Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Sunday, March 13, 2011

Kartun tsunami Berita Minggu - Woi! apa yang kalut sangat...

Tajuk kasi Gempak...


Assalamualaikum,

Hari sajer usha2 portal & blog..aku terbaca satu artikel Malaysiakini yang bertajuk "Kartun tsunami Berita Minggu cetus bantahan". Aku ada baca berita minggu harini, tengok la kartun ragam tersebut, sekali tengok macam nak tergelak, 2 kali macam kutuk pulak, 3 kali baru aku terpikir maksud mendalamnya.

Aku usha blog kawan2 yang menghentam kartun ni dengan alasan menghina Rakyat dan negara Jepun. hampir semua blog tulis perkara yang sama, malah keluar dalam berita CNN, saper tak kenal CNN kan, semua orang tak betul, yang betul Amerika, Israel & Britain jer...

Dalam Malaysiakini siap nak boikot lagi akhbarni, salah besar ke kartun nih? pasal kartun ni terus boikot akhbar harian ni?

Mari kita cuba berfikir sejenak mengenai kartun ini.

Ultraman adalah superhero Jepun yang kita tahu menjadi begitu popular Didunia. Malah Ultraman merupakan hero yang menyelamatkan dunia. Oleh yang demikian Ultraman sinonim dengan Negara Matahari Terbit itu. Jepun merupakan antara negara paling maju Didunia, dan Negara paling Maju Di Asia. Oleh itu kartun berkenaan menunjukkan bahawa Sehebat mana pun manusia, Semaju mana pun Kita, secanggih mana juga teknologi, Tsunami yang melanda tidak mampu untuk kita menahannya.

Terpulanglah kepada pendapat masing2 yer kawan2.

Psst: Tsunami yang melanda Jepun adalah Bukti Kekuasaan Allah, Kartun tersebut adalah salah satu pandangan yang sinis kepada masyarakat yang mahu berfikir, satu lagi, jangan percaya sangat kat CNN yer..

Friday, March 11, 2011

Merong Mahawangsa-Best sangat Ke Cerita Nih?

Waktu Belajar Sejarah dulu pernah dengar la Hikayat Merong Mahawangsa.
Tapi haram tak ingat cerita nih. ye la..sape yang nak ambik tahu sangat pasal hikayat2 nih.



tetapi tiga beradik Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim menghasilkan filem terbaru terbitan mereka berjudul Hikayat Merong Mahawangsa telah menggagumkan banyak pihak termasuklah para pengedar filem di luar negara.

Menurut Pengarah Urusan KRU Studios sdn bhd, Norman Abdul Halim, Hikayat Merong Mahawangsa berjaya menarik perhatian ramai pengedar filem sewaktu ia menyertai Pasaran Filem Eropah (EFM) di Berlin, Jerman.

"Ramai pengedar filem di sana yang tidak percaya apabila filem ini diterbitkan dengan kos sekitar RM8 juta. Mereka menjangkakan dengan mutu penerbitan yang ditunjukkan filem ini mencecah kos sehingga AS$30 juta (RM105 juta).

Dengan 50 peratus dialog dalam bahasa Melayu dan selebihnya bahasa Inggeris, tiga beradik itu yakin Hikayat Merong Mahawangsa mampu menerjah ke pasaran filem antarabangsa.

Filem dengan membabitkan lebih 300 pelakon itu juga kata Edry, akan menggunakan judul The Malay Chronicles-Bloodlines untuk tujuan pasaran dan tayangannya di peringkat antarabangsa kelak.

kalau tengok thriller memang best giler la....

Psst: Minggu depan ke aku tengok la insyallah, Sekarang ni sure penuh panggung...

Thursday, March 10, 2011

Jualan buku memoir Tun Mahathir luar biasa-aku dah beli....


KUALA LUMPUR - Buku A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad mendapat sambutan luar biasa dengan mencatat jualan lebih 5,000 naskhah pada hari pelancarannya kelmarin.

Penerbit buku itu, MPH Group Publishing Sdn. Bhd. mendakwa inilah buku pertama di Malaysia yang mencatat jualan sebanyak itu pada hari pelancarannya.

Pengurus Besarnya, Ivy Tan berkata, sasaran awal MPH hanya 1,000 naskhah.

Katanya, setakat ini pihaknya telah menerima lebih 300 tempahan dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Brunei, Jerman, Jepun, Indonesia dan Singapura.

"Kami terpaksa menambah bekalan selepas banyak penjual mengadu kehabisan stok," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Buku setebal 843 muka surat dan berharga RM100 senaskhah itu mengambil masa lapan tahun untuk disiapkan.

Psst: aku salah seorang penyumbangnya, masa aku beli pun stock dah nak habis, Banyak respon kawan2 yang berkata, buku fitnah, kayakan mahathir, elok beli buku agama dan sebagainya, tetapi itu pendapat masing2, banyak chapter dalam buku ni, bukan hanya perihal politik semata-mata.

