Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Saturday, March 19, 2011

DUN Sarawak bubar Isnin ini


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan Isnin ini, dan notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Sehubungan pembubaran itu, pilihan raya negeri hendaklah diadakan dalam masa 60 hari.

Khabar angin juga bertiup kencang bahawa hari pengundian akan jatuh pada 16 April. Bagaimanapun masih belum jelas bilakah tarikh penamaan calon dijalankan kerana ia bergantung kepada tempoh berkempen.

Menurut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh untuk hari penamaan dan penamaan calon.

Bagaimanapun, dijangkakan tempoh berkempem selama lapan hari berdasarkan amalan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Dalam pilihan raya pada Mei 2006m BN hilang lapan kerusi kepada pembangkang. Enam dimenangi DAP dan masing-masing satu untuk PKR dan bebas.

Malaysiakini

Psst: Nampaknya Demam Pilihan Raya akan melanda lagi..bukan di Sarawak jer..nanti seluruh Malaysia pun sibuk..tambah2 orang semenanjung...

Miera Liyana-Sapa Budak Nih..?

Assalamualaikum,
akuni bukan suka sangat bab2 gosip artis nih,
tapi saja aku buka portal gua.com.my, tengok satu gambar,
aku ingat red carpet of the academy award bila..
ceh rupa-rupanya kat Malaysia jer,
sekali tengok (bagi laki) pergh, berbulu mata beb,

Tengok Sekali cukup ah

Kalau nak tengok komen dia korang tengok la kat gua.com tu, macam tak bersalah jer..
ni yang jadi marah kat artis nih...walaupun aku langsung tak kenal minah nih sebagai artis,
Pakaian tu melampau la cik adik..agak-agak la..Adoi..
kalau non muslim aku boleh consider la jugak....

Psst: Astarfirullahalazim.....panas plak...

Wednesday, March 16, 2011

Steroid-Body Builder & Atlet, tak payah ambik la....

Sebagai seorang yang kaki Gym dan peminat sukan Bina Badan, sedikit sebanyak aku terdedah dengan steroid, protein, Vitamin dan banyak lagi supplement yang berkaitan. Alhamdulillah aku setakat ini tidak pernah menyentuh benda2 tersebut. ini kerana Allah telah mengurniakan aku tubuh badan yang sihat, tenaga yang baik dan bentuk tubuh yang tidak memerlukan aku mengambil benda2 tu.

Side effect steroid

Kadang kala aku kesian melihat member2 aku yang di gym setiap hari malah ada yang mencapai bertahun2, tetapi masih tidak menunjukkan hasil yang mereka inginkan. Maka jalan yang singkat adalah menggunakan steroid.

Mintak maaf cakap ramai antara rakan2 gym ambik benda2 ni. kadang kala mereka rasakan aku pun ambik juga, tetapi dengan rendah diri aku cakap aku original & natural.

Jadilah Diri Sendiri...

sebab itulah banyak atlet dibatalkan kemenangan mereka kerana dadah, bukan dadah yang mat2 fit layan, nih dadah jenis sukan ler...salah satunya steroid nih lah..senang cerita menang sebab bantuan dadah..paham kot ek.

Tahukah anda bahawa kesan buruk steroid yang diambil oleh atlet lebih banyak dari faedahnya?

“Dadah steroid seperti steriod anabolik androgenik (anabolik “pertambahan”, androgenik “kelelakian” dan steroid kelas hormon) berkait rapat dengan hormon seks semulajadi lelaki, yang diambil bagi meningkatkan jisim otot dan kekuatan otot. Bagaimanapun, penipuan lebih banyak dari kebenarannya”

Kelebihan atau faedah dadah steroid:

1.Purata 8.9 paun otot tanpa lemak dalam ahli bina badan sepanjang tempoh 10 minggu.
2.Peningkatan jisim otot dan kekuatan otot.

Kesan-kesan buruk dadah steroid kepada wanita:

1.Pengeluaran jenis jisim otot dan kekuatan maskulin. Tambahan pula, mereka mendorong ciri-ciri lelaki pada pengguna wanita seperti nada suara perlahan dan pertumbuhan bulu muka. Wanita-wanita, adakah anda mahu ini berlaku? (Perubahan bentuk fizikal)

2.Ketidakteraturan haid dan perembesan hormon seks wanita - berkurang saiz buah dada dan lain-lain ciri wanita (Sistem reproduktif)

3.Peningkatan untuk aterosklerosis, serangan jantung dan degupan (Sistem kardiovaskular)

4.Penurunan paras kolesterol baik; lipoprotein ketumpatan tinggi atau HDL (Kardiovaskular)

5.Tekanan darah meningkat (Sistem kardiovaskular)

6.Disfungsi hati dan risiko lebih tinggi untuk mendapat kanser hati.


