Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Thursday, February 18, 2010

Madal Sempit Terbabas jua..

Hari Khamis semangat nak ke kerja..
On the way nak ke tempat kerja,
kejadian yang biasa berlaku kepada mat2 rempit,
excident....





kecederaan alhamdulillah,
tak seberapa lah..
dapat cuti 2 hari..

Tun Dr Mahathir Mohammad


selepas melihat blog rakan rakan,
aku terpandang satu keratan blog yang agak menarik
sama-sama kita hayati.

Sesekali Demang terfikir semula. Mengapa Tun memecat Anwar? Sudah nyanyukkah beliau?

Ketika beliau merancang pembinaan jambatan Pulau Pinang, ada pihak yang mendakwa ia sebuah projek gajah putih. Namun selepas itu jambatan kedua pula diminta.

Anda patut tahu perkara tersirat di sebalik pembinaan jambatan Pulau Pinang.

Kemudian beliau membina Putrajaya. Ada pula yang mengaitkannya dengan Taj Mahal serta membazir. Malah mereka mendakwa Putrajaya adalah istana beliau. Ternyata akhirnya Putrajaya menjadi mercu ketamadunan bangsa dan negara, berbanding Kuala Lumpur yang dibina Yap Ah Loy.

Anda patut tahu perkara tersirat di sebalik pembinaan Putrajaya.

Selepas itu litar Sepang pula dirancang. Beberapa pihak lantas menuduh ia adalah hadiah Tun untuk permainan anak-anaknya. Pemiikiran mereka gagal melihat Formula 1 sebagai saluran promosi negara.

Anda patut tahu perkara tersirat di sebalik pembinaan Litar Sepang.

Kenapa Tun memecat Anwar sedangkan beliau menjemput Anwar ke dalam UMNO dalam dulang emas? Anwar disediakan ruang dan lorong seluasnya serta dipercayakan memegang portfolio penting.

Walaupun surat layang dan surat rasmi bertalu-talu diterima beliau menceritakan pekerti Anwar di belakang umum namun Tun enggan menerima bulat-bulat.

Namun Tun tetap Tun.

Walaupun marah kepada Margaret Thacher namun diam-diam mengumpul pelajar terbaik untuk mencuri ilmu di Britain.

Meskipun tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman yang lantang mengkritiknya namun menamakan pusat pentadbiran negara sebagai Putrajaya.

Justeru biarpun tidak mahu mempercayai tuduhan yang dibuat ke atas Anwar, Tun mengarahkan siasatan khas dibuat.

Maka itulah keputusannya.


Petikan dari http://waadat.blogspot.com/

komen penulis,
sesunguhnya Tun M tetap negarawan dan lagenda rakyat malaysia..
itu mmg tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun.
jika ada masalah2 lain itu adalah cakap2 kedai kopi yang sukar dibuktikan.
selama aku hidup bermula dilahirkan, bersekolah dan masuk universiti adalah dizaman beliau..tiada siapa yang hidup susah diwaktunya..semua rakyat juga hidup aman dan damai..kenapa Tun M harus dibenci?

Wednesday, February 10, 2010

Zambry - MB Perak yang sah

Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara memutuskan bahawa Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.

Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, mengetuai panel lima orang hakim yang mendengar kes tersebut.

Yang lainnya ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan.

Keputusan penal hakim tersebut diumumkan oleh Arifin pada jam 11 pagi.

Istana Keadilan di Putrajaya, menjadi tumpuan sejak jam 7 pagi tadi apabila orang ramai beratur untuk mendapatkan pas masuk ke dewan mahkamah. Begitu juga penyokong BN dan Pakatan.

Pada 5 November lalu, Mahkamah Persekutuan telah mendengar rayuan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan hujah para peguamnya selama enam jam, tetapi telah menangguhkan keputusannya.

Sebelum itu, mahkamah telah menolak permohonan Nizar supaya panel penuh 11 orang hakim atau tambahan bilangan panel hakim, untuk mendengar kesnya itu.

