Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Tuesday, June 8, 2010

Kakak Dan Abang Ipar Mengerjakan Umrah

Pada hari Ahad yang lalu..6 Jun,
kakak & abang ipar aku bertolak dari KLIA untuk
mengerjakan umrah selama 2 minggu.
So aku terpaksala menguruskan hal2 anak2 sedara aku..
kena hantar tusyen, kejut adik aku gi sekolah pagi2,
nampaknya aku cuti la main gym seketika..
tapi kakak2 & abang aku datang KL jugak..
maklumla cuti sekolah katakan..so..
jadila aku keje part time pemandu pelancong

Anak Sedara Faiz & Najihah

Aku, Faiz & Mak Sedara

Hero2 sekalian Jimmy, Nasrullah, Hafizudin & Omar


Faiz Lagi

Mingguni Kak Aku kat Kampung plak nak mai...
jalan2 lagi...

Site Visit JPS Baling (Screw Pump)

Pada 3 dan 4 jun lalu..
aku, Nazmi and zack telah ke Baling Kedah,
Tujuan Utama kami untuk melawat project pengairan JPS yang
menngunakan screw.
actually bendani baru jugak bagi aku..
maklumlah..orang elektrik, yang aku tahu power, Current,
Voltage and seangkatanla,
tapi project kompeni aku yang baru untuk sungai klang project
memerlukan satu source untuk generate power dari screw ini..
senang kata kat Baling ni diorang gunakan screw pump ni untuk saliran,
kami pulak gunakan air untuk generate power..kira reverse Engineering la senang cerita. Benda ni masih baru di Malaysia, yang dah develop
cuma kat Holland..
selalu orang cakap pasal solar..tapi solar ni kene space yang besar, battery room lagi..maintenance jangan cerita la..kalau untuk loading kecil2 tu ok la..

aku nak sembang banyak pun tak guna...
so layankan je la pic2 yang sempat aku ambik..
hu3...

Brand yang digunakan
MSB (Main Switch Board)

Screw Pump (3 nos)


laluan air

Motor (30kw)


pump ni ambik air dari sungai..function nyer just pusingkan screw & air pun naik..senang kan..cuma aku agak risau kalau air yang turun ke atas akan pusingkan screw yang beratnya 3 Tan tu...he3 sendiri mau ingat la...

Wednesday, June 2, 2010

Mr. Fitness Gimnasium Rakyat Kuala Lumpur



Pada harini 1 Jun, aku ke gym seperti biasa.. sudah seminggu tak turun..so memang rindu kat besi-besi kat situ hu3..Pada hari yang sama rupa2nya ader pertandingan Mr. Fitness Gym. Aku malas nak join pada mulanya. Dah la langsung tak prepare..kena pulak orang tgh letih2 kerja…Atas desakan otai2 kat situ & penganjur..aku pun join la tanpa sebarang harapan menggunung..Setelah naik atas penimbang..Berat aku 97kg..bapak ah..lama gila aku tak timbang..malu aku nak cerita berat..tapi..pedulila…ha3..Senang cerita dalam banyak2 yang masuk aku paling berat la…Mustahil boleh jadi Mr. Fitness…

Macam Ni ha...

Angkat Bro..Kasi pecah...

Dimulakan cerita..kena lari atas Tread Mill selama 10 minit sejauh yang munkin, then terus Bench Press 1 minit..kira berapa kali boleh angkat dengan beban 10kg. lepas tu Dead Lift (ikut berat badan 150% beban), last sekali Leg Press 1 minit kira berapa kali boleh push (ikut berat badan 200% beban). Ada bran ke kawan2.

Result aku (klik gambar untuk besarkan)
result Mr. Fitness (klik gambar untuk besarkan)

Tanpa segan silu aku tunjuk la result aku..aku dapat no.4 je..but korang kena compare dengan Mr. Fitness..aku menang 3 dari 4 categori..Cuma Dead Lift aku kantoi..1st sebab aku tak pernah buat pun posisi ni, dah berat gila 125kg. tak pernah terpikir aku nak angkat seberat nih..dah la teknik angkatnya aku tak biasa..angkat je lucut2..Judge pulak dok suruh aku try lagi..diorg memang tak puas hati aku takleh angkat…hahaha..aku dah bagi tau aku tak pernah main Dead Lift ni woi….

