Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Tuesday, August 31, 2010

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE 53…….. ‘MERDEKA 3X’




Assalamualaikum ,
Alhamdulillah tanggal 31 Ogos harini kita
menyambut kemerdekaan yang ke 53.
Kemerdekaan ini sepatutnya menjadikan kita lebih
dewasa dan lebih baik hendaknya.

Walaupun jatuh pada bulan Ramadhan yang mulia ini..
semangat cintakan Negara tetap harus ada dalam setiap warganegara Malaysia.
Kerana disinilah tanah air kita,
Negara ini harus dijaga dan disayang sama seperti
kita menjaga barangan, harta benda dan keluarga kita.

Alhamdulillah kita dilahirkan dimalaysia..
negara yang makmur dan aman damai..
sesungguhnya kita harus bersyukur atas nikmat yang Allah berikan.
Kita sebagai khalifah harus menggunakan nikmat ini sebaik baiknya
untuk mencapai keredhaannya.

Disini aku nak letakkan la gambar aku masa belajar di UTM dulu..
bagaimana bangganya aku menjadi Rakyat Malaysia…

yang ni kat rumah aku..still melekat

on the way nak ke gym..tgok belakang la beb

mana aku songlap la bendera kecik ni..ambik tepi jalan kot

bulan puasa di UTM..nak gi terawikh

sorryla..bilik bujang..ader hanger la plak...


setakat itu jelah..tak la patriotik mana pun...



1 MALAYSIA
MENJANA TRASFORMASI

MOHD ALHAFIZ ABDULLAH

MENGKAFIRKAN MASJID!



Salam 2 all.

Saya perturunkan disini pandangan seorang ilmuan muda mengenai isu membenarkan kafir memasuki ruang solat masjid. Ustadz Fathul Bari Mat Jahaya, sekarang menyandang jawatan Penasihat Agama IJN adalah anak bekas Mufti Perlis Datuk Mat Jahaya. Dikenali sebagai seorang yang giat berdakwah melalui ceramah dan penulisan, beliau sendiri pernah ditahan kerana memberikan tazkirah didalam sebuah surau.

Agak ironis seorang ilmuan saperti Ustadz Fathul Bari tidak dibenarkan memasuki surau dan masjid untuk bertazkirah, tetapi kafir harbi yang menentang Islam bukan sahaja boleh masuk tempat utama solat, malah dibenar bertazkirah sambil memijak tempat sujud umat Islam yang tanpa segan malu menhulur tangan menagih angpau dan bantuan dari tangan kafir harbi ini.

Moga-moga pandangan beliau ada menafaatnya untuk mereka yang masih ada sekelumit iman didada.

Wallahua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
21 Ramadhan 1431
31 Ogos 2010

##############################

Bila bukan Islam dipuji, sesama Muslim dicaci!
Oleh Fathul Bari Mat Jahya

Kita tidak nafikan bahawa ilmuwan Islam berselisih pandangan tentang hukum bukan Muslim masuk ke masjid. Ada yang membenarkan secara mutlak. Ada juga yang melarangnya secara mutlak. Begitu juga ada ulama yang membezakan antara masjid di tanah haram dengan tanah halal.

Jika masyarakat kita selesa dengan mazhab al-Syafi'e, saya bawakan di sini kenyataan seorang pendokong mazhab ini iaitu Al-Imam al-Nawawi di mana beliau menyatakan bahawa mazhab al-Syafie mengharuskan bagi bukan Islam masuk ke semua masjid kecuali di masjid al-Haram dan sekitarnya (yakni di tanah haram Mekah).

Bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke tanah haram Mekah, ada pun selain dari Mekah diperbolehkan dengan syarat mendapat keizinan dari umat Islam.

Kata al-Imam al-Nawawi lagi: "Dan sekiranya bukan Islam itu dalam keadaan berhadas besar, bolehkah dia berdiam di dalam masjid? Ada dua pandangan, dan yang paling shahih adalah dibenarkan." (lihat Majmu' Syarh al-Muhazdzab, karya al-Imam al-Nawawi 19/437).