Kesan buruk pada lelaki:

1.Pengurangan dalam rembesan testosteron & penghasilan sperma (Sistem reproduktif)

2.Pengecutan testis (Sistem reproduktif)

3.Peningkatan untuk aterosklerosis, serangan jantung dan degupan (Sistem kardiovaskular)

4.Penurunan paras kolesterol baik; lipoprotein ketumpatan tinggi atau HDL (Kardiovaskular)

5.Tekanan darah meningkat (Sistem kardiovaskular)

6.Disfungsi hati dan risiko lebih tinggi untuk mendapat kanser hati.

Kita tengok kesan steroid nih..kalau korang nak tau steroid ni ada halal & haram dari Kementerian Kesihatan.



Ngeri dowh...


Agak2 korang cantik ke badan macam nih?


Psst: Kepada rakan-rakan yang seangkatan, minta maaf jika terasa...lebih baik kita jadi diri sendiri..steroid adalah satu jenis dadah..cukuplah dadah dalam makanan, minuman, takkan dalam sukan pun nak ambik dadah jugak.

Anggota bomba dipukul ketika padam kebakaran - macam ni punya orang pun ada ka?


GEORGETOWN: Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat hari ini membuat laporan polis bahawa dia dipukul oleh seorang lelaki tidak dikenalinya ketika sedang menjalankan tugas-tugas memadam api kebakaran sebuah bangunan lama di sini pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Tamat, berkata anggota berpangkat penyelia berusia 50 tahun itu, membuat laporan polis bagi pihak jabatannya kerana lelaki awam terbabit mengganggu tugas anggota bomba.
Azmi berkata, sebelum kejadian itu, bomba menerima panggilan kebakaran sebuah bangunan kosong yang pernah dijadikan kilang papan di Jalan Bukit Dumbar di sini pada jam 7.45 pagi.
Seramai 28 anggota dengan empat buah jentera dikerahkan dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian terus mengawal api daripada merebak ke bangunan-bangunan kilang kayu dan gaharu bersebelahan.

"Beberapa lelaki awam yang datang ke tempat kejadian kemudiannya memberi arahan kepada pasukan bomba untuk menyiram air di kawasan yang tidak disambar api tetapi pasukan bomba enggan berbuat demikian kerana mereka sibuk memadam api kebakaran," katanya.

Azmi berkata, secara tiba-tiba seorang daripada lelaki terbabit berusia lingkungan 50-an dipercayai tidak berpuas hati kerana arahannya tidak dilayan terus memaki hamun pasukan bomba bertugas sebelum memukul anggota bomba berpangkat penyelia itu.

Katanya, insiden itu menimbulkan kekecohan dan berlaku pergelutan antara anggota bomba dan lelaki terbabit tetapi dapat dileraikan anggota bomba lain sebelum mereka memanggil polis.
"Anggota bomba itu kemudiannya membuat aduan di Balai Polis Jelutong dan kes itu diserahkan untuk siasatan polis," katanya.

Azmi menasihati orang ramai supaya menghormati anggota bomba ketika mereka menjalankan tugas kerana semua anggotanya adalah terlatih dan tahu apa yang harus dilakukan berdasarkan piawaian kerja.

Berdasarkan Seksyen 18 Akta Perkhidmatan Bomba 1988, seseorang pegawai bomba mempunyai kuasa untuk mengeluarkan orang awam dari tempat kejadian jika didapati mengganggu kerja-kerja Jabatan Perkhidmatan Bomba.

Selain itu, Seksyen 51 akta sama memperuntukkan kuasa kepada pegawai bomba untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap orang awam yang sengaja mencaci, menyerang, mengacau atau menghalang mana-mana pegawai bomba melaksanakan tugas mereka. - BERNAMA

Psst: aik, Jadi Bomba pun kena pukul...

Monday, March 14, 2011

Tsunami Japan 11.3.2011 - Before & After

Assalamualaikum,
sedang tengok youtube mengenai Tsunami jepun,
ada satu video menarik untuk kita berkongsi bersama.



amat jelas kemusnahan yang berlaku, Jepun bernasib baik kerana mereka sudah mempunyai sistem amaran awal Tsunami. oleh yang demikian mereka dapat mengurangkan jumlah kemalangan jiwa kerana kebanyakan penduduk sudah berpindah lebih awal. bolehkah kita banyangkan jika hampir semua penduduk berada dalam rumah pada kejadia Tsunami ini? pastinya jumlah kematian 10 kali ganda atau lebih bedasarkan kesan kemusnahan.

Psst: Doakan yang terbaik bagi mereka...sesungguhnya Rakyat Jepun mempunyai semangat luar biasa seperti yang ditunjukkan selepas perang dunia ke2, Mereka mampu bangun dengan pantas setelah Kotaraya Hiroshima dan Nagasaki di Bom, tidak mustahil kejadian alam ini juga mereka mampu bangkit semula. jika kita lihat Haiti yang masih tidak mampu bangun selepas gempa bumi jan 2010.