Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Tuesday, May 31, 2011

Abang Jem@Mak Neng-Selamat Pengantin Baru.....

Assalamualaikum,

Sebagai peminat Sinar FM, siapa tak kenal saleh yaakob@mak Neng@abang Jem@SY@Wak.
Pasti celoteh beliau akan membuatkan kita sentiasa tersenyum diwaktu pagi.

Selamat Pengantin Baru SY

Saleh Yaakob selamat diijabkabulkan semalam bersama pasangannya Samihah Sheikh Ali, 25
di Masjid Jamek Kulaijaya. Isteri ke-4 SY itu adalah pelengkap poligami beliau dan pastinya menjadi idola ramai lelaki diluar sana...

Semoga Kekal Ke Akhir hayat

Didoakan SY akan terus bahagia bersama isteri-isteri beliau. Alhamdulillah setakat ini tiada mana-mana statement menghentam amalan berpoligami SY. Selalunya perkara poligami ini menjadi isu yang cukup sensitif terutama bagi kalangan wanita.

Psst: Kepada wanita-wanita sekalian, lihatlah, jika ada wanita yang sanggup menetang poligami, wanita jugalah yang sanggup dimadukan. Sesungguhnya Allah telah menjadikan perasaan wanita dan lelaki itu berbeza. Janganlah menentang Poligami...

Wednesday, May 25, 2011

Polis Wanita-Antara Indonesia dan Malaysia

Assalamualaikum,

Sebenarnya aku ada baca juga kat news Indonesia pasal Polis wanita Indonesia yang berwajah ala Model, tapi aku buat tak tahu jer, but dalam beberapa hari lepas tu aku ada baca dalam Malaysia Insider yang memetik berita itu. Aku ingat berita tu takde la menarik minat sangat, tapi ada jugak yang nak ambik cerita tu. tengok la gambar2 bawah ni

Peewit

Nasib baik dapat jadi Polis, kalau tak jadi bibik kat rumah korang ok..

Masuk lokap satu malam pun takde hal

Alasan polis Indonesia mengatakan agar polis-polis berkenaan dapat didekati rakyat dan mengubah persepsi mengenai Polis disana yang boleh dikatakan antara terkorup di Asia dan Dunia adalah tidak begitu jelas, adakah dengan berwajah ala model akan mengubah persepsi itu, lainlah kalau stigma masyarakat Indonesia macam tu (Pikiran dunia ke-3). Aku takut nanti polis wanita tersebut menjadi mangsa jenayah.

Cuba kita bandingkan dengan polis wanita kita di Malaysia, Sejak Pak lah mengambil alih pemerintahan dahulu, penerapan nilai islam itu sedikit sebanyak telah diserapkan kedalam banyak agensi, walaupun aku tidaklah terlalu berminat dengan pak lah berbanding Tun M, penerapan tersebut sedikit sebanyak membantu penerapan nilai islam dalam pentadbiran, contohnya dalam etika berpakaian kepada wanita islam, jika dahulu jarang sekali kita melihat pembaca berita, forum2 di TV yang menampilkan wanita bertudung, sekarang alhamdulillah sudah banyak, malah ramai pelakon sudah menutup aurat mereka dan tindakan tersebut harus dipuji.

Berbalik kepada topik asal, Polis Wanita diMalaysia juga terkena tempias perubahan yang baik ini, majoriti Polis wanita Malaysia sudah mengenakan Tudung dalam menjalankan tugas, menutup auratkan wajib dalam islam, dan alhamdulillah perkara ini dapat diterima. Tentang perihal akhlak, rasuah dan salah guna kuasa tu adalah subjektif untuk dibincangkan, yang pasti secara luarannya, mereka telah menunjukkan cara berpakaian yang baik dan disaran Agama.

Sekali inspektor Haliza da...

Bos-Bos Wanita PDRM

Kan Ayu tuh

Sabar Kak long

Menteri jer nampak jambul ok

Bukanlah niat aku ingin kondem Polis Indonesia, tetapi mereka adalah sebuah negara Islam terbesar Dunia, Malah 85% rakyatnya beragama Islam, Wajar bagi mereka menunjukkan wajah islam yang baik kepada Dunia luar, Malaysia hanya sebuah negara kecil dan 60% rakyatnya beragama Islam. Indonesia wajar menjadi Abang besar kepada negara-negara Islam lain. Idea menjadikan polis berwajah model sebagai satu penyelesaian masalah sukar untuk dipastikan keberkesanannya. Idea ni kita Malaysia tak payah ikut la...

