Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Wednesday, July 13, 2011

Alfatehah buat Arwah Baharuddin, Tapi buat Pakatan...Jangan mati pun nak menipu

Assalamualaikum,

Aku dah malas nak tulis Bersih 2.0, aku harap ni kali terakhir,
aku cukup panas sebab aku diantara yang tertipu (bolehla)
sebab percaya yang meninggal Arwah Baharuddin adalah seperti yang dipaparkan oleh blog PR dan youtube mereka.

Rupa-rupanya mereka mempergunakan gambar Suhardi Mohd yang sekarang ini menetap di Bangi seolah beliaulah arwah. Memang kurang ajar betul..Semoga Allah sahaja membalas kepada mereka yang memfitnah.


Allahyarham Baharuddin Ahmad (Gambar ini tidak disiarkan oleh blog & youtube PR)





3 artikel bergambar diatas adalah Suhardi Mohd, beliau masih hidup, Penipuan yang jelas mempermainkan isu kematian bagi menaikan marah masyarakat kepada Polis dan Kerajaan.

Kalau nak berjuang pun, jangan la nak menipu....tu namanya Matlamat menghalalkan cara..Blog PR pun dah ada membetulkan kembali statement diorang...Bagusla tu..jangan dok emo sangat, satu lagi Menteri KDN suruh Bersih Saman kerajaan, sebab Polis ada semua rakaman Demo tersebut. Korang Ingat Polis takde SOP ke dalam menjalankan tugas.....

nak tahu lebih lanjut tengok kat blog papagomo. Salut la kat hang Gomo dapat bongkar..kalau tak satu Malaysia kena tipu....

Psst: Panas pulak aku pasal Bersih nih...ini bukan bersih, tapi Kotor

Monday, July 11, 2011

Giliran Najib Bantai Anwar & the Gang - Kasi Bersih Pak Jib

Assalamualikum,

Malas dah sebenarnya aku nak citer bab politik banyak sangat..Bersih la apala..Tapi just nak kongsi PM Najib dah start serang. Boleh tahan jugak berapi dia..kalau dengar panas je.....6k dalam sehari boleh kumpul..kira ok la tu Pak Jib.

Semalam siap melawat tempat Demo dilakukan, Kira kasi bersih balik la kot.







Sekadar selingan, popular pulak pak cik nih...





Agak-agak korang Bersih 2.0 haritu berjaya ke tidak?

Psst: Korang Pakat pikir & nilai lah sendiri yer...
3 hari gua outstation..bye...

Saturday, July 9, 2011

Tabik PDRM - Negara Lain Macam ni jugak tak?

Tabik Spring Kepada PDRM.... Inilah foto untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia bahawa PDRM mesra kepada tahanan yang di tahan di dalam perhimpunan haram hari ini. Layanan yang mereka terima...memang 'First Class'.

Lihatlah sendiri foto yang di keluarkan oleh PDRM ini. Adakah perkara ini akan berlaku di luar negara???

Fikirkanlah sendiri wahai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan...

Tahniah PDRM!!!

Tahanan boleh solat dan surau sementara di sediakan

Tahanan mengambil wuduk

Tahanan menjamu selera dan ada yang menghisap rokok

Tahanan menjamu selera macam ada kenduri kahwin

Tahanan di periksa kesihatan mereka...manalah tahu ada darah tinggi ke...

Sangat sistematik.... tahanan di ambil keterangan oleh Polis dan tak perlu tunggu lama
 
Tq for Kedah ke KL blog
Psst: Agak2 Polis-polis ni Zalim ke?

Bersih 2.0 - Malaysia Akan Jadi Perhatian Dunia? Suker la korang.....

Assalamualaikum,

Bab yang paling aku suka adalah Malaysia menjadi perhatian Dunia kerana Keamanan, kesejahteraan dan kedamaian yang tidak ada dinegara negara negara lain seperti negara jiran kita. Bukan saja itu, malah Malaysia sering dijadikan contoh dan rujukan kerana dapat menguruskan negara dengan baik walaupun hidup dalam kepelbagaian. korang nak terima statement aku ke tidak terpulang lah..itu la yang selalu aku tengok news negara luar mengenai Malaysia.

Akan Tetapi Bersih 2.0 pasti akan menjadikan Pandangan tersebut berubah sama sekali, Media antara bangsa sudahpun mengeluarkan cerita yang kurang enak apa yang berlaku di Malaysia. Aku pasti Penyokong Kuning sungguh berpuas hati kan, sebab perhatian inilah yang korang harapkan.

Diantara news antarabangsa yang sempat aku tengok, yang news lain aku rasa banyak kot, tapi aku bagi popular cukup lah.

