Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Thursday, May 19, 2011

Hazama - Rock Kapak Lagi...Cayalah...

Assalamualaikum,

AF9 dah minggu ke 7 rupenye..
setiap minggu aku tengok Hazama jer,
Seperti sebelum ini, sebab aku suka lagu rock yang dia bawak,
memang menjadi la, cuma lagu si Hafiz juara AF 8 ek, lemau jer la coz lagu pun lemau.

Minggu ni aku tengok strategi Astro nak tarik peminat tengok AF dengan memutarkan lagu2 yang boleh dianggap lagend, lagu Yuna je yang baru. maybe Astro nak target penonton semua lingkungan, bukan apa, lagu2 baru mana orang tau beb, tambah2 lagu yang umur 30an & 40an..aku pun tak ambik tau sangat lagu2 baru nih.

Hazama mingguni bawak lagu Segalanya Ku Terima dari kumpulan Ilusi, lagu stok karoake budak2 la nih. walaupun lagu ni takde tarik-tarik sangat, tapi rocknya masih terasa, memang makanan Si Hazama la jawabnya.

Sebelum tu layan dulu version karoake.


Aku nak tengok macam mana Hazama bawak, harap mantap la..

Saper yang tak pernah tengok persembahan Hazama masa konsert sebemul ini, layan lah kat bawahni..

Minggu ke-4

Minggu ke 5

Minggu ke-6 (paling best setakat ni aku rasa)

Aku ni minat lagu & rock kapak yang dia bawak, Penyanyi AF lain korang tengok la sendiri ek, hehehe

Psst: Hidup Rock Kapak.....



Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru-Semoga terus mendidik anak bangsa



Assalamualaikum,

Actually terlalu banyak ucapan hari guru kat blog kawan2.
nak ucap banyak kali pun dan buah kat FB. Aku pun kerana rasa terpanggil untuk menghargai pengobanan guru diluar sana agar terus menabur bakti kepada anak-anak bangsa.

Kepada Guru-guru yang pernah mengajar aku di Tadika Kemas Titi Kasai (1989-1990),Sek Toh Sajak (1991-1996), Sekolah Dato Kamaruddin (1997-1999), Sek Teknik Gerik (2000-2001), Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (2002-2003) dan UTM Skudai (2003-2007). Semoga ilmu kalian akan kami gunakan sebaik mungkin, cuma Allah mampu membalasnya. aku juga amat berharap Keredhaan Cikgu dalam ilmu yang dicurahkan.

Tidak lupa kepada Arwah Ayah dan Ibu yang merupakan Guru yang paling Utama dalam kehidupan aku selama ini, yang mengajar realiti kehidupan dan ilmu-ilmu asas agama, insyallah akan aku pertahankan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Semoga Allah menerangi pusara Abah dan emak dengan ilmu yang dicurahkan kepada anak2 mu dan seluruh orang-orang kampung yang pernah menjadi anak murid mu selama ini.

Kepada Rakan-rakan yang telah menjadi warga pendidik, semoga kalian ikhlas dalam menabur bakti, ingatlah, guru adalah satu tugas yang dipandang mulia.

Akhir kata, Selamat Hari Guru...

Psst: Aku susah nak jadi cikgu, sebab Asyik nak marah jer..

Saturday, May 7, 2011

Akan ada Filem lucah Malaysia selepas ini? Transformasi jugak ke woi...

Assalamualaikum,

Terkejut jugak akau bila melihat dalam blog kawan2 mengenai seorang pelakon yang aku pun tak kenal Nurul Ain Nordin yang gambarnya diambil untuk filem Suatu Malam Kubur Berasap. Aku bukanlah radikal sangat kat artis2 nih dalam bab pakaian, tapi aku rasa macam dah melampau sangat untuk disiarkan dalam negara kita, tambah2 lagi beliau seorang Melayu dan Islam.

Tengoklah gambar kat bawah ni...

Dalam blog beliau manis je pakai tudung..tak kira la ko hipokrit ke apa ke..tolongla jangan pakai camni lagi..tau la nak popular.


Diharap menteri penerangan dapat mengambil perhatian perkara ini. Malah agensi2 yang terlibat dalam dunia hiburan di Malaysia juga wajar mengutuk sekeras2nya jenis2 gambar yang boleh dikira erotik ini. Kepada perlakon berkenaan, Takkan tak tau dosa pahala woi...

Psst: Korang kenal ke Artis nih? Apa pendapat korang?

Friday, May 6, 2011

Transformasi Juga Nih - Najib ke udara di Hot FM

Assalamualaikum,

walaupun aku bukan pendengar Hot FM, cara dan kaedah Dato Najib mendekati rakyat melalui radio popular tersebut sikit sebanyak memberi ruang kepada rakyat terutama golongan muda dalam mendengar visi kerajaan dalam pentadbirannya.