Adapun firman Allah, maksudnya: "Wahai orang yang beriman sesungguhnya orang musyrik itu adalah najis, maka mereka tidak dibenarkn mendekati masjid al-Haram selepas tahun ini". (surah al-Taubah, 9:27),

Bukan bererti zahir najis tubuh mereka, sebaliknya larangan memasuki masjid al-Haram kerana perbuatan mereka yang suka mempraktikkan adat-adat Arab jahiliyyah seperti bertawaf dalam keadaan telanjang. Bahkan larangan ini khusus untuk masjid al-Haram dan tanah haram Mekah secara umumnya.

Perlu diingatkan para ulama telah bersepakat; bukan Islam dibenarkan untuk masuk ke masjid kerana keperluan seperti inginkan bantuan atau mendengar dakwah Islam. Dan hal ini perlu. mendapat keizinan daripada pemerintah Islam.

Al-Syeikh Soleh al-Munajjid yang merupakan ulama terkenal di Saudi Arabia merangkap penyelia bagi laman web soal jawab Islam terkenal, iaitu www.islamqa.com, menyatakan: "Ada pun masuknya bukan Islam untuk sekadar lawatan melihat masjid dan bersama-sama dengan mereka para wanita yang tidak menutup aurat, membawa kamera, serta masuknya mereka ke masjid tanpa penghormatan, maka hal ini merupakan perkara mungkar lagi tercela. Tidak boleh membenarkan mereka masuk." (no. fatwa: 9444).

Saya katakan, sedangkan Nabi pernah menghalau seorang wanita yang bersuami kerana memakai wangian ketika datang ke masjid. Bahkan Nabi menyuruh wanita tersebut pulang dan mencuci wangian itu (riwayat Ibnu Khuzaimah).

Jelas, larangan Nabi SAW kerana dibimbangi wangian tersebut mengganggu penumpuan jemaah masjid, apatah lagi memasuki masjid dalam keadaan yang tidak menutup aurat. Sewajarnya kita memberi penghormatan kepada masyarakat tempatan yang agak sensitif dengan isu seperti ini. Setiap adat yang tidak bercanggah dengan syariat, perlu dihormati.

Kaedah fiqh jelas menyatakan bahawa "al- 'aadah muhakkamah' iaitu adat yang tidak menyanggahi hukum syarak harus dipraktikkan. Dan perkara ini perlu dirujuk kepada pemerintah Muslim.

Memang Nabi SAW pernah membenarkan deligasi dari kabilah Thaqif masuk ke masjid sedangkan mereka itu bukan Islam (riwayat al-Thobrani). Begitu juga Tsumamah bin Utsal yang masuk ke masjid sebelum memeluk Islam (riwayat al-Bukhari).

Bahkan masjid di zaman Nabi SAW dibuka untuk semua manusia agar dakwah Islam dikenali dan diterima. Deligasi atau individu bukan Islam diberi peluang untuk memasuki masjid agar dapat melihat akhlak dan kebaikan Islam seterusnya membuatkan mereka tertarik untuk menerima dakwah Islam.

Tetapi apa yang berlaku hari ini amat berbeza, bukan Islam yang jelas menentang secara terang hukum Allah bahkan secara dasarnya parti mereka tidak akan menerima 'gelaran' negara Islam dan undang-undang Islam di Malaysia, diberi peluang untuk berucap di dalam ruangan solat dan mendapat layanan mesra daripada umat Islam.

Sedangkan apabila orang Islam yang berlainan parti ingin memberi sumbangan dan bantuan, masing-masing menolak kerana takut parti yang bertentangan dapat meraih populariti. Subhanallaah. Inikah sikap Muslim dengan saudaranya sendiri?.

Majlis Fatwa Ulama Arab Saudi yang diketuai oleh al-Syeikh Abdurrazzaaq 'Afifi (pada ketika itu) telah mengeluarkan fatwa tentang hal ini: "Pihak ahli majlis fatwa telah bersepakat bahawa melibatkan bukan Islam dalam pembinaan atau pengimarahan masjid di samping wujudnya Muslim yang mampu untuk membantu, adalah dilarang sama sekali." (lihat Keputusan Fatwa no: 28, tarikh, 21 Syawal 1400H)

Dua perkara yang perlu ditekankan di sini adalah; pertama bagi pihak yang meminta bantuan, mereka perlu lebih berhati-hati agar tidak melanggar dasar-dasar dan prinsip-prinsip Islam. Kedua, bagi Muslim yang berkemampuan, janganlah terlalu memilih untuk membantu. Difokus kepada partinya, diabaikan lawannya. Begitu juga sikap ingin glamour dan popular perlu dihapuskan daripada jiwa kita.

