Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Friday, July 22, 2011

Malaysia Vs Singapura (Kelayakan Piala Dunia 2014) - 5 Awang Import Taruhan Sang Singa

 Pasukan Singapura
 
Jika dahulu Malaysia menetang Indonesia dengan 2 pemain import, esok kita akan berdepan bukan 2,3 tapi 5 awang import singapura.

Singapura mempertaruhkan lima pemain 'import' dalam misi mereka menyekat kemaraan Malaysia pada saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014.

Jurulatih, Radojko Avramovic menyenaraikan lima pemain 'import' dalam skuad kendaliannya itu yang terdiri daripada 25 pemain.

Antara import yang menjadi sandaran mereka ialah dua pemain dari China, Qiu Li dan Shi Jiayi

Shi Jiayi
Qiu Li

serta Daniel Bennett (England), Mustafic Fahrudin (Serbia) dan Aleksandar Duric (Bosnia) yang kesemuanya telah diberi kerakyatan Singapura.


Aleksandar Duric

Daniel Bennett


Mustafic Fahrudin


Avramovic bagaimanapun tidak menyenaraikan dua lagi pemain dari Nigeria iaitu Agu Casmir dan Precious Emuejeraye yang beraksi pada Piala Suzuki AFF 2010.

Senarai Penuh Pemain Singapura

Goalkeepers
Lionel Lewis (Home United)
Izwan Mahbud (Courts Young Lions)
Ridhuan Barudin (Tanjong Pagar United)

Defenders
Afiq Yunos (Courts Young Lions)
Safuwan Baharudin (Courts Young Lions)
Hamqaamal Shah (Gombak United)
Ismail Yunos (Gombak United)
Juma'at Jantan (Home United)
Daniel Bennett (SAFFC)
Shaiful Esah (SAFFC)
Delwinder Singh (Tanjong Pagar United)

Midfielders
Hariss Harun (Courts Young Lions)
Ruzaini Zainal (Courts Young Lions)
Shahdan Sulaiman (Courts Young Lions)
Isa Halim (Home United)
Shi Jiayi (Home United)
Shahril Ishak (Medan Chiefs)
Mustafic Fahrudin (Tampines Rovers)
Shukor Zailan (Tampines Rovers)

Forwards
Andrew Tan (Balestier Khalsa)
Khairul Nizam (Courts Young Lions)
Qiu Li (Home United)
Erwan Gunawan (SAFFC)
Fazrul Nawaz (SAFFC)
Aleksandar Duric (Tampines Rovers)


Bagi aku Malaysia tidak mempunyai masalah untuk menang Esok dan Khamis minggu depan, Awang import ini hanya bermain untuk liga -s, bukan liga eropah seperti 2 import indonesia dulu..

Kepada Skuad Harimau Malaya, Kita gegarkan Kota singa, biar kedua kalinya Singapura dilanda todak...(todak la pulak)

Psst: Lawan tetap lawan...baik semua import, senang sikit masuk piala dunia..hahaha

Thursday, July 21, 2011

If You're Ashamed To Stand By Your Colors, You Had Better Seek Another Flag


Slogan diatas sangat sinonim dengan rakyat Malaysia yang lebih bangga dengan pasukan atau kelab dari luar negara. Bukan apa, mungkin kita tak sehebat mereka, tetapi pemain yang mewakili negara kita itu adalah mereka yang terbaik dalam negara. Takde masalah untuk kita menyokong kelab luar, tetapi apabila membabitkan pasukan negara kita yang bermain, seharusnya kita sokongan kepada mereka apabila mereka menetang pasukan atau kelab yang kita minati. jika kita memakai baju pasukan luar pun, atleast bawak la satu bendera Malaysia. Kasi kibar sikit, walau kita meminati mereka, hati kita tetap Malaysia.



 Mat salleh ni pun tak segan Pakai Baju Malaysia

Moral pemain kita juga akan jatuh teruk apabila melihat Semua penonton memakai baju penetang mereka. kita boleh bayangkan kita berada di dalam padang.

