Selepas memenangi Piala AFF Suzuki pada 29 Disember 2010 dengan menewaskan Indonesia (4-2) secara agregat, ranking Malaysia naik 2 anak tangga daripada kedudukan 144 kepada 142 daripada 203 buah negara. Bagaimanapun, Indonesia selaku Naib Juara Piala AFF masih berada di ranking yang lebih baik daripada Malaysia iaitu pada kedudukan 126. Juara Piala Dunia, Sepanyol masih lagi menguasi ranking pertama, diikuti Belanda, Jerman dan Brazil.
Di peringkat Asia, Malaysia berada pada kedudukan ke-23 dengan mengumpul 145. Di peringkat Asia, Malaysia juga membaiki dua kedudukan dari tempat ke 25 ke tempat 23. Biarpun memenangi trofi di peringkat Asia Tenggara, Thailand masih lagi berada pada kedudukan yang pertama di Asia Tenggara iaitu pada kedudukan ke-17, Indonesia kedudukan ke-18 Vietnam pada kedudukan ke-21, Singapura pada kedudukan ke-22 dan kemudian Malaysia pada kedudukan ke-23 Asia. Mengikut kedudukan di Asia Tenggara, Malaysia masih lagi pada kedudukan ke-5 di Asia Tenggara. Harimau Malaya masih ada beberapa tahap kejayaan lagi yang perlu dikecapi iaitu di peringkat Asia, Komanwel, Olimpik dan Piala Dunia. Ayuh mara Harimau Malaya.
Posting Kalini aku just nak cerita tentang XPDC, bukan XPDC nak masuk hutan, Konvoi, atau lainnya, tapi kumpulan XPDC. Ni pengaruh AJL la punya pasal, orang dok cakap tak layak menang tapi menang, persembahan hebat pun kalah, come on la..nama pun juara lagu, bukan pilih kasih rosyam nor tu.
Dulu aku peminat No.1 la kumpulan XPDC, lagu-lagu dia waktu tu boleh kata semua tahu, aku yakin ramai lagi masih mengingati lagu XPDC ini. Antaranya;
1. "C.I.N.T.A." 2. "Aku Dan Sesuatu" 3. "C.T. Cinta Kenangan Silam" 4. "Bahalol" 5. "Ntahapahapantah" 6. "Titian Perjalanan" 7. "Hijau Bumi Tuhan" 8. "Nafisa" 9. "Langsung Tak Faham" 10. "Teman" 11. "Semangat Perjuangan Harmoni" 12. "Hidup Bersama" 13. "Hentian Ini" 14. "Semangat Yang Hilang" 15. "Tak Nak Jadi Soh Chai" 16. "Senapang Patah" 17. "Aku Masih Di Sini" 18. "Apa Nak Dikata"
Kumpulan yang digelar ‘Raja Funfair’ ini cukup popular pada tahun 90-an. Namun, masalah dalaman yang melanda kumpulan ini membuatkan populariti mereka terjejas. Pertukaran ahli kumpulan yang kerap kali juga memberi impak yang tidak bagus.
Ahli Kumpulan Asal XPDC ialah Mael - Vokal, Izo - Lead Guitar, Zua - Bass Guitar, Lee Space - Drummer / Amy - Drummer Sedikit Sejarah Kumpulan XPDC
XPDC lahir dari perpecahan kumpulan Tragedy. Kumpulan Tragedy merupakan nama asal kumpulan XPDC. Nama kumpulan Tragedy kemudian ditukarkan kepada kumpulan XPDC di atas nasihat penerbitnya J.S.Kevin (Allahyarham).
Allahyarham (Zul Adnan Mohd Razali) @ J.S Kevin
Kumpulan XPDC mula mencipta nama dengan lagu mengeja "C.I.N.T.A" ciptaan Z.N. Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin. Lagu tersebut pernah ke final Juara Lagu 1990 dengan persembahan mantap XPDC.
Pengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang kontroversi yang paling hebat. Rata-rata peminat dan pengiat seni menjangkakan kumpulan XPDC ini akan berkubur. Namun nama XPDC masih tetap lagi bertahan dan menjadi lebih popular. Lebih uniknya album Brutal (album terakhir Mael bersama XPDC) ini telah terjual melebihi 300,000 unit satu pencapaian jualan album yang terbaik XPDC.
Mael
Keluarnya Mael dari XPDC terus menyebabkan aku hilang minat kepada XPDC kerana bagi aku Mael adalah XPDC dan XPDC adalah Mael. Suara Mael yang unik dan lain dari yang lain. Lagu-lagu XPDC juga sangat berbeza dari mana-mana kumpulan sezaman dengannya. kita kadang2 boleh konfius antara wings dan search, tetapi XPDC kita boleh mengenal dari lagu dan suara dan muzik mereka.