Islam tidak melarang kita menyiarkan kebaikan yang dilakukan sekiranya berniat agar dicontohi orang ramai. Tetapi jika niat kita untuk meraih undi dan populariti, maka hukumnya haram. Bagaimanapun, urusan niat adalah milik Allah. Usah sesiapa cuba mengambil alih tugasan Allah. Cuba bayangkan jika suasana bersedekah ini dipraktikkan oleh umat Islam, nescaya kita mampu mencipta perpaduan yang kukuh lagi utuh. Lihatlah, jika kita mengabaikan umat Islam, bukan Islam dipuji manakala Muslim dicaci.

Saya tidak nafikan bahawa umat Islam wajib melindungi hak-hak bukan Islam di negara ini kerana mereka adalah ahlul dzimmah (yang dilindungi kerana perjanjian).

Jika dulu, bukan Islam masuk ke masjid untuk didakwah, tapi hari ini mereka masuk ke masjid memberi nasihat dan tazkirah. Dua suasana dan pendekatan yang berbeza. Maka sudah tentu hukumnya tidak sama.

Wallaahua'alam.

FATHUL BARI MAT JAHYA
Penasihat Agama Institut Jantung Negara

Semua petikan diambil dari Blog Zulkifli Noordin.....
Anda Nilailah sendiri.....

Wednesday, August 25, 2010

DISEBALIK KEJADIAN PENAHANAN NELAYAN MALAYSIA OLEH INDONESIA



Pada masa kejadian, kelima-lima bot tersebut sedang menangkap ikan di perairan yang telah menjadi kawasan menangkap ikan sejak sekian lama. Pasukan Gerakan Marin (PGM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menerima laporan insiden tersebut pada 9.35 malam.

Susulan dari itu, bot ronda laju PC 9 dan PSC 26 PGM diketuai oleh Asisten Supritendan Ahmad Amri Abdul Rahman yang sedang membuat rondaan rutin di perairan tersebut telah diarahkan mengesan bot nelayan tersebut. Pada 10.45 malam, lima bot nelayan dan bot Dolphin 015 dikesan di lokasi 010 18.9’ Utara, 1040 24.4’ Timur iaitu kira-kira 0.4 batu nautika dari Batuan Tengah (Middle Rocks) yang sedang dalam pelayaran menuju ke Batam, Indonesia.

Lokasi ini masih di dalam perairan laut wilayah Malaysia. Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei 2008 telah memutuskan Batuan Tengah milik Malaysia. Bot PC 9 telah mengarahkan bot Dolphin 015 untuk berhenti namun tidak diendahkan dan dua das tembakan flare ke udara menggunakan light pistol dilepaskan.

Bot Dolphin 015 masih enggan berhenti dan terus memecut laju memasuki perairan Indonesia. Bot PGM berhenti mengejar setelah Bot Dolphin 015 didapati memasuki perairan Indonesia.Tindakan PGM ini adalah selaras dengan prosedur yang ditetapkan di bawah Arahan Ketua Polis Negara, tembakan amaran ke udara tidak dilepaskan kearah bot Dolphin 015 dan bot PGM berhenti mengejar setelah bot tersebut memasuki perairan Indonesia.

Semasa PGM membuat pemeriksaan ke atas lima bot nelayan tersebut, didapati tiga pegawai penguat kuasa KKP menyorok di dalam bilik enjin dua bot nelayan dan salah seorang darinya telah menanggalkan pakaian seragam KKP.Tindakan itu dipercayai bagi untuk mengelak dari ditangkap oleh PGM. Sistem Penentu kedudukan Global (Global Positioning System) bot juga telah dirosakkan.