Kemunculan Perdana Menteri hasil jemputan penyampai radio, Fara Fauzana di laman Twitternya bahawa ia adalah idea "gila" beliau. "Terbaik. Dapat good news. My crazy idea nak ajak PM datang Hot FM menjadi," kata penyampai popular itu.

Pengendali akaun Twitter Hot FM pula gembira dengan persetujuan Najib dengan mesej: "Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Jutaan terima kasih kami ucapkan."

Diharap PM juga dapat mendengar segala permasalahan golongan muda dan dapat membantu menyelesaikan masalah mereka. Dato Najib adalah Perdana Menteri Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia tidak mengira agama, bangsa, dan fahaman politik. maka wajarlah membantu keseluruhan rakyat manakala kita sebagai rakyat juga harus menghormati beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Psst: Dato, Pi la Radio Sinar FM pulak, Ditemu ramah pulak dengan Abang Jem, KE & Krill, baru kecoh satu Malaysia.

Thursday, May 5, 2011

Janganlah Mengharap PTPTN sangat....

Assalamualaikum,

Semalam aku ada tengok TV3 segment soal jawab mengenai senarai hitam dan PTPTN.
Agak menarik pebincangan tersebut dengan diwakili pihak imigresen dan seorang peguam walaupun tanpa disertai pegawai PTPTN. Point2 pun cukup menarik terutama bagi semua peminjam PTPTN ini. Saper yang menonton rancangan ni pastinya lebih tahu.


Dipendekkan cerita, memang agak sukar bagi peminjam PTPTN ini nak bayar balik, tapi ingatlah Hutang ini antara hidup dan mati kita. kita boleh terlepas didunia, tetapi akhirat belum tentu. Oleh itu kepada peminjam PTPTN, bayarlah kalau anda mampu, aku pasti ramai yang mampu bayar, kalau boleh boleh beli HP, kereta Mahal2, takkan PTPTN tak boleh bayar sikit kot.

Kepada adik-adik yang masih belum memasuki IPTA/IPTS, Pandanglah PTPTN sebagai satu pilihan terakhir adik2. Ini kerana negara kita mempunyai banyak penaja-penaja biasiswa dan pinjaman yang lain yang mana lebih baik dari PTPTN. Sebagai contoh biasiswa JPA,MARA,KPM,TNB,Telekom,Intel,Petronas, Shell,Sime Darby,Yayasan Negeri,Bank2 tempatan serta syarikat-syarikat swasta dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan adik-adik yang mempunyai ibubapa yang sumber kewangannya mampu untuk pembelajaran adik-adik, better tak payahla untuk membuat pinjaman. tapi kepada yang kurang mampu, gunakanlah Penajaan yang disebutkan tadi, kalau tak dapat tajaan, so PTPTN adalah jalan terakhir.

Banyak faedah jika kita adalah pelajar tajaan berbanding peminjam PTPTN, ini kerana penaja akan sentiasa memantau prestasi akademik kita, membuat seminar, dan memberi elaun tertentu kepada pelajar tajaannya. dan yang paling mustahak, adik2 tak perlu memikirkan masalah hutang selepas tamat pengajian dan pekerjaan akan menanti pelajar tajaannya. Adik2 tengoklah apa terjadi kepada abang2 dan kakak yang masih berhutang dengan PTPTN. peningkan...

Aku sendiri adalah pelajar Tajaan JPA (Biasiswa) bagi pejalar dalam negera, Dalam kuliah aku, hampir 90% adalah pelajar tajaan kerana kami dalam bidang Kritikal. bagi kebanyakan bukan Bumi (Chinese & Indian),ada segelintir mereka medapat tajaan dari syarikat-syarikat swasta tak kira la yang halal atau tak (Company arak & rokok).

Cuma munkin disini kita akan terikat kontrak jika kita adalah pelajar tajaan seperti perlu bekerja dengan egensi yang menaja untuk beberapa tahun. bagi tajaan JPA, jika tidak dipanggil berkhidmat dalam masa 6 bulan, kiranya kita boleh mmbuat perlepasan dan bekerja dalam mana2 yang kita suka.(Selalunya JPA tak panggil pun), So kita belajar free. tak payah pikir hutang, Nak buat ijarah,bayar bulan2,nak keluar negara tanpa sekatan.

Oleh itu kepada peminjam PTPTN, harap korang dapat lah membayar wang pinjaman tersebut. Bagi adik2 yang bercita-cita untuk melanjutkan pembelajaran ke IPTA/IPTS, dapatkan keputusan yang cemerlang & applylah biasiswa yang adik2 minat, jangan cukup makan jer, kerana para penaja akan mengambil kira Keputusan peperiksaan SPM atau Matrikulasi atau Diploma bagi melayakkan kita mendapat Tajaan tersebut dan dipanggil temuduga.

Psst:Jadikanlah Pengalaman Abang2 dan kakak2 yang mempunyai masalah PTPTN sebagai pengajaran. Jika kita mempunyai option lain dari PTPTN yang dianggap memberi masalah selepas tamat belajar, kenapa tidak mencuba.