Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Wednesday, March 24, 2010

Penat Pulak Aku harini....

Harini terasa penat plak..
mana taknye merempit sana sini..
dah la datang opis merempit..
pastu gi FAT kat sg buloh pun merempit..
sebenarnya dah biasa..cuma panas lain macam skit aku rasa harini..
isnin aku gi FAT petang, Selasa pagi gi Gamuda (Damansara), harini FAT lagi
mobile betul aku...macam despatch pun ader...
ni kat opis lepak2 jap sebelum balik..bagi sejuk skit kat luar
aku pun tak tau nak letak pic apa..ambik la pic aku buat FAT tadi


lap jangan tak lap


angkat sama dia


kasi rendam 2 hari nih...

FAT GRJ.(Glue Rail Joint) untuk Project Gerbang Perdana..

Tuesday, March 23, 2010

Kisah Lama SMDK

Sedang aku lepak2 kat kampung..
aku hampiri rak2 buku kat rumah..
terjumpa satu majalah SEDAKA 1999(sekolah Dato Kamaruddin)
erm..tak semena2 aku belek la buku tuh...jumpa la gambar kelas lama aku
3 BA (Bahasa Arab) ha3..jgn main2 akuni dulu budak Bahasa Arab tau..
dalam tu bleh la tgok muka sorang2..cuma yang sedih kembalinya rakan sekelas ke Rahmatullah Arwah Emy Bin Sudin...Sedih jugak..kami kelas tu hanya 4 orang lelaki sahaja..bayangkan lah dikelilingi hampir 27 orang perempuan..memang kena lanyak la...




ni pulak gambar aku main kompang, aku dulu setiausaha kelab kompang..jangan main..tgok muka sikit punya samseng sekolah lagi..rambut tarah tepi..main depan2 cikgu masa hari kebangsaan..rahsia yang orang tak tau..yang kat belakang aku tu semua tgh baca lirik lagu sebab tak ingat..lagu pun main lekat belakang baju je..hadoi...




Sesungguhnya kenangan di SMDK tetap menarik, insyallah kalau aku jumpa gambar2 masa Dalam sedaka 1997 & 1998 aku upload pic aku dulu2...

Balik Kampung lagi.....

Minggu lepas 19hb hingga 21 hb Mac balik kampung lagi..
hadoi penat jugak tiap minggu balik..
kalini aku balik dengan kak aku & Family dia..
Kenduri kawen lan..Jiran rumah kat kampung..
selamat pengantin baru diucapkan....

antara hadirin yang datang YB Batu Kurau Datuk Kapten Najimudin atau digelar awang dikalangan orang kampung..(dah memang orang kampung aku)


Datuk Kapten Bersama Tuan Rumah (Pakngah Jali)

majlis ini turun diserikan dengan kompang ( aku main jugak nih) dengan persembahan silat gayung oleh pendekar2 batu kurau ha3...

Friday, March 19, 2010

Tahniah Kepada Khalil a.k.a Mantap

Petang sewaktu bekerja aku dikejutkan pangilan telefon dari khalil,
alhamdulillah beliau sudahpun bergelar bapa dan menimang cahaya mata sulungnya..
bayi lelaki yang dilahirkan ini insyallah akan membawa seri rumah tangga khalil sekeluarga.
semoga anak ini menjadi anak yang soleh insyallah...

kepada Khalil..jalankan tanggungjawab sebagai bapa yang terbaik..



Perkahwinan Nieza & Anoi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Masih belum terlambat mengucapkan selamat pengantin baru kepada Nieza dan Anoi kerana akhirnya sampai ke jinjang pelamin..tak sia sia aku menjadi posmen masa kita sama-sama menuntut di Semetrik dulu..diharap pasangan ini akan menjadi pasangan yang bahagia dan sentiasa diredhai Allah setiap masa.

Pada 13 hb March berlangsung persandingan di rumah nieza..aku dari KL pagi2 lagi sampai kamunting jumpa semua member2 & beli hadiah di tesco taiping..ramai jugak kawan2 hadir..tapi muka2 sama la..akhirnya jumpa jugak sue..member masa teknik bersama nieza dulu..memang kawan baik kami nih..mana taknya satu kampung & kalau balik mesti sekali punya..dia dah anak sorang dah..nampaknya aku jugak yang tinggal hu3.

setelah selesai semua kami ramai2 ke taiping sentral..apa lagi pegi melalak la..lama jugak aku tak karok ni..dengan rakan2 biasala..berhibur sekali sekala..