Salah seorang penguat kuasa KKP telah dihubungi oleh Ketua Bot Ronda KKP yang dikenali sebagai Hammanto dan telah menawarkan pertukaran pegawai penguatkuasa KKP yang ditahan dengan tujuh nelayan Malaysia.Namun demikian, tawaran tersebut ditolak kerana ia berlaku dalam perairan Malaysia dan PGM bertegas tindakan undang-undang akan diambil sewajarnya. Kesemua lapan nelayan dan lima bot serta tiga penguat kuasa KKP telah dibawa ke Jeti Jabatan Laut Tanjung Pengelih untuk siasatan lanjut.

Ketiga-tiga pegawai penguatkuasa ini telah disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan (Penculikan).Mereka telah ditahan di lokap IPD Kota Tinggi dan direman selama empat hari oleh Mahkamah sehingga 18 Ogos 2010 bagi siasatan lanjut. Pihak PDRM telah memberikan layanan yang sama sebagaimana yang digunapakai ke atas warga Malaysia yang ditahan dalam lokap berdasarkan prosedur yang ditetapkan.

Pada 14 Ogos 2010, satu laporan Polis telah dibuat oleh adik salah seorang nelayan yang ditahan menyatakan bahawa beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada nombor telefon +6281270228267 yang tertulis “Tolong kirim RM1,000 Untuk taikong Melayu untuk tiga orang Cina RM 2,500, jadi semua RM 3,500. Kirim lewat western union atas nama Harun No KTP 2171071708659006, Alamat: Tanjung Piayu sei Beduk, Batam. Ok?.

Siasatan awal PDRM mendapati nombor telefon tersebut juga turut disimpan dalam telefon bimbit milik tiga pegawai penguat kuasa KKP. Pada 16 Ogos 2010, lima pegawai dari Konsulat Jenderal Republik Indonesia telah datang ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bagi membincangkan urusan pembebasan tiga pegawai penguatkuasa KKP.Pegawai tersebut juga dibenarkan menemui tiga penguat kuasa tersebut di lokap IPD Kota Tinggi.

Pada 17 Ogos 2010, pukul 9.20 pagi, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi telah menyerahkan tiga pegawai penguat kuasa KKP kepada Jonas L. Tobing, wakil Konsulat Republik Indonesia.Pembebasan ini dibuat setelah beberapa siri rundingan diplomasi, siasatan kes telah selesai dijalankan dan bagi menjaga hubungan baik Malaysia dan Indonesia.

Malaysia telah mengemukakan Nota Bantahan Diplomatik ke atas tindakan pencerobohan dan penahanan 7 nelayan Malaysia oleh bot Dolphin 015 milik KKP.Tindakan ini merupakan satu pencabulan ke atas integriti dan kedaulatan wilayah Malaysia.Sejak 2005 hingga Ogos 2010, terdapat 12 kes pencerobohan bot dan kapal Pihak Berkuasa Indonesia dalam perairan Johor sahaja.

Nelayan tempatan yang menangkap ikan dalam perairan Malaysia kerap menjadi mangsa peras ugut dan diminta membayar sejumlah wang bagi membebaskan nelayan yang ditahan.Insiden seumpama ini akan berulang di masa hadapan khususnya dalam musim perayaan yang akan disambut tidak lama lagi.

Pihak Berkuasa Malaysia komited dan akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dalam kawasan perairan Malaysia berdasarkan Peta Baru 1979 ke atas sebarang pencerobohan dalam perairan negara.Pihak nelayan hendaklah memberikan kerjasama dengan terus membuat laporan kepada Pihak Berkuasa mengenai insiden yang berlaku supaya tindakan yang cepat dan berkesan dapat diambil sewajarnya.

Di samping itu, tindakan-tindakan yang diambil oleh pegawai penguatkuasa KKP Indonesia semasa berada di dalam bot nelayan telah menimbulkan keraguan dan mengukuhkan lagi pandangan bahawa insiden ini adalah angkara pihak dan individu daripada agensi berkenaan menggunakan kedudukan mereka demi kepentingan masing-masing.