Ketiadaan Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi Terra Rossa). Amy yang mengalami kecelakaan jalanraya tidak berupaya memainkan lagu-lagu rancak lagi telah diganti sementara oleh Lola. Setahun selepas itu Lola secara rasmi menggangotai XPDC apabila Amy mengambil keputusan untuk menarik diri (disingkirkan!).
Zua
Pemain gitar bass XPDC Zua mengundur diri kerana ingin membawa haluannya sendiri dengan menubuhkan Viper. Percubaan ini juga tidak berjaya dan album gagal, walaupun hasrat Zua untuk merakamkan album dan menyumbangkan vokal tercapai. Yan Lefthanded menggantikan tempat Zua sebagai pemain bass bagi kumpulan XPDC. Beliau bukanlah orang baru bersama XPDC sebaliknya turut berperanan 'menghidupkan' XPDC di belakang tabir sejak album Kita Peng-Yu.
Antara Album kumpulan XPDC
Un'Metal
Darjah Satu-1st Album
Metal 60'an, antara album yang memartabatkan kembali irama pop yeh yeh versi Metal
Kita Peng-yu a.k.a kita bersaudara Samurai
Brutal
Album Terbaru
Sepanjang Penglibatan mereka secara tak rasmi 11 album telah dihasilkan dan hampir kesemua Album terutama zaman Mael terjual lebih 150,000 unit dan yang paling laris Album Brutal 300,000 unit.
Antara Album Serpihan ahli kumpulan XPDC
Album Real X dari Mael-Asalnya real XPDC, namun dilarang oleh ahli kumpulan XPDC, pernah menjayakan konsert sulung mereka pada tahun 2000. Lagu Segar dalam Ingatan ini ditujukan khas kepada rakan2 XPDC .Akhirnya Mael kembali Ke XPDC.
Album Viper dari zua-tak kemana kumpulan ni
'XPDC- LIVE IN KONCERT' telah dirakamkan dihadapan lebih 13,000 peminat pada bulan April 1998. Cuba kalian dengar lagu, lirik dan muzik mereka, memang lain dari yang lain, tambah2 lagi suara Mael. Lagu yang penuh kata-kata nasihat dan teguran sinis disampaikan, jiwang2 ni sikit sangat la...
Dunia Artis tak pernah lepas dari Najis Dadah..Akibat Dadah lah segala yang dibina boleh musnah sekelip mata. Mael Ditahan Pihak Berkuasa atas kesalahan penyalahgunaan dadah. Akhir Kata Kumpulan XPDC tetap menjadi lagenda rock Malaysia... -Kita Peng Yu-
Aku bukan la hebat sangat dalam sasterani, jauh sekali nak baca novel..Cuma inilah masalahnya jika kita langsung tidak memahami maksud tersirat sastera yang penuh dengan bahasa puitis dan ayat2 sindiran. TIADA apa yang lebih meremukkan hati seorang penulis apabila melihat karyanya dihina dan dipolitikkan pihak tertentu hanya kerana kandungannya tidak difahami secara keseluruhannya.
Itulah yang dirasakan oleh Sasterawan Negara, DATUK ABDULLAH HUSSAIN, 91, ketika menatap gambar sekumpulan penduduk kaum India membakar novel Interlok karya beliau di Klang, Selangor yang disiarkan akhbar ini, dua hari lalu.
Dalam linangan air mata, Abdullah yang ditemui oleh wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL bersama jurugambar, HAFIZ JOHARI di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor, semalam turut melahirkan kekesalan yang mendalam apabila karyanya yang diterbitkan 40 tahun lalu disalahertikan oleh pihak tertentu.
Abdullah yang berkerusi roda ketika ditemui meminta untuk berbaring ketika menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kerana keuzurannya.
Malah, beliau juga hanya mampu menjawab soalan-soalan itu secara bertulis kerana tidak berdaya lagi untuk berbicara.
Ikuti soal jawab itu yang terpaksa dilakukan dengan ringkas ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
Bagaimana perasaan Datuk dengan apa yang menimpa karya Interlok?
ABDULLAH: Saya berasa dukacita kerana maksud saya baik, tetapi orang salah menerima.
Apa yang tidak difahami oleh kaum India menerusi buku Interlok itu?
ABDULLAH: Di India (terutamanya di India Selatan), masih kuat dengan fahaman ‘paria'. Saya ikut Mahatma Gandhi. Tetapi orang India di sini cuba melupakannya.
Apa sebenarnya yang cuba disampaikan menerusi Interlok?
ABDULLAH: Ia merupakan kisah Maniam, iaitu watak utama seorang India dari India Selatan. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di sini. Dia seronok menaiki kapal bersama orang India yang lain dan seronok apabila sampai di Pulau Pinang. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di Malaysia.
