sebuah kereta yang sangat mencurigakan dan kereta itu tidak berhenti setelah melanggar kereta dan juga motosikal.


Pemandu tersebut memecut laju tanpa menghiraukan kesalahan yang telah beliau lakukan sebelum itu. Apakah reaksi anda sebagai seorang pegawai polis apabila anda melihat kejadian tersebut atau mendapat laporan tentang kejadian tersebut?

Seperti biasa, anda akan menjalankan tugas anda untuk mengejar kereta tersebut kerana pemandunya telah melakukan kesalahan berturut-turut tetapi tidak mahu berhenti.

Walau anda telah menghidupkan siren polis, pemandu tersebut masih tidak mahu berhenti malah masih berdegil untuk melepasi diri daripada dikejar anda dan rakan polis anda.

Tatkala itu, apakah yang anda sebagai seorang polis akan syak dan apakah langkah seterusnya yang perlu anda lakukan?

1. Anda berdepan dengan seorang/beberapa suspek yang telah melanggar beberapa kereta dan motosikal tetapi tidak berhenti.

2. Suspek tersebut masih tidak mahu berhenti walau pun anda dan rakan polis telah memberi amaran dengan menghidupkan siren polis.

Pastinya anda mengsyaki sesuatu yang berbahaya dan suspek mungkin berniat jahat atau telah melakukan kesalahan yang amat besar seperti kes seorang pesalah yang memandu sangat mencurigakan dan apabila ditahan oleh pihak polis di dapati beliau sedang dalam perjalanan untuk membuang kekasih beliau yang beliau baru bunuh!

Dan dalam suasana yang gelap dan malam, apakah anda dan rakan polis anda akan terfikir atau mengagak bahawa seorang budak kecil berusia 15 tahun yang sebenarnya memandu kereta itu dengan baik ?

Sudah tentu tidak kerana tidak ada satu keluarga pun yang akan membenarkan budak seusia itu memandu kereta! Keluarga itu patut disalahkan kerana cuai dan tidak kisah tentang anak-anak mereka.

Dan budak tersebut semestinya telah memandu beberapa kali sebelum kejadian tersebut. Jika tidak, tidak mungkin budak itu dapat memandu dengan baik sekali.

Setelah anda dan rakan polis anda berlogik dan memahami situasi, anda mengambil keputusan untuk melepaskan tembakan ke arah kereta itu. Anda melepaskan tembakan ke arah tayar kereta tersebut supaya kereta itu berhenti atau pun si pemandu menjadi amat takut dan berhenti sendiri.

Tetapi kereta suspek terus bergerak walau pun telah ditembak beberapa kali. Di dalam beberapa saat dan minit itu, apakah yang anda dan rakan polis anda fikirkan?

Kejadian kejar-mengejar adalah pada waktu malam dan anda atau sesiapa sahaja pasti tidak akan tahu umur, bangsa atau agama pemandu tersebut.

Jika suspek di dalam kereta tidak menghiraukan kesalahan awal beliau, tidak menghiraukan amaran siren polis dan terakhir sekali tidak menghiraukan tembakan dari anda dan rakan polis anda, apakah yang anda atau pun semua orang tatkala itu akan terfikir dan syak?

1. Budak sekolah 15 tahun ? atau

2. Penyenayah merbahaya yang dikehendaki oleh pihak polis?
Tambahan : Masih ramai yang tidak faham bahawa tidak mungkin sesiapa pun yang akan syak atau terfikir bahawa pemandu tersebut berumur 15 tahun memandangkan kepada kesukaran penglihatan (malam), kesukaran untuk mengenalpasti identiti pemandu semasa adegan kejar-mengejar dan kebolehan pemandu yang memandu sehingga berlaku high-speed chase.

Sunday, May 2, 2010

Hand Phone.......

Salam semua..
Kali ni aku ambik idea dari puan eka..
Cerita pasal handphone(hp)..setelah aku baca posting dia,
nampak agak menarik nak aku kongsikan bersama rakan rakan sekalian tentang hp nih.

Aku masih ingat 1st time aku pakai handphone pada 2002..masa tu still study kat matrik penang..aku beli hp 2nd hand je pun nokia 3210 (korang ingat lagi ke brand ni?),aku beli kat summit BM..harga berapa ratus tah,dekat 5 rat kot..
sim kad pun masa tu rm200 lebih jugak(sekarang ni rm7 ringgit je)..
that time maxis la..no tu la aku pakai sampai sekarang,
akuni kira setia habis la.. ha3.

Aku pakai hp tu tak sampai setahun dah rosak..sebab nya nak charge battery dah tak boleh. Lepas tu aku tukar nokia 3310 (yg ni comfirm korang tau)..yang ni aku dapat free je..kak aku bagi hp dia coz dia guna yang baru..aku pakai sampai study kat UTM 2005..lama jugak tuh..rosak sebab benda yg sama..tak bleh charge jugak...masa nih hp coulour screen tgh fofular..kalau korang ingat hp sabun nokia 6600, daun, & seangkatan...

aku beli hp sabun, aku memang berkenan betul dengan hp ni dulu,..kalau member2 yang rapat dengan aku sure ramai tahu hp nih..aku beli di pertama kompleks, harga waktu tuh around 1K jugak aku ingat, kira mahal la tu..banyak kenangan hp nih..beribu2 gambar & video aku ambik..masih tersimpan rapi dalam hard disc..kalau korang tgok dalam FB aku pic blur2 tuh..guna hp ni la..boleh dikatakan hp ni la aku guna ambik gambar sepanjang 5 tahun aku menggunakan nya, jatuh dah berapa kali aku tak ingat..tapi lasak la....ramai jugak perli aku masa aku start kerja kenapa tak tukar hp..aku selagi hp tu boleh hello2 & msg..kira ok la tuh..pada awal tahun 2010..sabun dah start meragam la..orang call aku dengar, aku jawab diorg tak dengar..tu kira kritikal part dah tu..dah selalu sgt buat hal..
cantik lagi tuh...


tiada cacat cela


belakang dah pecah sikit..ader pelekat upin ipin lagi


aku pun terus sambar hp baru..aku pun tak sempat nak servey2 sgt..tgok2 internet aku terus target beli..sekarang ni aku pakai HTC touch Pro 2..tak pernah terpikir pun nak pakai hp ni..sebab aku pilih hp ni coz smartphone..ade wifi..os pun guna windows..kira macam lap top la ader microsoft office,pdf email & etc. paham2 la semua ader,boleh constum boleh tgok facebook,blog,news & tgok2 email. Aku tgh update blog pun guna hp ni la.. HTC ni banyak brand..aku ambik yang ni coz ader keypad..aku mmg tak boleh taip atas screen..tekan A jadi S ha3..that why aku tak beli i phone..sebab takde keypad.


wall paper



screen & keypad
with cover (dah koyak skit masa xcident haritu)

pandangan sisi

pandangan hadapan


Satu perkara yang aku tak boleh tinggalkan dengan hp ni dari mula pakai hp sampai sekarang waktu tido..hp mesti duduk sebelah..hp ni la jadi alarm bangun tido.

Ada pepatah baru aku nak bagi,
1-Apa guna technology kalau tak digunakan.
2-secanggih mana pun technology, adakalanya ia perlu di abaikan.

Ok..
Wassalam...