Psst: Kita Tidak perlu takut kepada pihak polis jika kita tidak membuat apa-apa kesalahan...

Friday, May 20, 2011

Kongsi-Kutipan Filem ni dah lebih 6 juta dalam 7 hari

Assalamualaikum,

sampai harini aku masih belum tengok movie kongsi nih, insyallahla hujung mingguni kalau berkesempatan, pagi tadi aku dengar dalam sinar ada kata filem ni dah mencecah 6 juta dalam 7 hari, pergh...makan besar la MIG production dengan pengarah dia Farid Kamil.

Aku rasa ada faktor Shaheizy Sam juga la. memang tak sia-sia la dia jadi perlakon utama dalam adnan sempit dulu, impaknya membawak sampai ke movie lain.

Berikut list kutipan filem Malaysia, kita tengok nanti adakah Kongsi mampu mengatasi filem Khurafat.


Psst: Agak2 cerita Nur Kasih boleh potong Kongsi dengan Khurafat?

Thursday, May 19, 2011

Hazama - Rock Kapak Lagi...Cayalah...

Assalamualaikum,

AF9 dah minggu ke 7 rupenye..
setiap minggu aku tengok Hazama jer,
Seperti sebelum ini, sebab aku suka lagu rock yang dia bawak,
memang menjadi la, cuma lagu si Hafiz juara AF 8 ek, lemau jer la coz lagu pun lemau.

Minggu ni aku tengok strategi Astro nak tarik peminat tengok AF dengan memutarkan lagu2 yang boleh dianggap lagend, lagu Yuna je yang baru. maybe Astro nak target penonton semua lingkungan, bukan apa, lagu2 baru mana orang tau beb, tambah2 lagu yang umur 30an & 40an..aku pun tak ambik tau sangat lagu2 baru nih.

Hazama mingguni bawak lagu Segalanya Ku Terima dari kumpulan Ilusi, lagu stok karoake budak2 la nih. walaupun lagu ni takde tarik-tarik sangat, tapi rocknya masih terasa, memang makanan Si Hazama la jawabnya.

Sebelum tu layan dulu version karoake.


Aku nak tengok macam mana Hazama bawak, harap mantap la..

Saper yang tak pernah tengok persembahan Hazama masa konsert sebemul ini, layan lah kat bawahni..

Minggu ke-4

Minggu ke 5

Minggu ke-6 (paling best setakat ni aku rasa)

Aku ni minat lagu & rock kapak yang dia bawak, Penyanyi AF lain korang tengok la sendiri ek, hehehe

Psst: Hidup Rock Kapak.....



Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru-Semoga terus mendidik anak bangsa



Assalamualaikum,

Actually terlalu banyak ucapan hari guru kat blog kawan2.
nak ucap banyak kali pun dan buah kat FB. Aku pun kerana rasa terpanggil untuk menghargai pengobanan guru diluar sana agar terus menabur bakti kepada anak-anak bangsa.

Kepada Guru-guru yang pernah mengajar aku di Tadika Kemas Titi Kasai (1989-1990),Sek Toh Sajak (1991-1996), Sekolah Dato Kamaruddin (1997-1999), Sek Teknik Gerik (2000-2001), Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (2002-2003) dan UTM Skudai (2003-2007). Semoga ilmu kalian akan kami gunakan sebaik mungkin, cuma Allah mampu membalasnya. aku juga amat berharap Keredhaan Cikgu dalam ilmu yang dicurahkan.

Tidak lupa kepada Arwah Ayah dan Ibu yang merupakan Guru yang paling Utama dalam kehidupan aku selama ini, yang mengajar realiti kehidupan dan ilmu-ilmu asas agama, insyallah akan aku pertahankan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Semoga Allah menerangi pusara Abah dan emak dengan ilmu yang dicurahkan kepada anak2 mu dan seluruh orang-orang kampung yang pernah menjadi anak murid mu selama ini.

Kepada Rakan-rakan yang telah menjadi warga pendidik, semoga kalian ikhlas dalam menabur bakti, ingatlah, guru adalah satu tugas yang dipandang mulia.

Akhir kata, Selamat Hari Guru...

Psst: Aku susah nak jadi cikgu, sebab Asyik nak marah jer..