Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Sunday, January 16, 2011

Sasaran wawasan Indonesia maju 2030

Assalamualaikum,
Alhamdulillah Indonesia akhirnya mempunyai perancangan juga untuk Maju.
Setelah hampir 20 tahun Tun Mahathir telah menggerakkan negara menuju kearah Negara Maju dengan slogan Wawasan 2020, akhirnya pada kali ini Negara Besar Indonesia telah menetapkan target mereka.


INDONESIA kini menuju cita-cita untuk menjadi satu dari lima kuasa besar ekonomi dunia pada tahun 2030 manakala jumlah penduduknya meningkat hingga kira-kira 285 juta. Ia juga mahu 30 syarikat Indonesia termasuk dalam senarai Fortune 500 Companies.
Chairul Tanjung

Demikian antara catatan Visi Indonesia 2030 terbitan Yayasan Forum Indonesia pencapaian matlamat melibatkan peranan bersama para pekerja, birokrat, pengusaha, anggota-anggota kerajaan, perundangan, kehakiman, termasuk para ketua parti-parti politik dan lain-lain organisasi, demikian disebut oleh Chairul Tanjung, pengerusi lembaga pusat yayasan tersebut dalam kata-kata pengantarnya.

Tujuannya ialah untuk melakukan transformasi hingga Indonesia menjadi sebuah negara moden dan maju serta yang boleh memenuhi keperluan rakyatnya. Indonesia kini pada peringkat menengah rendah dan keadaan ini dijangka menetap hingga 2015 manakala Indonesia meningkat pada peringkat menengah atas.

Juga disebut betapa kemakmuran rakyat pada hakikatnya adalah dengan dorongan syarikat-syarikat besar, bukan oleh kerajaan sahaja.

Indonesia juga mesti mengambil kesempatan dari kedudukannya "di tengah-tengah perkembangan ekonomi serantau paling tinggi sekali dalam dunia". yang meliputi Asia Timur, Asia Selatan serta Australia dan New Zealand.

Jumlah penduduk Indonesia dijangka meningkat hingga 285 juta menjelang 2030. Bilangan orang muda di Indonesia kelak lebih ramai dari lain-lain negara maju. Dengan itu ia mempunyai kesempatan untuk menembusi pasaran buruh antarabangsa dan mengisi kekurangan tenaga pekerja di negara-negara maju yang penduduknya meningkat umur.

Pada tahun 2030, majoriti penduduk Indonesia (hampir 70 peratus) akan menduduki kawasan-kawasan perbandaran. Ada kalanya kelak mereka di kawasan tersebut akan kembali ke tempat-tempat asal mereka.

Meningkat

Mengenai pelajaran pula disebut bahawa bilangan yang ke sekolah akan meningkat hingga 73 juta menjelang 2030 dan oleh itu mestilah mendapat pendidikan asas. Kemudahan pelajaran juga ditujukan kepada mereka yang umur tua. Dengan itu tiada nanti yang buta huruf sama ada muda atau tua.

Selanjutnya kelak ialah peranan penting dan persaingan di antara universiti-universiti Indonesia hingga masuk ke peringkat 50 universiti paling utama di seluruh dunia.

Indonesia kelak akan mempunyai penduduk yang sihat, panjang umur dan produktif. Purata umur mereka 74 tahun, demikian dicatat lagi.
Syarikat Minyak Indonesia

Mendapat perhatian ialah keadaan bekalan minyak dan arang batu. Simpanan minyak kini kira-kira 9 bilion tong. Dengan pengeluaran purata 500 juta tong tiap tahun, maka simpanan itu akan habis dalam masa 18 tahun.

Simpanan arang batu pula kira-kira 19.4 bilion tan. Dengan pengeluaran purata 150 tan setahun, simpanan itu akan habis dalam masa 130 tahun.

Visi Indonesia terus menyentuh bekalan air pada tahun 2030. Antara tahun 1990-2005, sejumlah 89 peratus penduduk bandar dan 57 peratus penduduk luar bandar mendapat bekalan air yang bersih melalui paip, bukan perigi besar boleh terus minum air paip.