BN mengambil alih pentadbiran negeri Perak apabila tiga ADUN Pakatan rakyat keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Berikutan itu, Pakatan telah membawa perkara itu ke mahkamah.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim telah memutuskan bahawa Nizar merupakan menteri besar Perak yang sah.

Zambry kemudiannya membuat rayuan dan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak keputusan Mahkamah Tinggi itu, dengan alasan hakim berkenaan telah gagal untuk mengambilkira keseluruhan bukti yang dikemukakan.

Nizar diwakili oleh para peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili Zambry.

Copy From Malaysiakini.com

Komen aku
Cukuplah setakat ini politik di Perak, Biarlah rakyat memilih pada PRU 13 nanti..kepada YB Nizar, balik lah ke ADUN & Parlimen anda..masyarakat anda menanti anda inginkan bantuan..jgn sibuk ceramah sana sini lupa akan tanggungjawab asal anda..biarlah Zambry memerintah dengan aman..Daulat Tuanku, Allahuakbar..Perak Aman Jaya.....

Saturday, February 6, 2010

Handover kerja & FAT

assalamualaikum,

selepas selesai melakukan inspection lampu kawasanabersama pihak MPKj di apartment teratai,Taman sutera kajang (rumah aku ada sebijik kat sini), aku terus balik Damansara office MMC-Gamuda JV, tak semena-mena CEO panggil..apa lagi..suruh serah semua kerja2 Ampang kepada orang lain..sebagai pekerja pun menurut segala perintah..mungkin rakan2 masih belum mengetahui bahawa aku juga terlibat dalam kerja2 Mekanikal & Elektrikal terutama dalam development & low voltage..
oleh itu kerja2 ini diserahkan kepada rakan sekerja shahirazy..tq, harap lepasni boleh sambung gaduh aku dengan pemaju & kontraktor, jgn lupa pau diorg belanja makan sekali.


























walaubagaimanapun aku tetap mengawasi kerja2 Railway system yg lain dan project2 baru yang masih design stage..banyak juga project masuk, tapi aku je yang tak masyuk..hu3. berkenaan akan dihantar ke kamunting..nampak nya tertangguh lagi..maybe bulan 4 pulak (ikut kata manager contract system la)..tapi aku dah start join meeting2, discussion & review all system design detail dari kontraktor..pening jugak tuh..mujur ader super2 senior yang tolong..biasala budak baru belajar.

Arahan dari Bos pula suruh ke sungai buloh untuk Factory Acceptence Test (FAT) Glue Rail Joint (GRJ)..ini untuk railway system..antara track circuit untuk system jugak..cerita lebih2 pun payah .. sure tak faham..






























keje mmg banyak sekarang..balik asyik lewat memanjang, sabtu comfirm datang opis..harap diorg still bayar OT & Claim..bekerja keras nih..nasib masih bujang..
kalau tak sure kena ceramah ngan bini....

Sunday, January 24, 2010

Meeting & site visit (Bukit Merah land via duct)

Assalamualaikum,

Pada 20 Januari lalu saya berkesempatan ke bukit merah.
ada meeting bersama Balfour Betty (BB), MMC-Gamuda site..
biasala isu2 berkaitan kerja..saya juga harus bersedia disebabkan kemungkinan besar akan dihantar ke Kamunting dalam masa terdekat ini mewakili system team di utara..
oleh itu isu2 berbangkit amatlah penting diketahui..

disebabkan meeting bermula 9pg di bukit merah..
seawal 5.30 pagi kami sudah bergerak..
diikuti En Azam dan Naguib..aku biasala paling muda jadi driver la..

mungkin nak menceritakan perihal kerja tak sesuai disini..
tapi melihat kerja2 infra di situ sudah pasti kerja2 system (signalling, communication & Electrification) akan bermula tak lama lagi..

dan saya sendiri akan dihantar ke kamunting untuk menjadi koordinator system di kawasan N6 dan N5..insyallah saya akan bersedia sepenuhnya..