Nasihat Datuk kepada kaum India yang menolak buku ini?
ABDULLAH: Baca betul-betul (Interlok) apa maksud sebenar saya tulis. (Saya) bukan mahu menghina masyarakat India.
Datuk masih menulis?
ABDULLAH: Saya tidak lagi boleh menulis. Menulis memerlukan saya bergaul dengan banyak orang.
-Utusan Kepada rakan-rakan kaum India, ini lah hakikat sebenar...sejarah lalu juga dengan jelas membezakan Kasta di selatan india yang majoriti etnik Tamil. Kaum Melayu dapat menerima segala kritikan bangsanya seperti Melayu mudah lupa, janji Melayu, Melayu masih bertongkat, dan banyak lagi..kami boleh menerima dengan positif..kami akui kegagalan kami, kami akui kelemahan kami, semoga kritikan2 tersebut dapat merubah kami kepada yang lebih baik.
Kaum india sepatutnya bersyukur kerana dapat menjadi sebahagian rakyat Malaysia, sukar untuk kita jumpa masyarakat India dia Indonesia, Filipina, Thailand dan negara Asean lain..Cuma diMalaysia Masyarakat India dapat hidup penuh harmoni.
Akhir kata, jika itu hakikat, kerana apa perlu malu.....
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui gagal menyelesaikan isu pemulihan dan pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri sebelum ini.
Katanya, rancangan membangunkan kawasan itu gagal ekoran beberapa masalah berkenaan pemilikan dan harga tanah akibat penghijrahan penduduk dan kesukaran mengenalpasti pewaris.
Tuntutan harga oleh tuan tanah yang dikesan adalah terlalu tinggi dan ini akan menyebabkan kos pembangunan juga amat tinggi.
"Dengan ini orang Melayu tidak mungkin dapat membeli kedai atau ruang untuk kediaman apabila dibina. Mungkin orang bukan Melayu sahaja yang mampu," katanya.
Menulis dalam blognya hari ini, Dr Mahathir (kanan) juga berkata, jika harta yang dibangunkan dijual kepada bukan Melayu maka hilanglah Kampung Baru sebagai kawasan Melayu di ibu negara.
Sehubungan itu, bagi menjamin Melayu terus mendiami kawasan itu, pemaju dikenakan syarat supaya penduduknya dibayar harga tanah dan diberi tempat perniagaan dan kediaman di bangunan yang didirikan.
"Tetapi sekali lagi syarat in akan menaikkan kos pembangunan. Pemaju Melayu mungkin tidak berminat. Bukan Melayu juga mungkin tidak berminat kerana kemampuan Melayu membeli amat rendah.
Hari ini pun banyaklah tempat kediaman dan kedai yang diperuntuk kepada orang Melayu tidak dapat dibeli oleh mereka.
"Oleh sebab ini pembangunan Kampung Baru KL gagal dilaksanakan semasa saya menjadi perdana menteri," katanya.
Sehubungan itu, Dr Mahathir berdoa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak berjaya membangunkan semula kampung itu "supaya pelawat ke Kuala Lumpur tidak akan lihat kedaifan orang Melayu di negara mereka sendiri."
"Di tengah-tengah ibu kota yang penuh dengan bangunan pencakar langit, yang moden dan mewah terdapat kampung setinggan Melayu dengan rumah kayu berbumbung zink karat," katanya.
-Malaysiakini
Psst: Sehebat mana pun pemerintahan Tun M, Beliau pasti akan menyatakan beliau masih gagal dalam sesuatu perkara, malah beliau sendiri secara rendah diri mengatakan beliau gagal untuk memartabatkan orang-orang Melayu semasa pemerintahannya. Pemimpin seperti ini lah yang kita mahukan yang mana mengakui kelemahan diri sendiri serta kekurangannya. bukan seperti sesetengah pemimpin yang asyik menyalahkan orang lain jika beliau gagal dalam melaksanakan tugas.
Selama aku mengikuti secara dekat perhubungan antara dua negara Malaysia dan Indonesia bermula tahun 2004-2005 ketika bermula nya kes (Kasus) perairan Ambalat, banyak permasalahan lainnya, satu ini adalah berkeaan perkataan yang kita (Orang Malaysia) Memanggil orang-orang Indonesia sebagai INDON.
Adakah Kita Tahu orang-orang Indonesia sebenarnya tak suka dipanggil INDON. mari kita lihat artikel2 ini.
Pada 12 Julai 2004, akhbar Utusan menyiarkan berita bertajuk, `Indonesia kurang senang media guna perkataan `Indon'. Dalam berita itu dihuraikan bahawa pihak Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan media cetak tempatan yang menggunakan perkataan `Indon' pada judul berita mengenai warga mereka.
