Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Sunday, January 24, 2010

Meeting & site visit (Bukit Merah land via duct)

Assalamualaikum,

Pada 20 Januari lalu saya berkesempatan ke bukit merah.
ada meeting bersama Balfour Betty (BB), MMC-Gamuda site..
biasala isu2 berkaitan kerja..saya juga harus bersedia disebabkan kemungkinan besar akan dihantar ke Kamunting dalam masa terdekat ini mewakili system team di utara..
oleh itu isu2 berbangkit amatlah penting diketahui..

disebabkan meeting bermula 9pg di bukit merah..
seawal 5.30 pagi kami sudah bergerak..
diikuti En Azam dan Naguib..aku biasala paling muda jadi driver la..

mungkin nak menceritakan perihal kerja tak sesuai disini..
tapi melihat kerja2 infra di situ sudah pasti kerja2 system (signalling, communication & Electrification) akan bermula tak lama lagi..

dan saya sendiri akan dihantar ke kamunting untuk menjadi koordinator system di kawasan N6 dan N5..insyallah saya akan bersedia sepenuhnya..





Sunday, January 10, 2010

Bersama rakan UTM ke Rumah Amin

pDihujung Minggu ini dipenuhi aktiviti bersama rakan-rakan UTM
Bersama Khalil, Hafizudin, Samsuri dan Nazrul..kami bersama-sama merancang kerumah Amin Di Jalan Kuching...sambil menjenguk baby mereka..Hafizudin juga bersama anak dan isterinya..disini kami dapat berkumpul dan membuka kisah lama dan kerja masing..
jarang sekali dapat bertemu seperti ini..tambahan pula ramai sudah mempunyai komitmen masing2 kerja dan keluarga..

diharap persahabatan ini akan berkekalan hendaknya..
kepada rakan yang dah ada anak..tahniah diucapkan,
kepada Khalil yang bininya akan melahirkan bulan 3 nanti harap prepare awal2..
samsuri..weekend Husband..takpa..tak lama la tu..
Nazrul dengar kata dah dekat...
Aku masih jauh perjalanan rasanya..tunggu........




Saturday, January 9, 2010

selamat tahun baru

sekian lama tidak menulis
sedar tidak sedar sudah masuk tahun 2010
maka umur kita masing2 bertambah..diharap amal kita juga

alhamdulillah,
agar tahun 2010 masehi ini akan lebih memberi kita rahmat
dan rezeki yang baik..
kesibukan dipejabat dan terpaksa berkejar ke mesyuarat
menyebabkan masa terasa terlalu cepat..
insyallah saya akan lebih kerap menulis selepas ini..

banyak isu2 yang telah berlaku dewasa
isu terbaru berkenaan isu gula dan allah

jika dilihat isu gula
pada pandangan saya..kenaikan 20sen kepada rakyat perkara biasa
logiknya kita sepatutnya kurangkan penggunaan gula dalam kehidupan
ada juga rakan2 merungut kenaikan ini..jika ditanya berapa kilo sehari mereka ambil gula..mulala keluar ayat loyar buruk..implikasi disini adalh bahan2 berasaskan gula
pastinya ada pihak ambil kesempatan..
jika dikira matematikpun hakikatnya kenaikan ini tidak memberi kesan besar.
adakalanya kita perlu bersifat positif..
pastinya tiada kerajaan didunia ini yang mahukan rakyatnya susah..

berkenaan penggunaan nama Allah
saya menentang sepenuhnya penggunaan bagi orang kristian..
saya bukanlah bersikap radikal dalam hal ini..
ini bukan hal mereka boleh gunakan atau tidak
ini adalah perihal akidah umat islam akan datang
saya mengakui tidak salah mereka gunakan allah
tapi bukan di malaysia..kerana allah cukup sinonim dengan umat islam disini
ada pendapat politik yang mengatakan isu ini bukan hal besar
saya percaya..jika bukan mereka dalam kumpulan tetentu
mereka lah orang pertama berdemonstrasi..ada pula yang mengaitkan mereka adalh agama samawi...jika begitu kita boleh berkahwin,makan sembelihan mereka?
bagi yang tidak berfikir pjg..pastinya terus setuju..

