Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Tuesday, October 19, 2010

Bonus Kepada Penjawat Awam...Yes Or No!



Seperti diketahui, Bajet 2011 telah pun diumumkan, Kepada penjawat kerajaan majoritinya akan menumpukan pemberian bonus. Kerajaan telah pun mengangarkan jika bonus diberikan akan menelan belanja RM3.1 Bilion. Tahukah anda besarnya nilai RM3.1 billion itu?

Ia boleh digunakan untuk membina 6 buah hospital, atau membina 15 batang jambatan merentangi sungai yang lebar, atau membina 1200 km jalanraya luar bandar selebar 8 meter, atau lebuhraya bertingkat sepanjang 30 km, atau 150 buah sekolah, atau 6 buah lapangan terbang baru. Nilai RM3.1 billion ini amat besar ke atas pembangunan infrastruktur negara.

Justeru, para penjawat awam wajarlah menyedari bahawa pemberian bonus sebulan ke atas kakitangan awam ini merupakan satu pembaziran buat perbendaharaan negara dan tuntuan sedemikian oleh CEUPACS menafikan pula hak orang lain yang menunggu arus pembangunan.

Bayangkan nilai tersebut dan manfaat jangka panjang yang diberikan sekiranya dicurahkan untuk pembangunan infrastruktur, dengan manfaat jangka pendek yang sangat-sangat pendek bila dibelanjakan oleh kakitangan awam.

Peningkatan Gaji dan pemberian bonus kepada penjawat awam juga memberi impak besar kepada negara, contohnya peningkatan harga barang dan sebagainya. para peniaga, pengeluar akan menngambil kesempatan ini untuk berbuat demikian. bagi pekerja swasta pula mereka tidak mempunyai kesan langsung jika bonus dan gaji dinaikkan kerana ia tidak terbuka.

aik, nasi ayam pun ada potongan...

Matlamat merancakkan ekonomi negara bukanlah keperluan lagi seperti saat-saat negara menghadapi krisis dahulu. Malah kecairan melalui perbelanjaan kakitangan awam hanya menggalakkan perbelanjaan yang tidak berhemah di kalangan penjawat awam.

Seharusnya perkhidmatan awam itu sendiri yang perlukan rombakan drastik luar kebiasaan bagi melipatgandakan produktiviti.

Idea-idea peningkatan produktiviti seperti mewujudkan waktu anjal yang memberi signifikan ketara contohnya memperkenalkan dua waktu bekerja 7.00 pagi - 4.00 petang dan 11.00 pagi - 8.00 malam bagi membolehkan pejabat kerajaan dibuka sekurang-kurangnya 12 jam sehari dan urusan rakyat akan dapat dipermudahkan, perlu diambil kira.

Bagi rakan-rakan dalam kerajaan, bersyukurlah dengan RM 500 yang diberikan. Kalian telah menikmati banyak kemudahan dari kerajaan berbanding swasta seperti loan, Perubatan, dan pencen, dan segala macam lagi. sesungguhnya bersyukur adalah sesuatu yang lebih baik dari mendesak sesuatu tanpa memikirkan kesan lain.

Wallahualam.

Sunday, October 17, 2010

Hari raya, Kenduri Kawen & Kerja

Assalamualaikum..

lama betul tak post apa2
aderla dalam sebulan jugak..bukan apa,
kesibukan yang amat sangat amat membataskan waktu.
Dah la cuti raya pun lama..hehehe..
balik2 keje bertimbun keje..sampai la sekarang tak settle2 pun.

Alhamdulillah aku masih kuat lagi..
no hal la muda lagi orang kata.
maybe korang boleh la tgok pic Raya aku.
raya tahun ni la aku rasa raya paling banyak aku berjalan.
pergi rumah kawan2 sekolah lama.
maklumlah dah ada kenderaan sendiri..
kalau tak payah jugak nak gerak..
paling best tengah2 cuti raya pun ada FAT jugak kat penang.
pikir2 balik baik aku pi coz lagi dekat dengan rumah aku kat taiping nih.

Bersama rakan2 BA (Bahasa Arab) tahun 1997-1999

Rakan2 Semetrik 2000-2001

Curi makan

Di Pagi raya

Sebahagian Anak2 Sedara

Mari Memasak-Tgh masak la ni

Perkara Yang dilarang

orang lain sibuk raya aku sibuk FAT

Agaknya betuila orang penang marah kat PR

Kilang MSB

Minggu lepas 10 hb 10 aku menghadiri kenduri kawen Jafni..
wah seorang lagi prefect menamatkan zaman bujang mereka..
hahah..geng2 lain menghitung hari je la...
macam biasa..kenduri kawen la tempat buat reunion he3

Sebahagian yang hadir

Ambik Berkat Jafni...

Rakan2

Pengantin

Tgh Tunggu Organizer (lewat tul)


pada 13 & 14 hb yang lalu..aku pergi site visit kat penang..
aderla pergi jumpa Telekom, Resident engineer (RE) & Visit site.
nampak gaya lepas ni kerap jugak aku ke utara..
banyak urusan belum selesai. harapnya selesai dalam tahun ni jugak.

Depot Prai yang bakal musnah

Bersama En Rahim Mechi Guy

Upacara tolak keretapi

Bye..Bye.. Prai Depot

????

Pasal GYM? aku tetap pergi walau tak sekerap dulu..

Sekian...