Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Friday, March 4, 2011

Ada Apa Dengan Pisang?



Buah Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

Bagus juga untuk para Body Builder he..he..he..

Psst: Pisang bukan untuk beruk saja woi...!

Wednesday, March 2, 2011

Perpaduan: Ini Yang Kita Mahu Lihat



Dua keping gambar berkenaan sudah cukup menceritakan segala-galanya. Siapa kata ukhwah Islamiah tidak boleh disatukan antara PAS dan UMNO atas nama Melayu dan Islam. Penulis memang merasa bangga melihat situasi di atas. Penulis juga mengharapkan tindakan kedua-dua calon Wakil Rakyat DUN Merlimau di atas lahir dari keikhlasan dan tidak berdasarkan retorik semasa menghadapi PRK. Satu barisan dipikul BN dan satu barisan lagi dipikul PAS, sama-sama mengusung jenazah ke tanah perkuburan. Alangkah indahnya sekiranya ini merupakan titik permulaan. Seandainya ini sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin kita, alangkah bahagianya kita Rakyat Malaysia. Ingatlah saudara-saudaraku, baik di dalam BN maupun di dalam PAS, kematian itu pasti, dunia hanya sementara dan tidak kekal. Rapatkanlah saf, demi perpaduan Melayu dan Islam. Mungkinkah akan menjadi kenyataan. Wallahualam.

-Dari Blog Cucu Tok Selampit

Psst: Alhamdulillah, jangan lah jadi seperti PRK sebelum ini..bab Kematian pun habis dipolitikkan...

Tuesday, March 1, 2011

YOB4EVER: PERAK VS HARIMAU MUDA A


Assalamulaikum,

sempena live malamni Perak bertemu Harimau Muda, sajer la aku nak posting sikit, support sukan negara la katakan. Lama jugak aku tak ke stadium menyaksikan pertemuan Perak dengan team lain. Paling last aku tengok live kat stadium waktu final 2007 di Stadium Bukit Jalil, waktu tu Perak kalah dengan Kedah.

Alhamdulillah Perak Kembali stabil setelah sekian lama tidak menyerlah. Tetapi Perak satu-satunya pasukan yang tidak pernah miss Piala Malaysia & Sentiasa berada di kedudukan liga Utama. Kedah, Selangor semua pernah masuk Div ke 2 ok..hehehe..

Kedudukan terkini MSL

Kelab Penyokong perak juga merupakan antara Kelab penyokong terbaik dalam semua kelab penyokong di Liga Super Malaysia.

Baju ni aku buat pegi gym dah...

last aku masuk stadium tengok Perak main

Lagu semangat Untuk Yob.


Ipoh Mali..Slogan wajib dalam setiap game Perak..


Psst: Kejor Yob Kejor, Score Yob Score...
Udoh lame tak ke stadium Yob. Kite tengok kat Rumoh je le malam ni. Kiter Bakor..Kiter Bakor..

Blogger Melayurayadaily telah kembali ke Rahmatullah.



Belum lama rasanya kita kehilangan blogger Yang Gambi, kini seorang lagi pahlawan siber kita telah kembali ke rahmatullah.ia adalah kehilangan yang cukup besar buat Pahang bukan sahaja wakil rakyatnya malah 2 orang pejuang sibernya sekali. Apapun, Allah Maha Berkuasa dalam segala sesuatu yang hidup di bumiNya.

Bersamalah kita sedekahkan Al-fatihah buat Dato Azizan yang telah menghembuskan nafasnya terakhir setelah tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan koma semenjak pagi 26hb Februari iaitu hari Penamaan Calon PRK DUN Kerdau.

Mudah-mudahan Allah menempatkan roh beliau di kalangan orang-orang yang beriman dan kalangan orang yang bertakwa kepadaNya. Amin.



Psst: Dato Azizan adalah antara follower terawal aku,Perginya Dato Azizan pastinya amat dirasai oleh Ahli BPN seluruh Negara. Beliau merupakan blogger yang cukup beretika dalam setiap penulisannya. Alfatihah....

Pemakaian cincin mengikut Islam

"Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.


http://milkyway25.wordpress.com/

Gambar ni di ambil tahun 2005, cincin kat tangan tu aku masih pakai sampai sekarang

Psst: Tak pernah pulak aku terpikir nak pakai cincin dijari selain dari jari manis.Cincin yang aku pakai ni pada tahun 2003. so dah 8 tahun kat tangan aku...Kedai yang aku beli dulu pun dah takde..