Wednesday, March 9, 2011

A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad- Buku yang harus dimiliki



Sebagai peminat Tun M, Aku juga turut teruja dengan perlancaran Buku tersebut. buku biografi yang ditulis beliau adalah benar dan bukan untuk menyakiti hati sesiapa. Buku setebal 816 muka surat ini ditulis berdasarkan fakta yang benar dan beliau telah cuba mengelak daripada menyakiti hati mana-mana pihak.

Buku yang menceritakan kehidupan dan cabaran dihadapi Tun Doktor Mahathir Mohamad dan era kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri malaysia selama 22 tahun Dan antara yang disentuh ialah Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai mentor beliau.

Buku biografi itu turut memuatkan kisah ibu bapa dan masa kecilnya, pengajian beliau di universiti, percintaan beliau dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, juga meliputi topik yang luas termasuk Ops Lalang, badan kehakiman, Krisis matawang 1990 dan 1998 dan hubungan beliau dengan timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya berpendapat akan ada orang rasa tidak senang hati dengan penulisan saya dalam buku ini....Jadi saya terimalah...nak saman, samanlah," katanya.

Buku ini pastinya berbeza dengan mana-mana buku beliau yang lebih fokus kepada isu-isu tertentu seperti The Malay Dilemma, dan buku yang mengisahkan perihal beliau seperti "chedet.com Blogging to Unblock",Malaysian Maverick,'Doctor M: Operation Malaysia-Conversation with Mahathir Mohamad' dan sebagainya. Buku yang 100% ditulis oleh Tun ini pastinya mempunyai nilai yang lebih tinggi.


Psst: 8 tahun tulis buku untuk 800 muka surat..mari kita membaca. Tun M jarang atau sukar menceritakan sesuatu yang berlaku diwaktu pemerintahannya kepada pihak umum atas sebab tertentu. mungkin waktu ini adalah waktu yang sesuai untuk beliau luahkan sebab musabab tindakan beliau itu.

Golongan belia: Skim Rumah Pertamaku dilancar


KUALA LUMPUR 8 Mac - Golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dan belum memiliki kediaman sendiri boleh menarik nafas lega apabila mereka berpeluang untuk membeli rumah melalui Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan hari ini.

Skim tersebut yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli, tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah, dilancarkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, Skim Rumah Pertamaku yang berkuat kuasa mulai hari ini membenarkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah, memiliki rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.

"Skim ini merupakan inisiatif kerajaan yang dilaksanakan melalui Cagamas Berhad dengan kerjasama institusi-institusi kewangan. Ia bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup selain harga hartanah yang tinggi.

"Langkah ini akan membantu golongan muda di Malaysia untuk memiliki rumah pertama mereka dengan lebih cepat, selari dengan objektif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik," katanya semasa berucap melancarkan Skim Rumah Pertamaku, di sini hari ini.

Ketika pembentangan Bajet 2011 yang lalu, Najib mengumumkan beberapa inisiatif berkaitan perumahan, antaranya Skim Rumah Pertamaku yang memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000.

Selain itu, kerajaan juga meluluskan peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit kediaman di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit (Program Perumahan Rakyat) dan 8,000 unit (Projek Bantuan Rumah Sewa).

Semua inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat agar hasrat untuk muncul sebagai sebuah negara maju serta berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 tercapai.

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, pelancaran skim berkenaan merupakan salah satu bukti komitmen serta keseriusan kerajaan dalam merealisasi konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Sehubungan itu, beliau berharap melalui skim tersebut, ia akan menggalak pihak pemaju untuk membina lebih banyak rumah mampu milik dan tidak hanya memberi fokus kepada rumah kos mewah dan sederhana mewah semata-mata.

Pada masa yang sama, Najib turut mempelawa bank yang belum menyertai Skim Rumah Pertamaku supaya melibatkan diri, bagi memastikan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dapat dijayakan sepenuhnya.

Katanya, sehingga kini, skim tersebut berjaya menarik penyertaan lebih daripada 20 buah institusi kewangan termasuk institusi kewangan Islam antara CIMB Bank Berhad; Maybank Berhad; Bank Islam Malaysia Berhad dan Public Bank Berhad.

"Saya berharap segala urusan pinjaman ini akan dipermudahkan oleh institusi kewangan dan bukan sebaliknya. Mungkin skim ini tidak berapa menguntungkan kepada pihak bank, tetapi bagi rakyat, mereka sangat memerlukan," jelasnya.

Psst: Kepada rakan2 golongan belia..Gunakanlah kemudahan dan peluang yang diberikan. Rumah adalah salah satu perkara asasi dalam kehidupan.....