Menurut keterangan Kaunselornya, Budhi Rahardjo, perkataan `Indon' adalah sesuatu yang `merendahkan'.
Perkataan Indon, sememangnya, begitu sederhana dan mudah pengucapannya. Tetapi, apa erti Indon? Jawapannya, tidak ada sama sekali.
Dalam mana-mana kamus pun, selepas saya selidiki, tidak dijumpai perkataan Indon. Namun di Malaysia dan Singapura, kita pasti kerap mendengar atau membaca istilah Indon. Maksud atau ertinya, `semua hal berkenaan dengan Indonesia, utamanya warga atau masyarakatnya'.
Saya tidak tahu secara pasti, sejak bila istilah itu mulai digunakan, dan siapa pula yang memulakannya. Faktanya, sampai hari ini, istilah tersebut sering digunakan terutama oleh media cetak.
Ketika baru tiba di Malaysia, saya hanya tersenyum mendengar dan membaca perkataan tersebut. Ada semacam kelucuan di dalamnya.
Hal semacam ini juga berlaku tatkala saya atau sesiapa sahaja mendengar atau membaca beberapa perkataan Melayu Malaysia lainnya, yang agak berbeza pengucapan serta maknanya dengan perkataan Melayu Indonesia. Sebagai perbandingan, perkataan `Bangla' juga sudah terbiasa digunakan oleh media dan masyarakat di Malaysia, untuk menyebut segala hal berkenaan dengan Bangladesh dan masyarakatnya.
Maklum sahaja, sebagaimana warga Indonesia, masyarakat Bangladesh juga ramai yang berada di Malaysia.
Tetapi setelah tiga tahun berada di Malaysia, muncul perasaan bosan ke atas penggunaan perkataan `Indon'. Bukan setakat bosan malah muncul pula rasa geram dan semacamnya. Setiap kali istilah itu terbaca atau terdengar, perasaan keindonesiaan saya agak terganggu.
Secara berterus terang, saya tidak setuju perkataan `Indon' digunakan untuk menyebut semua hal berkenaan dengan Indonesia. Pertama, perkataan itu sudah jelas dan pasti salah dari segi tatabahasa. Dan kedua, lebih penting lagi, penggunaannya berkonotasi negatif, terkesan melecehkan dan merendahkan.
Berasaskan helah `kebiasaan' dan `kelumrahan' semacam itulah yang juga saya dengar terus dari Rusdi Abdullah, seorang pensyarah bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Menurut beliau, tiada sebarang maksud untuk menghina atau melecehkan apabila orang Malaysia atau sesiapa sahaja menyebut orang Indonesia dengan perkataan tersebut.
Begitupun, saya dan warga Indonesia yang berada di Malaysia berkeyakinan bahawa suatu saat nanti tiada lagi perkataan `Indon' digunakan sama ada dalam media cetak mahupun dalam percakapan.
- Nasrullah Ali-Fauzi dari Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Berikut Paper Malaysia masih tetap guna istilah Indon,
Berikut juga rungutan2 warga indonesia yang tidak suka panggilan Indon.
Lihat pada minit yang ke 6:00
Yang ni Orang2 Malaysia dah perli, tapi tahu la diorang tak suka perkataan Indon tuh. Artikel Paper Indonesia juga menceritakn perihal perkataan INDON
DetikNews
Antaranews.com
The Jakarta Post
Mediaindonesia
Kita tidak pasti mengapa perkataan INDON itu sukar diterima warga Indonesia. Malah jauh disudut hati aku, atau rakan2 di Malaysia merasakan perkataan INDON itu adalah Penghinaan. sama seperti warga Bangladesh kita panggil Bangla..
Aku tak pasti kalau rakan2 pernah kena tegur oleh orang Indonesia kerana memanggil mereka INDON. Atau yang malu untuk mengaku INDON ini hanya golongan elitist Indonesia (Orang Kaya Indonesia), Pekerja bahagian profesional, Pelajar IPT supaya tidak disamakan dengan Tenaga Kerja (TKI) lain di malaysia yang kebanyakan adalah pekerja buruh dan pembantu rumah tangga yang takde status langsung (Low Class) dan tidak setaraf.
Mereka lebih suka gelar INDO, Atau WNI (Warga Negara Indonesia). Tapi janggal je nak sebut kan, INDO tu kang kat INDOCHINA pun boleh jadi.
Tapi Kalau dah diorang tak suka, nak buat macam mana, kalau nak cakap perkataan INDON, sesama kita je la yer...
Psst: Orang Gaji kak aku dulu selamba je cakap "Kampung bibik di INDON", aik selamba jer...he3
Blog ini diwujudkan sebagai ruang untuk memberi dan melahirkan pendapat, Harapan saya agar Rakan-rakan Blogger dapat menyertai dan memberi komen atau pendapat masing-masing dengan berhemah.