The Jakarta Post

BBC News

AP News

The Wall Street Journal

Al Jazeera News

Jika Berlaku sebarang masalah 9 July ini, Pastinya berita Malaysia akan menjadi lebih hangat. Sekali gus akan memalukan negara ini. Inilah perkara biasa yang dilakukan dan perkara utama yang akan di highlight kan adalah Kekejaman pemerintah, Kejahatan Polis dan Hak bersuara dilarang..Suke la geng kuning..

Malah Perhimpunan ini juga secara jelas terdapat tajaan dari luar (Ambiga pun mengaku) yang kita tahu amat suka mengambil kesempatan, Ada diantara rakan-rakan aku yang berkata itu semua tak penting, yang penting matlamat Bersih tercapai, dei...itu nama nya Matlamat menghalalkan cara, Islam ajar macam tu ke?

Perlancong-perlancong asing pastinya akan melihat ini dan menggambarkan Malaysia tidaklah aman seperti yang mereka tahu. dan ini akan memberi impak negatif kepada negara. Suka lagi geng baju kuningkan... 

Satu lagi geng-geng Bersih Global yang nak berdemo jugak esok diseluruh Ibunegara dunia..lantak korang la yob, agak2 kalau tak puas hati sangat, tukar kerakyatan la senang...

Psst: Aku nak Ke Ampang esok pun takut2..dahla ada acara yang best, terus jadi tak berapa best..huh..

Monday, July 4, 2011

Demo Bersih 2.0 - Ulama Penentang, Penyokong dan Harus.....

Assalamualaikum,
Politik kita yang semakin Panas sekarang,
Pendapat Ulama juga semakin berbeza-berbeza pendapat mengenai demontrasi,
Tak kira la Ulama politik atau neutral, namun kita dengar & pakat pikir,
Jangan kita nak ikut bulat2 jer..

Kita dengar dulu pandangan Ulama yang menentang Demontrasi ini.

















Banyak diantara mereka adalah Pendakwah bebas dan sebahagian juga yang manyertai UMNO semasa ulama muda UMNO ditubuhkan, mereka adalah ahli-ahli Akademik di Universiti terkemuka yang ilmu mereka juga tak boleh disangkal dalam menyampaikan penghujjahan Al-Quran dan hadis. Ramai anti ulama macam mereka sebab kata Ulama cari makan dan sebagainya. Allah lebih mengetahui dari kita..so hormatilah ilmu-ilmu mereka. Jangan buat dosa kering.

Ulama yang Menyokong


Ustaz Wanji (Selalu berdebat dengan Hizbur Tahrir & Ulama Umno)

Ust Wan Ji memang Ulama PAS, so memang kena sokong  Bersih, Cuma kalau ada Ust Haron Din atau Ust Ahmad Awang memberikan statement boleh juga dapat banyak info. Mereka dah kurang publisiti oleh orang PAS sendiri. takut jadi macam kes menggunakan nama Allah dulu. Sana cakap lain sini cakap lain kot. Banyak Point PAS dalam bersih berada dalam Blog, tetapi aku rasa Ust Wan Ji dah jelaskan dengan detail sekali, harapnya cukup kita dapatkan info bagi kita berfikir.

Ulama Yang Mengharuskan


Geng Pro Bersih kata penerangan ini halal, tetapi kumpulan anti Bersih kata Sebaliknya..So Neutralla tu, penafsiran tidak secara terus.



Pandangan yang menyeluruh, Terdengar juga kata-kata ustaz jika buat di stadium dan sebagainya, tetapi Polis sudah melakukan perbincangan dengan pihak Bersih berkenaan stadium dan cadangan jalan-jalan ingin dilalui (Polis cuma tak nak demo tu berlaku di KL).tetapi ditolak pihak Bersih.Munkin hukum itu juga perlu diambil kira seperti mana para peniaga yang menentang. Tapi Hukum yang ustaz berikan bukan hanya untuk Bersih, tetapi yang lain juga...

ini sahaja youtube yang aku jumpa, ulama yang menyokong Demo ini agak kurang dalam Youtube. Aku amat teruja usaha Ust Zaharuddin yang mengumpulkan ulama neutral dalam perbincangan, tetapi munkin suatu hari nanti boleh memgumpulkan Ulama PAS dan UMNO sekali. Pendapat mereka juga perlu didengari, insyallah.

Psst: Terpulang Kepada kalian untuk menafsirkan, Pada pandangan aku halal, Haram atau harus sesuatu demontrasi harus  kena pada tempatnya, yang berkait rapat dengan keadilan dan menolak kezaliman, apakah demontrasi Bersih Wajar dilakukan, kita tidak boleh bandingkan demontrasi Bersih seperti demo Palestin, atau demo ditimur tengah. Sesungguhnya Bersih membawa 8 tuntutan yang boleh dibawa untuk perbincangan damai..Kelemahan SPR harus diakui dan kuasa mereka juga amat terbatas.