Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Wednesday, May 26, 2010

Sinar FM No.1

Ranking Radio Malaysia

Sebagai Peminat Sinar FM..aku bangga gila coz Sinar FM no.1ranking Radio Malaysia
Bukan apa..siaran melayu lain dah macam kat indon..aku menyampah habis..
sekali sekala putarkan tak jadi malasah..ni dengar je Indon..adoi..tolong ah.
Kepada Hot & Era..budak2 je la dengar Radio korang...

memang agak menarik Tiada guruh tiada kilat, tiba-tiba radio Sinar FM merampas takhta radio nombor 1 Malaysia. Paling hebat hampir 2 juta pendengar layan Sinar Pagi setiap hari. Memang mengkagumkan. Radio Era kini di nombor 2 manakalah HOT FM jatuh terduduk sampai nombor 3. Apa sudah jadi? Semuanya sudah kalah dengan muzik retro daripada Sinar FM.

Walaupun keputusan dari Nelsen nie tak boleh dipercayai sangat, tapi harap-harapnya pihak yang terlibat tue bukaklah mata sikit. Orang sekarang dah boring kalau tetiap hari asyik mainkan lagu sama je. Selang sejam keluar lagu sama. Dalam sejam ada 5 lagu Indonesia. Tak pun dalam sejam tue 3o minit memanjang iklan je. Sapa tak menyampah kan?

Buat Sinar FM, teruskan usaha anda untuk memartabatkan lagu-lagu old school Melayu. Anda memang best. Tahniah dari kami kerana berjaya menjadi radio nombor 1 Malaysia.

pagi2 layan tiga orang ni..pergh..cargas...

Himpunan lagu2 retro...kat sini la banyak lagu rock2 kapak..Sinar FM la yang angkat kembali kegemilangan rock kapak, rock kangkang & Rock leleh...ha3

Abby Fana..ni sorang lagi..mmg tak bosan kalau diorg berceloteh

Monday, May 24, 2010

Majlis Tamatnya Latihan Industri Aleep...

Pada khamis (20.5.10), budak2 opis buat function sempena tamatnya Aleep, ni budak sijil..Mechanical..agak2 aku start awal bulan satu dulu. Dulu aku kat opis Damansara tak berapa hengat sangat, kiranya dalam bulan 3 camtu baru baik la..dulu jarang buat function..biasala merata2 duduk budak2 opis..sekarangni je centralize..so senang la buat aktiviti..


Tak Tentu Arah
Makan-Makan
Gembira nak blah ha3
Bagi Ucapan Sikit...


Aku & Budak2 bujang Zack, Nazmi, Tasya & Dila celeb kali kedua kat Andalus..asyik bergelak je la kejenye…hari last mesti kasi bantai sama dia..ha3…
Entiti yang belum dikenal pasti (Tasha)
Zack Hati Keras
Dila & Tasha lapor....

Sape2 ader adik nak buat praktikal hantar la kat opis aku..siap la kena bahan….

Friday, May 21, 2010

Jawab Tag Dari Puan Eka Pulak…


Thank bagi award..nice sangat walaupun tak kena dengan jiwa ganas aku..aku tetap menghargai ha3…Puan Eka..sory la..tag hang pun aku lewat juga nak jawab..tapi demi tak menghampakan Puan Eka aku jawab sejujur mungkin..



1. Apa yang bermain dalam fikiran kamu sekarang?
Cuti esok, cepatnya..
Petang ni nak gi gym nak main apa tah?
Sabtu ahad nak buat apa?



2. Nama samaran kamu ?
banyak !!!
zaman budak-hapis blues, hapih togei (haram tui)
Zaman dewasa - Madal, Rambo



3. Berikan tiga orang yang kamu sayang
Arwah Mak, Abah
Satu lagi tu tunggu masuk list…..(siapakah gerangan nya)


4. Panggilan untuk si dia
Sape si Dia tu?


5. Hadiah yang korang impikan dari orang tersayang
tah la..Kasih Sayang la kot..
hidup bujang & yatim piatu ni..dah jarang pikir2 sangat hadiah dari sesiapa pun..