Keputusan penuh..No 1 tu abang askar..korang paham2 la askar, no.2 mamat india..nama tak sempat kenal, no.3 kawan aku gak budak gym..
Tread Mill aku no.2, mamat india tu no1, paham2 la bab larine bagi diorg. Bench Press aku no.2 jugak, Uncle danny No.1, Apek mmg keja main chest je..Dead Lift Mr. Fitness No.1, lama woo…, Leg Press aku No.1 la…
Gambar Blur sikit(klik gambar untuk besarkan)

Kat sini aku letak 2 keputusan yang mana menunjukkan tempat yang pertama & ke 4 (aku le tu). Korang compare la…he3
No.4..janji aku lead 3 disiplin...

Tread Mill aku =1.63km/10minit Mr Fitness = 0.9km/10minit
Bench Press aku = 53 Rep/1 minit Mr Fitness = 31 Rep/1 Minit
Dead Lift aku = 0 (125kg) Mr Fitness = 104 saat (70kg)
Leg Press aku = 12 (190kg) Mr Fitness = 6 (120kg)

Dead Lift..Ko memang Bunuh aku la…(Padahal aku yang takleh angkat)


Bro Anuar-Pengerusi Kelab Gym KL


Lalu sesi menyampaikan hadiah pun berlangung..disampai oleh pengerusi kelab gym KL Bro Anuar. Sory aku cameraman..so pic aku takde la…he3


Hadiah Ciput

Ni la hadiah aku dapat..jadi la..sapa nak bagi..tapi yang no1 sampai no3 best la plak…hehehe..takpe2..jaga korang tahun depan…

Monday, May 31, 2010

Konvoi Bantuan Gaza Palestin Diserang

Seperti dijangka, peserta konvoi palestin diserang komando israel..itulah sifat binatang zionis yang langsung tidak ada sifat kemanusiaan dan tidak mempedulikan undang2 antarabangsa. Sekali pun konvoi berkenaan berada dalam kawasan zon antarabangsa..tentera zionis terus mengepung dan merampas kapal2 konvoi dan barangan untuk masyarakat Gaza.

Komando Israel Memasuki Kapal Konvoi Bantuan



Sesungguhnya Kekejaman Zionis bukanlah sesuatu yang pelik dan menghairankan...Kerana Mereka menghalalkan darah sesiapa pun selain dari mereka sendiri..selagi negara israil dan fahaman zionis ini wujud dimuka bumi..dunia pasti sukar mencapai keamanan.

Dimanakah Obama?mana janjinya untuk menyelesaikan konflik ditimur tengah ini? sesungguhnya Obama tidak punya apa2..selagi dasar luar negara mereka masih sama..angkatlah sesiapa pun menjadi presiden, nescaya masalahnya tetap sama..

Marilah kita berdoa untuk keamanan dan kesejahteraan. Semoga Allah merahmati pejuang2 Keamanan dan Keadilan. Allahuakbar....

Wednesday, May 26, 2010

Sinar FM No.1

Ranking Radio Malaysia

Sebagai Peminat Sinar FM..aku bangga gila coz Sinar FM no.1ranking Radio Malaysia
Bukan apa..siaran melayu lain dah macam kat indon..aku menyampah habis..
sekali sekala putarkan tak jadi malasah..ni dengar je Indon..adoi..tolong ah.
Kepada Hot & Era..budak2 je la dengar Radio korang...

memang agak menarik Tiada guruh tiada kilat, tiba-tiba radio Sinar FM merampas takhta radio nombor 1 Malaysia. Paling hebat hampir 2 juta pendengar layan Sinar Pagi setiap hari. Memang mengkagumkan. Radio Era kini di nombor 2 manakalah HOT FM jatuh terduduk sampai nombor 3. Apa sudah jadi? Semuanya sudah kalah dengan muzik retro daripada Sinar FM.

Walaupun keputusan dari Nelsen nie tak boleh dipercayai sangat, tapi harap-harapnya pihak yang terlibat tue bukaklah mata sikit. Orang sekarang dah boring kalau tetiap hari asyik mainkan lagu sama je. Selang sejam keluar lagu sama. Dalam sejam ada 5 lagu Indonesia. Tak pun dalam sejam tue 3o minit memanjang iklan je. Sapa tak menyampah kan?

Buat Sinar FM, teruskan usaha anda untuk memartabatkan lagu-lagu old school Melayu. Anda memang best. Tahniah dari kami kerana berjaya menjadi radio nombor 1 Malaysia.

pagi2 layan tiga orang ni..pergh..cargas...

Himpunan lagu2 retro...kat sini la banyak lagu rock2 kapak..Sinar FM la yang angkat kembali kegemilangan rock kapak, rock kangkang & Rock leleh...ha3

Abby Fana..ni sorang lagi..mmg tak bosan kalau diorg berceloteh