Keberadaan mereka di atas bot nelayan dan tindakan menanggalkan pakaian seragam serta menyorok di dalam bilik enjin jelas menunjukkan bahawa mereka telah melakukan pelbagai kesalahan dan berusaha untuk menggelak daripada dikesan oleh pihak PDRM.Usaha untuk membuat pertukaran tujuh nelayan dan tiga pegawai KKP oleh ketua bot Dolphin 015 dalam tempoh beberapa jam setelah kejadian dilihat sebagai inisiatif persendirian beliau untuk menutup insiden berkenaan.



15 Ramadhan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, harini sudah 15 hari kita dibulan ramadhan.
bulan yang penuh keberkatan dan hikmah.

Alhamdulillah juga aku dapat terus menunaikan ibadah puasa sehingga kehari ini,
ada juga bertanya aku seperti biasa disebabkan aku masih aktif..bagi aku kita umat islam sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk tidak makan dan minum dalam masa 12 jam.bagi kanak2 kita tolak ketepi..bagi yang dewasa..tidak ada alasan untuk tidak berpuasa kecuali dalam keuzuran...

aku tak nak sentuh sangat bab makan minum nih,
jika puasa hanya dilihat dari segi itu maka tiada yang istimewa.
bagaimana dengan puasa mata, mulut, telinga, hati dan perbuatan kita?

Rasulullah ada bersabda...kebanyakan umatku dibulan puasa hanya mendapat lapar dan dahaga..jika kita lihat komen2 di FB..masih ada caci mencaci, kata mengata dan sebagainya..termasuk di blog2..sesungguhnya itu akan mengurangkan pahala puasa kita.

Tahun ini juga menjadi sejarah aku..sudah hari ke 15 aku tidak pernah pergi mana2 bazaar ramadhan...sebabnya takde masa..aku just beli tepi jalan & bawak balik,

satu lagi bab aku tak suka adalah wanita2 kita terutama orang2 muslim yang tidak memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat..dibulan puasa ini hormatilah mereka yang berpuasa..dimanakah sensitiviti kita terhadap Agama kita sendiri?

Wallahualam..
Selamat berpuasa...

Saturday, August 14, 2010

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Alhamdulillah,
tahun ini kita berjumpa lagi dengan bulan ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Dibulan ramadhan ini..marilah kita sama2 meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t. bulan puasa ini melatih kita untuk bersabar dan melatih kita lebih dekat kepada allah. biarlah bulan puasa ini akan merubah kita menjadi lebih baik.


salam Ramadhan....


psst: Sorry coz tak dapat tulis panjang2..busy

Thursday, August 5, 2010

Lawatan Ke Depot KTMB Batu Gajah

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia,
Dalam Kesibukan kerja aku..saje la aku just nak update blog,
tgok blog kawan2 yang rancak setiap hari...dalam kesempatan yang ada.
aku gunakanlah..

Hampir setiap minggu outstation,
memang aku busy habis, kalau dah outstation,
sure la keje2 opis & design ditinggalkan,
balik outstation kene masuk meeting itu dan ini..
so bila la aku nak start buat design..lepas office hour la jawabnya,
tak kisahla..janji korang bayar aku huhuhuhu...

mingguni aku conduct satu lawatan ke Depot Keretapi KTMB Batu gajah,
Bawak geng2 Gamuda, KSET & Contractor..maklumla..diorang tak pernah tgok depot
so..kene la bagi gambaran kat diorg ni..

so korang tgokla gambar2 aku ni..
pasal cerita 2,3 minggu lepas, aku pun dah lupa...
layan....



Dah Macam Video Clip Rock Kapak Aku tengok

Ada Berani?

Geng Tarik Kereta...Pi




Agak2 Korang Tak puas Hati Enjin Kereta korang..pakai enjin ni la...

Kat Pit Area

12hb ni secara rasmi ETS (electric Train Set) akan digunakan sepenuhnya dari Ipoh ke Kuala Lumpur..aku tanya Bos dia 2 jam jugak dari ipoh ke KL sentral..Kira Ok la tu sape2 dari ipoh nak ke KL...

Ok jumpa lagi
Assalamualaikum...

Psst:Nak Pose dah...