Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Wednesday, March 2, 2011

Perpaduan: Ini Yang Kita Mahu Lihat



Dua keping gambar berkenaan sudah cukup menceritakan segala-galanya. Siapa kata ukhwah Islamiah tidak boleh disatukan antara PAS dan UMNO atas nama Melayu dan Islam. Penulis memang merasa bangga melihat situasi di atas. Penulis juga mengharapkan tindakan kedua-dua calon Wakil Rakyat DUN Merlimau di atas lahir dari keikhlasan dan tidak berdasarkan retorik semasa menghadapi PRK. Satu barisan dipikul BN dan satu barisan lagi dipikul PAS, sama-sama mengusung jenazah ke tanah perkuburan. Alangkah indahnya sekiranya ini merupakan titik permulaan. Seandainya ini sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin kita, alangkah bahagianya kita Rakyat Malaysia. Ingatlah saudara-saudaraku, baik di dalam BN maupun di dalam PAS, kematian itu pasti, dunia hanya sementara dan tidak kekal. Rapatkanlah saf, demi perpaduan Melayu dan Islam. Mungkinkah akan menjadi kenyataan. Wallahualam.

-Dari Blog Cucu Tok Selampit

Psst: Alhamdulillah, jangan lah jadi seperti PRK sebelum ini..bab Kematian pun habis dipolitikkan...

Tuesday, March 1, 2011

YOB4EVER: PERAK VS HARIMAU MUDA A


Assalamulaikum,

sempena live malamni Perak bertemu Harimau Muda, sajer la aku nak posting sikit, support sukan negara la katakan. Lama jugak aku tak ke stadium menyaksikan pertemuan Perak dengan team lain. Paling last aku tengok live kat stadium waktu final 2007 di Stadium Bukit Jalil, waktu tu Perak kalah dengan Kedah.

Alhamdulillah Perak Kembali stabil setelah sekian lama tidak menyerlah. Tetapi Perak satu-satunya pasukan yang tidak pernah miss Piala Malaysia & Sentiasa berada di kedudukan liga Utama. Kedah, Selangor semua pernah masuk Div ke 2 ok..hehehe..

Kedudukan terkini MSL

Kelab Penyokong perak juga merupakan antara Kelab penyokong terbaik dalam semua kelab penyokong di Liga Super Malaysia.

Baju ni aku buat pegi gym dah...

last aku masuk stadium tengok Perak main

Lagu semangat Untuk Yob.


Ipoh Mali..Slogan wajib dalam setiap game Perak..


Psst: Kejor Yob Kejor, Score Yob Score...
Udoh lame tak ke stadium Yob. Kite tengok kat Rumoh je le malam ni. Kiter Bakor..Kiter Bakor..

Blogger Melayurayadaily telah kembali ke Rahmatullah.



Belum lama rasanya kita kehilangan blogger Yang Gambi, kini seorang lagi pahlawan siber kita telah kembali ke rahmatullah.ia adalah kehilangan yang cukup besar buat Pahang bukan sahaja wakil rakyatnya malah 2 orang pejuang sibernya sekali. Apapun, Allah Maha Berkuasa dalam segala sesuatu yang hidup di bumiNya.

Bersamalah kita sedekahkan Al-fatihah buat Dato Azizan yang telah menghembuskan nafasnya terakhir setelah tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan koma semenjak pagi 26hb Februari iaitu hari Penamaan Calon PRK DUN Kerdau.

Mudah-mudahan Allah menempatkan roh beliau di kalangan orang-orang yang beriman dan kalangan orang yang bertakwa kepadaNya. Amin.



Psst: Dato Azizan adalah antara follower terawal aku,Perginya Dato Azizan pastinya amat dirasai oleh Ahli BPN seluruh Negara. Beliau merupakan blogger yang cukup beretika dalam setiap penulisannya. Alfatihah....

Pemakaian cincin mengikut Islam

"Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.


http://milkyway25.wordpress.com/

Gambar ni di ambil tahun 2005, cincin kat tangan tu aku masih pakai sampai sekarang

Psst: Tak pernah pulak aku terpikir nak pakai cincin dijari selain dari jari manis.Cincin yang aku pakai ni pada tahun 2003. so dah 8 tahun kat tangan aku...Kedai yang aku beli dulu pun dah takde..

Monday, February 28, 2011

Dusun Durian & Majlis Perkahwinan Hafiz Ahmad

Assalamualaikum,

4 hari aku tak posting kat blog, sengaja aku malas nak post sebab ada kat Kampung. 2 hari outstation Khamis & jumaat di Penang, aku terus balik kampung. banyak la urusan yang perlu aku selesaikan.

Pagi sabtu aku bergerak ke Padang Rengas Menghadiri Majlis perkahwinan Rakan sekolah teknik, KMPP, UTM dan rakan serumah ketika di sama2 menyewa bujang di Pandan Indah iaitu Hafiz Ahmad. Nampaknya hilang lagi geng2 bujang ha3.
Antara Rakan2 Semetrik yang hadir

Afex (bulan 6 tamat zaman bujang), Sham & Ehsan

Afex & Yusry (Bulan 10 kawen)

Jafni yang semakin sihat dan Dzul yang semakin jambu

Bunga Semetrik, Suhada Jong ( Bulan 3 kawen)

Dikesempatan yang ada juga, aku sempat ke Dusun Durian aku. Alhamdulillah banyak jugak pokok yang menjadi, adala dalam 20 pokok. Harap Harga Durian tetap maintain mahal. Dusun ni aku suruh orang jaga ler...

Korang terer cari la durian kat pokok nih

Akibat Sudah lama tak turun ke dusun, Penunggu (Pacat) sungguh merindui kehadiran ku dengan memberi kucupan mesra...

tu jelah aku nak cerita...

Assalamulaikum...