Ditegaskan dalam laporan ialah Indonesia pada tahun 2030 mesti menjadi salah satu negara yang tertinggi kemantapan undang-undang dan perdagangan. Kerana itu "tindakan menghapuskan korupsi dan reformasi sistem perundangan dan pelaksanaan mesti terus-menerus dilaksanakan".

Yayasan Forum Indonesia menganjurkan analisis pelbagai aspek dalam menuju cita-cita 2030, antaranya: reformasi birokrat pemerintahan, pelaksanaan undang-undang lebih baik, reformasi sistem tanah.

Antara unsur penting dalam pelaksanaan pelbagai urusan ialah kepimpinan yang baik. Negara memerlukan para pemimpin yang punyai visi, cerdas dan jujur dengan komitmen kepada bangsa, bukan memihak kepada parti sendiri atau diri sendiri.

Mendapat perhatian pada masa kini ialah kejayaan China menjadi negara ekonomi yang kedua terbesar di seluruh dunia, iaitu menewaskan Jepun. Apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada negara-negara lain.

Walhal pada beberapa dekad lalu kejayaan ekonomi Jepun menjadi contoh kepada lain-lain Asian Tigers: Korea Selatan, Singapura, Malaysia, Taiwan, Thailand dan negeri China juga.
Wawasan 2020
Tun Mahathir-Penggerak Utama Kearah Malaysia Moden

Dalam pada itu bagi Malaysia dewasa ini ialah Lonjakan Realisasi Wawasan 2020 menjadi negara maju.

-Utusan Malaysia

Psst: Tiada Guna menjadi Negara paling maju didunia jika hanya dikuasai oleh golongan kaya dan sistem kapitalis yang amat buruk.
Kemiskinan di India

GRO China

India dan China contoh yang mana sebuah negara yang paling pesat, tetapi rakyat mereka masih ramai yang miskin dan melarat. Contoh paling mudah, bagaimana ramai buruh2 asal india masih mencari rezeki dia Dubai, timur tengah dan juga Malaysia, sama juga rakyat China yang menjadi ayam2 murah di Malaysia.

Kita selalu diperlekehkan oleh rakyat kita sendiri bahawasanya KDNK dan kemajuan ekonomi kita telah kalah ditangan vietnam dan Thailand, Hakikat lagi yang perlu kita ketahui, berapa ramai rakyat Vietnam dan Thailand dinegara kita mencari rezeki? Thailand hanya maju di daerah Bangkok dan membawa ke Chiang mai dan Chiang Rai, tapi bagaimana di Yala, Narathiwat dan Pattani?

Perancangan Menuju negara maju adalah sebuah target yang perlu ada pada setiap pemimpin, kerana salah satu kepimpinan dalam islam adalah pemimpin yang berpandangan jauh, bukan hari ini menang, esok semua ubah. Wallahualam.

Friday, January 14, 2011

Perodua kekal kereta terlaris di Malaysia


Perodua mengekalkan kedudukannya untuk tahun kelima berturut-turut di kalangan syarikat kereta di Malaysia apabila meningkat 13 peratus dan rekod jualan 188,600 unit tahun lalu dengan model MyVi muncul sebagai model jualan terlaris.
Perodua Myvi

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata dalam proses itu, ia menguasai 31.2 peratus kepentingan pasaran kereta negara.

"Jualan tahun lepas didorong oleh permintaan menggalakkan untuk kereta kompak mampu milik berbanding 166,700 unit yang dijual pada 2009," katanya.

Beliau berkata, jualan rekod syarikat sebelumnya iaitu 176,400 unit dan penguasaan pasaran 30.5 peratus telah dicapai pada 2008.
Perodua Viva

"Kami memecahkan dua rekod pada 2010 -- pertama dengan jualan tahunan tertinggi pernah dicatatkan dan Disember lalu, Perodua mencapai pendaftaran jualan bulanan tertinggi sebanyak 19,400 unit, mengatasi rekod sebelum ini 18,500 pada Mac 2010," kata beliau dalam satu kenyataan.
Alza

Beliau berkata, MyVi muncul sebagai model paling laris di Malaysia tahun lalu dengan 77,700 unit dijual, Alza kenderaan pelbagai guna paling laris dengan jualan 42,000 unit sementara Viva mencatatkan jualan 69,000 unit.