6. Blog mana korang suka follow?
hohoho..yg ini byk.kalu nak tau...ada kat belah kanan nun...blog list..sume aku follow...termasuk politik punya blog..kena jugak ambik tau sikit2..pecaya lebih2 jangan.

Harap Puan Eka berpuas hati ok…

Tag Dari Puteri

Dengan Kesibukan aku ni..aku luang kan la masa jawab tag2 rakan2..sory jika terlambat..janji aku jawab ok...

Adakah anda mempunyai lesen memandu?
Of course la…Cuma nak dapatkan B full pulak (nak bawak motor besor)

Bilakah anda mengambil lesen memandu?
Awal tahun 2002..sebelum melangkah masuk UTM..wajib ada lessen beb…
Camne nak dapat motor kalau takde lesen.

Berapa lamakah pengalaman memandu anda?
Motor aku rasa dah 12 tahun…merempit masa sekolah..sekolah rendah dah bawak motor (orang kampong biasala beb)
Kereta dalam 7 tahun gitu la…..semua aku bawak manual or Auto.

Pengalaman pahit ketika memandu?
Akuni mat rempit..kenangan pahit naik motor? Tayar pancit dalam perjalanan dari JB ke KL..tapi still bawak sampai Nilai..masuk bengkel..sorang2 pulak tu ha3…Hujan & panas sudah biasa bagi aku. Pengalaman Kalau naik kereta aku langgar budak sekolah kat kampong..fobia bawak keta 3 bulan..padahal budak tu takde apa2 pun..& salah budak tu juga hu3.

Pengalaman manis?
Kalau motor konvoi2 ramai2 dari UTM(JB) ke KL..memang best..adala dalam 4,5 kali juga..
Kalau bawak kereta…tak tau la apa yang best..sebab takde kereta sendiri lagi pun…

3 tabiat ketika memandu?
1. Bukak radio SINAR FM. Layan rock kapak
2. Menyanyi sekali dengan penuh perasaan
3. Usha awek kat kereta sebelah..(gurau je)

3 pantang time i memandu bila?
1. Ader kete masuk simpang tak bagi signal (Aku mesti membebel kereta beribu singal pun tak bleh pasang)
2. Anak2 sedara suruh bukak siaran radio Hot & Era..geli aku…
3. Kereta rosak la der…..

Harap jawapan2 yang diberikan akan memuaskan hati semua pihak ha3...

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru....



Guru merupakan pekerjaan mulia..
dari gurulah kita menjadi insan seperti sekarang...

Bersempena hari guru yang disambut,
aku juga tak terlepas mengucapkan selamat hari guru
kepada semua guru2 seluruh Malaysia,
teristimewa Guru2 yang mengajar aku sebelum ini,

Bermula dengan Guru guru di tadika kemas Titi Kasai (1989-1990), Sekolah Rendah kebangsaan Toh Sajak (1991-1996),Sekolah Menengah Dato' Kamaruddin (1997-1999), Sekolah Menengah Teknik Gerik (2000-2001), Matrikulasi Pulau Pinang (2002-2003), dan Universiti Teknologi Malaysia (2003-2007), serta tok2 Guru sekolah & kelas Agama.

Agak sukar untuk mengucapkan kepada setiap seorang guru..
Dengan didikan mereka lah aku ada ditahap sekarang..
semoga allah membalas jasa mereka didunia dan diakhirat
sesungguhnya ilmu adalah Penyuluh kepada kehidupan manusia..

Teristimewa kepada Cikgu Normaliza yang sekarang masih mengajar di sekolah teknik Gerik. Kerana kesan dari tunjuk ajar beliau yang telah merubah banyak cara belajar aku...

psst: kepada Arwah Mak & abah..Mereka Adalah Guru yang Paling baik dalam Dunia...Alfatihah