agama samawi seperti kristian dan yahudi dimaksudkan dalam alquran merujuk kepada mereka yang berpegang kepada kita asal..adakah injil,taurad dan zabur yang ada sekarang adalah yang tulin?jika tulin sudah pasti paderi pakiam masuk islam
tapi peristiwa membakar gereja adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

mungkin setakat ini sebagai posting pertama tahun baru
maaf dipohon sekiranya banyak pendapat saya banyak melawan arus pemikiran rakan2

assalamualaikum

Mohd Alhafiz Abdullah

Sunday, November 22, 2009

Majlis Perkahwinan Rakan-Rakan

Assalamualaikum..

Minta maaf kerana lama tidak menulis..masa yang diperuntukan banyak untuk urusan kerja yang kadang kala merimaskan..tapi apa boleh buat..itu adalah tanggungjawab yang terpaksa dipikul..tapi insyallah..segalanya dapat diatasi.

nampaknya cuti sekolah dudah bermula..maka banyaklah undangan majlis perkahwinan akan dilangsungkan..dikesempatan ini penulis juga telah menghadiri majlis perkahwinan Amira dan pasangan (GJ Group) dan Anul shuhada (Semetrik). Selamat pengantin baru diucapkan..

Seperti biasa majlis perkahwinan inilah tempat untuk berjumpa kawan2 lama disamping bertanya khabar..dimajlis ini juga Ayu, Shiela dan Menthol telah membawa pasangan dan permata hati mereka (Anak)..masing2 dah ada harta paling bernilai dalam hidup..












Kenangan bersama rakan-rakan adalah sesuatu yang indah untuk dikenang..maklumlah..kita membesar dan belajar bersama..pastinya ia adalah kenangan yang akan dikenang sampai bila-bila..

Saturday, September 12, 2009

Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum dan salam sejahtera..lama benar rasanya tak update blog. Busy dengan kerja dan bulan2 Ramadhan yang mulia nih..paham2 la..balik on time 4.30, malam terawikh, masa yang ada memang digunakan sepenuhnya. Apapun penulis akan ceritakan sedikit aktiviti sepanjang waktu ketiadaan penulis.
Site Visit JB Sentral , Gerbang Selatan, Johor Bharu
Pada 29 & 30 Julai, Penulis ke JB atas urusan kerja.melakukan inspection terhadap Comms & Signalling Equipment di JB Sentral JB.



Pada 13 & 18 August, Penulis ke Batu Gajah Depot..Melakukan kerja2 pemeriksaan pemasangan LSC, EB dan ujian2 keatas Signalling & Comms Equipment, berserta Switchgear dalam TSL (Kalau tak paham buat2 paham la benda2 nih)
Bermula 22 ogos, Bermulalah Ramadhan Al Mubarak..Masa ini mmg masa terasa terlalu singkat..Tq kepada CEO coz bagi balik awal 4.30..walaupun penulis bujang, tapi masa yang ada boleh la singgah ke bazaar Ramadhan beli juadah. Kerja penulis masih seperti biasa..Turun meeting, site visit, lepak2 opis..fuh..mmg penat juga..tapi dah biasa, takde hal punya..
27 -31 ogos, Penulis mengambil cuti dua hari dan balik kampung di Batu Kurau. Memang sengaja cuti lama sikit untuk merasai suasana ramadhan di kampung tercinta..sempat juga mengemas rumah dah bersedia untuk lebaran.biasala rumah kampung..rumah family.

Di Bulan2 Ramadhan ni sempat juga berbuka bersama teman2..2 September, Penulis berbuka bersama teman2 semetrik Zul, Jaa & Izat di warung Paksu Shah Alam..Lepak sampai malam jugak la berborak kisah2 lama




Pada 11 September, penulis Berbuka bersama Rakan2 sekerja GJ Group bertempat di D Saji Felda, Jalan Semarak.