Yang paling tak boleh tahan, muka yang tak pernah pergi stadium waktu Malaysia atau kelab tempatan main sanggup turun untuk melihat pasukan kesayangan mereka bermain menetang negara sendiri. Memang tak patriotik betui la..





Apa pun, aku harap pusingan ke2 kelayakan olimpik menetang Singapura sabtu ini akan memberikan berita yang gembira kepada seluruh rakyat Malaysia. Insyallah Khamis minggu depan kita akan berjumpa di Stadium Bukit Jalil. Agar pemain kita menunjukkan prestasi yang terbaik.

Psst: 28hb Malaysia Vs Singapura, Boleh la layan sebelum kita berpuasa....

Wednesday, July 13, 2011

Alfatehah buat Arwah Baharuddin, Tapi buat Pakatan...Jangan mati pun nak menipu

Assalamualaikum,

Aku dah malas nak tulis Bersih 2.0, aku harap ni kali terakhir,
aku cukup panas sebab aku diantara yang tertipu (bolehla)
sebab percaya yang meninggal Arwah Baharuddin adalah seperti yang dipaparkan oleh blog PR dan youtube mereka.

Rupa-rupanya mereka mempergunakan gambar Suhardi Mohd yang sekarang ini menetap di Bangi seolah beliaulah arwah. Memang kurang ajar betul..Semoga Allah sahaja membalas kepada mereka yang memfitnah.


Allahyarham Baharuddin Ahmad (Gambar ini tidak disiarkan oleh blog & youtube PR)





3 artikel bergambar diatas adalah Suhardi Mohd, beliau masih hidup, Penipuan yang jelas mempermainkan isu kematian bagi menaikan marah masyarakat kepada Polis dan Kerajaan.

Kalau nak berjuang pun, jangan la nak menipu....tu namanya Matlamat menghalalkan cara..Blog PR pun dah ada membetulkan kembali statement diorang...Bagusla tu..jangan dok emo sangat, satu lagi Menteri KDN suruh Bersih Saman kerajaan, sebab Polis ada semua rakaman Demo tersebut. Korang Ingat Polis takde SOP ke dalam menjalankan tugas.....

nak tahu lebih lanjut tengok kat blog papagomo. Salut la kat hang Gomo dapat bongkar..kalau tak satu Malaysia kena tipu....

Psst: Panas pulak aku pasal Bersih nih...ini bukan bersih, tapi Kotor

Monday, July 11, 2011

Giliran Najib Bantai Anwar & the Gang - Kasi Bersih Pak Jib

Assalamualikum,

Malas dah sebenarnya aku nak citer bab politik banyak sangat..Bersih la apala..Tapi just nak kongsi PM Najib dah start serang. Boleh tahan jugak berapi dia..kalau dengar panas je.....6k dalam sehari boleh kumpul..kira ok la tu Pak Jib.

Semalam siap melawat tempat Demo dilakukan, Kira kasi bersih balik la kot.







Sekadar selingan, popular pulak pak cik nih...





Agak-agak korang Bersih 2.0 haritu berjaya ke tidak?

Psst: Korang Pakat pikir & nilai lah sendiri yer...
3 hari gua outstation..bye...

Saturday, July 9, 2011

Tabik PDRM - Negara Lain Macam ni jugak tak?

Tabik Spring Kepada PDRM.... Inilah foto untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia bahawa PDRM mesra kepada tahanan yang di tahan di dalam perhimpunan haram hari ini. Layanan yang mereka terima...memang 'First Class'.

Lihatlah sendiri foto yang di keluarkan oleh PDRM ini. Adakah perkara ini akan berlaku di luar negara???

Fikirkanlah sendiri wahai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan...

Tahniah PDRM!!!

Tahanan boleh solat dan surau sementara di sediakan

Tahanan mengambil wuduk

Tahanan menjamu selera dan ada yang menghisap rokok

Tahanan menjamu selera macam ada kenduri kahwin

Tahanan di periksa kesihatan mereka...manalah tahu ada darah tinggi ke...

Sangat sistematik.... tahanan di ambil keterangan oleh Polis dan tak perlu tunggu lama
 
Tq for Kedah ke KL blog
Psst: Agak2 Polis-polis ni Zalim ke?