Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Thursday, April 1, 2010

Hubungi Rakan Lama

Petang tadi aku dapat no Tarmizi dari ehsan (tq Bro)..
rakan-rakan Semetrik sure kenal punya mamat nih..
8 tahun tak jumpa budak nih..kawan baik dia macam afex,
Eddy bola pun haram tak tau jugak..last tadi aku try la contact dia..
sempena april fool..memang kena la budak nih...
dengan kepakaran menyamar sebagai anggota
polis cawangan bukit aman..
aku pun contact la dia..terkejut beruk la...
Alhamdulillah..jumpa jugak sahabat lama aku nih..
duduk area kajang je pun..Kawan2 langsung tak contact,
malu la segan la..memang nak kena mamat nih..
Insyallah nanti kami akan berjumpa dah berborak panjang..
ni gambar mamat tuh...



Kepada rakan2 yang lama tak contact tuh..tambah2 yang langsung takde Facebook & etc..
rajin2 la contact kawan2...

Sunday, March 28, 2010

Majlis Perkahwinan Neguib & Farah

pada 27hb Mac yang lalu aku menghadiri majlis perkahwinan Neguib dan Farah, Neguib merupakan rakan sekerja aku manakala Farah ni keje di Gamuda Office.. dulu kiranyanya satu team jugak la..Majlis yang berlangsung di dewan Sapura itu dilangsungkan dengan penuh kemeriahan..Pertemuan dalam suasana pekerjaan di gamuda itu diakhiri dijinjang pelamin..tahniah diucapkan kepada Neguib dan pasangan. semoga kekal bahagia keakhir hayat..





Kepada Neguib & Rakan2 SCGi..jgn lepas ni korang tibai aku plak..tau la aku je masih single..

Friday, March 26, 2010

Palestin oh Palestin




Palestin Terus Berdarah
Memang benar sabda Rasulullah bahawasanya
akan ada suatu masa nanti umat ku akan terus berjuang dan berjihad
lalu sahabat bertanya dimanakah tempatnya ya rasulullah
maka rasulullah bersabda baitulmuqadis dan sekitarnya ( Palestin )

baru baru ini pihak berkuasa zionis Israel telah meluluskan penempatan haram Yahudi di tanah milik palestin. Kenyataan PM Zionis Benjamin Netanyahu telah berkata Baitulmuqadis (Jerusalem) adalah ibu negara Yahudi itu..biarpun dikecam hebat masyarakat dunia termasuk kuasa besar AS..namum kecaman hanya cekaman, bila mana negara Arab sendiri masih bertelagah..pergaduhan Hamas dan fatah yang tiada penghujung..maka Yahudi telah berani untuk merosakkan serta merampas tanah suci ketiga umat islam itu..

kepada rakan-rakan sekalian..bersamalah kita berdoa agar Allah selamatkan masjidil Aqsa dan umat islam..ingatlah, jika kita berjaya menguasai semula masjid al aqsa maka seolah2 kita telah menguasai dunia..kita tidak lupa bila mana pihak Kristian berjaya merampas Baitulmuqadis..mereka menjadi kerajaan yang hebat (Kerajaan Rom), dan bila dirampas oleh umat islam (Salehudin Al Ayubi), islam menjadi empayar yang menguasai dunia, dan kini yahudi telah menguasai Baitulmuqadis, mereka pula mengambil tempat..

Masjidil Aqsa adalah milik orang islam, baitulmuqadis milik bersama
wajib kita mempertahankannya..

Allahuakbar....



Psst: Ilham semasa khutbah Jumaat

Thursday, March 25, 2010

Malang Sikit Harini

Harini aku keje Half Day..kira pagi aku tak masuk opis la...tengah hari baru aku nak masuk..harini aku pinjam kereta kak aku je coz sekejap je pi opis..naik moto malas plak tengah2 panas nih..aku pun pinjam la kereta tuh..sampai Petronas Kat Ampang aku isi minyak..habis isi aku masuk kete start2 tak boleh..berpeluh gak aku..adoi..memang kene aku harini..pastu tolak la ketepi dibantu mat2 bangla kat situ..tq abang2 bangla..call Zack suruh tgok..apa lagi hantar bengkel la..sekali starter dah out..tukar la baru..melayang lah duit nampak nya..kete ni mmg problem skit starter dia..kak aku pun dah selalu kene..tapi sampai part aku terus out..adoi...apa2 pun its ok..janji beres...

bila la aku nak angkat kete plak nih..???

Wednesday, March 24, 2010

Penat Pulak Aku harini....

Harini terasa penat plak..
mana taknye merempit sana sini..
dah la datang opis merempit..
pastu gi FAT kat sg buloh pun merempit..
sebenarnya dah biasa..cuma panas lain macam skit aku rasa harini..
isnin aku gi FAT petang, Selasa pagi gi Gamuda (Damansara), harini FAT lagi
mobile betul aku...macam despatch pun ader...
ni kat opis lepak2 jap sebelum balik..bagi sejuk skit kat luar
aku pun tak tau nak letak pic apa..ambik la pic aku buat FAT tadi


lap jangan tak lap


angkat sama dia


kasi rendam 2 hari nih...

FAT GRJ.(Glue Rail Joint) untuk Project Gerbang Perdana..