"Buku tempahan kami kekal menggalakkan dan kami yakin dapat mengekalkan momentum itu tahun ini," katanya.

-Bernama

Psst: Sebagai salah seorang penyumbang Perodua..aku juga rasa kualiti mereka masih yang terbaik. Jika Perodua dapat menghasilkan kereta Sedan seperti Proton, apa agaknya akan jadi kepada Proton. Disarankan Seluruh Syarikat pembuat kereta terutama bagi Proton dan Perodua, hasilkanlah kereta-kereta yang lebih berkualiti dan bermutu bagi keselesaan Rakyat malaysia. jangan la main cincai je..Mahal tu harga kereta kat Malaysia....

Mania 77

Kete Aku...

Wednesday, January 12, 2011

Bolasepak: Ranking Malaysia Naik Ke Tangga 142


Selepas memenangi Piala AFF Suzuki pada 29 Disember 2010 dengan menewaskan Indonesia (4-2) secara agregat, ranking Malaysia naik 2 anak tangga daripada kedudukan 144 kepada 142 daripada 203 buah negara. Bagaimanapun, Indonesia selaku Naib Juara Piala AFF masih berada di ranking yang lebih baik daripada Malaysia iaitu pada kedudukan 126. Juara Piala Dunia, Sepanyol masih lagi menguasi ranking pertama, diikuti Belanda, Jerman dan Brazil.

Di peringkat Asia, Malaysia berada pada kedudukan ke-23 dengan mengumpul 145. Di peringkat Asia, Malaysia juga membaiki dua kedudukan dari tempat ke 25 ke tempat 23. Biarpun memenangi trofi di peringkat Asia Tenggara, Thailand masih lagi berada pada kedudukan yang pertama di Asia Tenggara iaitu pada kedudukan ke-17, Indonesia kedudukan ke-18 Vietnam pada kedudukan ke-21, Singapura pada kedudukan ke-22 dan kemudian Malaysia pada kedudukan ke-23 Asia. Mengikut kedudukan di Asia Tenggara, Malaysia masih lagi pada kedudukan ke-5 di Asia Tenggara. Harimau Malaya masih ada beberapa tahap kejayaan lagi yang perlu dikecapi iaitu di peringkat Asia, Komanwel, Olimpik dan Piala Dunia. Ayuh mara Harimau Malaya.

Kumpulan XPDC


Posting Kalini aku just nak cerita tentang XPDC, bukan XPDC nak masuk hutan, Konvoi, atau lainnya, tapi kumpulan XPDC. Ni pengaruh AJL la punya pasal, orang dok cakap tak layak menang tapi menang, persembahan hebat pun kalah, come on la..nama pun juara lagu, bukan pilih kasih rosyam nor tu.

Dulu aku peminat No.1 la kumpulan XPDC, lagu-lagu dia waktu tu boleh kata semua tahu, aku yakin ramai lagi masih mengingati lagu XPDC ini. Antaranya;

1. "C.I.N.T.A."
2. "Aku Dan Sesuatu"
3. "C.T. Cinta Kenangan Silam"
4. "Bahalol"
5. "Ntahapahapantah"
6. "Titian Perjalanan"
7. "Hijau Bumi Tuhan"
8. "Nafisa"
9. "Langsung Tak Faham"
10. "Teman"
11. "Semangat Perjuangan Harmoni"
12. "Hidup Bersama"
13. "Hentian Ini"
14. "Semangat Yang Hilang"
15. "Tak Nak Jadi Soh Chai"
16. "Senapang Patah"
17. "Aku Masih Di Sini"
18. "Apa Nak Dikata"

Kumpulan yang digelar ‘Raja Funfair’ ini cukup popular pada tahun 90-an. Namun, masalah dalaman yang melanda kumpulan ini membuatkan populariti mereka terjejas. Pertukaran ahli kumpulan yang kerap kali juga memberi impak yang tidak bagus.


