Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Friday, July 29, 2011

Malaysia Vs Singapura (Kelayakan Piala Dunia 2014) - Sudah Bukan Rezeki Kita

Assalamualaikum,

Posting pun lambat jer kalau dah kalah,
BTW, Game semalam tetap menghiburkan para peminat,
Sudah memang tiada rezeki kita untuk layak ke seterusnya.

Bicycle Kick dari safee & amirul

Kalau sesiapa yang masih belum puas nak sokong, bulan 9 ni Kelayakan Olimpik akan bermula, time tu boleh la kita ke stadium balik ok.

Minggu depan dah nak Puasa, kita fokus kepada amalan kita dibulan Ramadhan nanti

Psst: Permainan bermati matian menjadikan penyokong Malaysia memandang tinggi Pasukan Harimau Malaya.

Thursday, July 28, 2011

Semangat Buat Seluruh Penyokong Bola Sepak Malaysia

Assalamualaikum,

Posting terakhir sebelum sepak mula Malam ini,
aku pun nak gerak awal ke Stadium petang nih.
Aku amat berharap sesuatu yang mengembirakan untuk kita Rakyat Malaysia malam ini.
Kepada seluruh penyokong Malaysia aku akan kongsikan Youtube yang membangkitkan semangat kita.





















Ikut Hati Banyak Jer aku nak letak..
Cukup2 la..
Kepada Seluruh Pemain Malaysia..Berjuang Habis Habisan.....

Psst: Kita Jumpa Di Bukit Jalil, Doakan Kejayaan Pasukan Kita...,.

Wednesday, July 27, 2011

Tiket Malaysia vs Singapura dah Habis...!!!

Assalamualikum,

Aku diberitahu Tiket jualan esok dah pun habis,


Ramai merungut sebab tak dapat tiket, tambah-tambah lagi kepada ulat2 tiket yang beli 100 keping tuh. kalau jadi aku pun marah..beratur panjang2..tak dapat, kat ulat tiket jual yang 30 jadi 50 atau lebih.


Selempang Tiket tuh..tak sempat kira pulak berapa keping


Tapi yang ni jer aku punya

Alhamdulillah Aku & the gang berjaya juga mendapatkan tiket yang esok. kalau tengok dekat no siri dah 30 ribu, kira awal jugak la.

Aku amat berharap FAM dapat mencetak lagi tiket. Sepanjang pengetahuan aku Stadium Bukit Jalil mampu menampung 100,000 penonton. Sejarah juga telah membuktikan pada 1998 Final piala Malaysia Perak vs Terengganu menyaksikan jumlah penyokong melebihi 100,000. Aku adalah antara penyokong Perak pada waktu itu.

Memandangkan Singapore hanya 2,000 penonton, apalah kiranya 98,000 untuk penyokong kita.

Penuhkan Stadium

Yang pasti pemain ke12 pasti menggerunkan pasukan singapura..

ayuh kita...Berikan semangat kepada pasukan kita....

Psst: Kalah Menang yang penting kita enjoy....

Tuesday, July 26, 2011

Tiket Malaysia vs Singapura Hampir Sold Out!

Tengah usha2 blog & FB Fan Malaysia, Aku nampak banyak Artikel yang Penjualan tiket makin laju,
Dianggarkan setakat harini dah 65,000 tiket sudah terjual manakala bagi online dah habis.



Aku tak pasti kebenarannya, yang pasti aku dah beli pun, cuma tak tengok depan mata jer lagi (kirim kat orang ler). Actually ramai lagi nak beli, tapi kirim mengirim ni susah la, kena comfirm betul2, baru boleh beli.

FB fan Malaysia

Apa pun kepada yang masih belum beli tu cepat2, Kita bagi sokongan kepada pasukan kita, menang kalah tolak tepi dulu, yang penting kita enjoy.....

Kalau nak beli, ni tempat jualan nya,
Dari 9 pagi hingga 7 malam di Pintu Utama, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pintu A, Stadium Shah Alam.

Sementara penjualan dan penebusan tiket dibeli secara dalam talian boleh dibuat di Pintu Kuning, Stadium Nasional Bukit Jalil hingga hari perlawanan.

Tiket terbahagi kepada tiga kategori iaitu RM50 untuk tempat duduk utama (grand stand), RM30 (terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Peminat-peminat yang ingin membeli tiket secara dalam talian boleh berbuat demikian melalui laman web www.tickethotline.com.my.(yang online aku tak pasti ader or tak lagi)dalam web dah tulis sold out..paham2 la.

Sold Out (Clik Pic kalau nak Clear)


So, yang belum beli, pagi2 buta esok pi beli la.......

Psst: Ramai jugak turun..bagus....Kita jumpa disana ok...Doakan Pasukan kita berjaya mengatasi Singapore 5-0....

Monday, July 25, 2011

Harimau Cuma Cedera, Belum Mati.....

Assalamualaikum,

Aku rasa semua dah tahu kekalahan Malaysia kepada Singapura 5-3 di Stadium Jalan besar.
Pastinya keputusan ini mengecewakan penyokong seluruh rakyat Malaysia.




Wajah-Wajah Sedih Penyokong Malaysia di Stadium Jalan Besar (Kalau Sedih kat Rumah tak sama dengan kat Stadium ok)

Kelemahan pertahanan adalah faktor utama yang menyebabkan gol2 mudah dapat dijaringkan oleh permain import singapura. Serangan kita memang mantap pada hari itu, tetapi apakan daya rezeki kita hanya itu.

Tapi jangan kita lupa, 90 minit berbaki di Bukit Jalil pastinya akan menjanjikan serangan berterusan Harimau yang sakit ini..Beza 2 jaringan gol pastinya dicari bagi memastikan Malaysia layak ke peringkat seterusnya.
Padang sintetik dan pemain import bukan alasan kita Kalah, jika itu dijadikan ukuran, tunjukkan di Bukit Jalil kita boleh menjaringkan gol lebih 2 jaringan.

Jaringan Pertama Safee Sali

Panas juga hati ada yang berkata, boleh menang ke..Adoi..game belum tamat lagi..90 minit apa saja boleh berlaku..Kita dapat lihat bagaimana ketinggalan 4-1, kita mampu mengejar dalam 2 minit menjadi 4-3. kita mampu menjaringkan gol pada saat ke 26. takkan 90 minit kita tak mampu melakukan apa-apa? cuma pertahanan perlu dipertingkatkan.




Ader jugak yang takde kene mengene dengan Bola...hahaha




Apa pun..28hb ni kita serbu Stadium Bukit Jalil..Seluruh Rakyat Malaysia Mahukan Kebangkitan Harimau Malaya...Buat Rakan-rakan Ultras Malaya..Korang memang terbaik...bab gaduh2 kat sana gua malas nak story.

Gambar Kreadit to http://snowprincesszzz.blogspot.com/ dan FB Abdul Hafiz

Psst: Ate yob..Moh ke stadium ler...