Ahli Kumpulan Asal XPDC ialah Mael - Vokal, Izo - Lead Guitar, Zua - Bass Guitar, Lee Space - Drummer / Amy - Drummer

Sedikit Sejarah Kumpulan XPDC


XPDC lahir dari perpecahan kumpulan Tragedy. Kumpulan Tragedy merupakan nama asal kumpulan XPDC. Nama kumpulan Tragedy kemudian ditukarkan kepada kumpulan XPDC di atas nasihat penerbitnya J.S.Kevin (Allahyarham).
Allahyarham (Zul Adnan Mohd Razali) @ J.S Kevin

Kumpulan XPDC mula mencipta nama dengan lagu mengeja "C.I.N.T.A" ciptaan Z.N. Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin. Lagu tersebut pernah ke final Juara Lagu 1990 dengan persembahan mantap XPDC.

Pengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang kontroversi yang paling hebat. Rata-rata peminat dan pengiat seni menjangkakan kumpulan XPDC ini akan berkubur. Namun nama XPDC masih tetap lagi bertahan dan menjadi lebih popular. Lebih uniknya album Brutal (album terakhir Mael bersama XPDC) ini telah terjual melebihi 300,000 unit satu pencapaian jualan album yang terbaik XPDC.
Mael

Keluarnya Mael dari XPDC terus menyebabkan aku hilang minat kepada XPDC kerana bagi aku Mael adalah XPDC dan XPDC adalah Mael. Suara Mael yang unik dan lain dari yang lain. Lagu-lagu XPDC juga sangat berbeza dari mana-mana kumpulan sezaman dengannya. kita kadang2 boleh konfius antara wings dan search, tetapi XPDC kita boleh mengenal dari lagu dan suara dan muzik mereka.

Ketiadaan Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi Terra Rossa). Amy yang mengalami kecelakaan jalanraya tidak berupaya memainkan lagu-lagu rancak lagi telah diganti sementara oleh Lola. Setahun selepas itu Lola secara rasmi menggangotai XPDC apabila Amy mengambil keputusan untuk menarik diri (disingkirkan!).
Zua

Pemain gitar bass XPDC Zua mengundur diri kerana ingin membawa haluannya sendiri dengan menubuhkan Viper. Percubaan ini juga tidak berjaya dan album gagal, walaupun hasrat Zua untuk merakamkan album dan menyumbangkan vokal tercapai. Yan Lefthanded menggantikan tempat Zua sebagai pemain bass bagi kumpulan XPDC. Beliau bukanlah orang baru bersama XPDC sebaliknya turut berperanan 'menghidupkan' XPDC di belakang tabir sejak album Kita Peng-Yu.


Antara Album kumpulan XPDC
Un'Metal

Darjah Satu-1st Album

Metal 60'an, antara album yang memartabatkan kembali irama pop yeh yeh versi Metal


Kita Peng-yu a.k.a kita bersaudara
Samurai

Brutal

Album Terbaru
Sepanjang Penglibatan mereka secara tak rasmi 11 album telah dihasilkan dan hampir kesemua Album terutama zaman Mael terjual lebih 150,000 unit dan yang paling laris Album Brutal 300,000 unit.

Antara Album Serpihan ahli kumpulan XPDC




Album Real X dari Mael-Asalnya real XPDC, namun dilarang oleh ahli kumpulan XPDC,
pernah menjayakan konsert sulung mereka pada tahun 2000. Lagu Segar dalam Ingatan ini ditujukan khas kepada rakan2 XPDC .Akhirnya Mael kembali Ke XPDC.

Album Viper dari zua-tak kemana kumpulan ni


'XPDC- LIVE IN KONCERT' telah dirakamkan dihadapan lebih 13,000 peminat pada bulan April 1998. Cuba kalian dengar lagu, lirik dan muzik mereka, memang lain dari yang lain, tambah2 lagi suara Mael. Lagu yang penuh kata-kata nasihat dan teguran sinis disampaikan, jiwang2 ni sikit sangat la...





Dunia Artis tak pernah lepas dari Najis Dadah..Akibat Dadah lah segala yang dibina boleh musnah sekelip mata. Mael Ditahan Pihak Berkuasa atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Akhir Kata Kumpulan XPDC tetap menjadi lagenda rock Malaysia...
-Kita Peng Yu-

Tuesday, January 11, 2011

Air mata sasterawan-Kenapa Perlu Marah Jika itu Hakikat?

Aku bukan la hebat sangat dalam sasterani, jauh sekali nak baca novel..Cuma inilah masalahnya jika kita langsung tidak memahami maksud tersirat sastera yang penuh dengan bahasa puitis dan ayat2 sindiran.

TIADA apa yang lebih meremukkan hati seorang penulis apabila melihat karyanya dihina dan dipolitikkan pihak tertentu hanya kerana kandungannya tidak difahami secara keseluruhannya.

Itulah yang dirasakan oleh Sasterawan Negara, DATUK ABDULLAH HUSSAIN, 91, ketika menatap gambar sekumpulan penduduk kaum India membakar novel Interlok karya beliau di Klang, Selangor yang disiarkan akhbar ini, dua hari lalu.

Dalam linangan air mata, Abdullah yang ditemui oleh wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL bersama jurugambar, HAFIZ JOHARI di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor, semalam turut melahirkan kekesalan yang mendalam apabila karyanya yang diterbitkan 40 tahun lalu disalahertikan oleh pihak tertentu.

Abdullah yang berkerusi roda ketika ditemui meminta untuk berbaring ketika menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kerana keuzurannya.

Malah, beliau juga hanya mampu menjawab soalan-soalan itu secara bertulis kerana tidak berdaya lagi untuk berbicara.

Ikuti soal jawab itu yang terpaksa dilakukan dengan ringkas ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Bagaimana perasaan Datuk dengan apa yang menimpa karya Interlok?

ABDULLAH: Saya berasa dukacita kerana maksud saya baik, tetapi orang salah menerima.

Apa yang tidak difahami oleh kaum India menerusi buku Interlok itu?

ABDULLAH: Di India (terutamanya di India Selatan), masih kuat dengan fahaman ‘paria'. Saya ikut Mahatma Gandhi. Tetapi orang India di sini cuba melupakannya.

Apa sebenarnya yang cuba disampaikan menerusi Interlok?

ABDULLAH: Ia merupakan kisah Maniam, iaitu watak utama seorang India dari India Selatan. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di sini. Dia seronok menaiki kapal bersama orang India yang lain dan seronok apabila sampai di Pulau Pinang. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di Malaysia.

Nasihat Datuk kepada kaum India yang menolak buku ini?

ABDULLAH: Baca betul-betul (Interlok) apa maksud sebenar saya tulis. (Saya) bukan mahu menghina masyarakat India.

Datuk masih menulis?

ABDULLAH: Saya tidak lagi boleh menulis. Menulis memerlukan saya bergaul dengan banyak orang.

-Utusan

Kepada rakan-rakan kaum India, ini lah hakikat sebenar...sejarah lalu juga dengan jelas membezakan Kasta di selatan india yang majoriti etnik Tamil. Kaum Melayu dapat menerima segala kritikan bangsanya seperti Melayu mudah lupa, janji Melayu, Melayu masih bertongkat, dan banyak lagi..kami boleh menerima dengan positif..kami akui kegagalan kami, kami akui kelemahan kami, semoga kritikan2 tersebut dapat merubah kami kepada yang lebih baik.

Kaum india sepatutnya bersyukur kerana dapat menjadi sebahagian rakyat Malaysia, sukar untuk kita jumpa masyarakat India dia Indonesia, Filipina, Thailand dan negara Asean lain..Cuma diMalaysia Masyarakat India dapat hidup penuh harmoni.

Akhir kata, jika itu hakikat, kerana apa perlu malu.....