Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Monday, October 3, 2011

Perak Ikat Failee dan Rafiuddin untuk liga M 2012

Dua pemain yang dipinjam, Mohd Failee Mohd Ghazli dan Muhammad Rafiuddin Mohd Roddin sah menjadi milik Perak untuk kempen bola sepak Liga M musim 2012.

Pengesahan mengenai pengambilan mereka itu dibuat oleh Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharudin pada sidang akhbar sempena kongres tahunan ke-53 persatuan itu di Ipoh, semalam.

“Kedua-dua pemain sudah tamat kontrak mereka pada 30 September lalu dan menyatakan kesediaan untuk menyarung jersi Perak bagi tahun 2012.

“Justeru PAFA sudah mengikat mereka agar dapat memberi sepenuh tumpuan terhadap tugasan pada suku akhir Piala Malaysia nanti,” katanya. Failee yang berasal dari Selama, Perak kini menjadi `buah mulut’ peminat Seladang berikutan kejayaannya menyumbangkan empat gol dalam enam perlawanan.

Manakala Rafiuddin turut memberi sumbangan berkesan untuk membantu Perak muncul juara kumpulan A serta berjaya mempertahankan rekod tanpa kalah dalam kumpulan A itu.

Zainol yang berbangga dengan kejayaan Perak mara ke suku akhir trofi unggul itu, berharap pemain Perak akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap pertemuan suku akhir menentang Selangor itu.

“Perlawanan ini cukup penting dan saya berharap pemain tidak leka dibuai mimpi. Pencapaian lalu tidak boleh dijadikan sandaran kerana ini permainan baru.

“Kesilapan akan mebawa padah dan hanya ada satu peluang kerana jika kalah akan tersingkir terus,” katanya.

Malah beliau memberi peringatan kepada pemain Perak agar tidak menjadi mangsa kebangkitan pasukan ‘Red Giants’ di bawah kendalian jurulatih barunya, P Maniam.

Justeru Zainol berkata Perak akan turun selaku pasukan `underdog’ menyedari tradisi cemerlang yang dimiliki oleh pasukan gergasi Lembah Klang itu yang memburu misi meraih kejuaraan buat kali 33 itu.

Namun katanya, Perak juga mempunyai matlamat terutama kerana sudah lama tidak mencapai kejayaan memberangsangkan dalam kancah Liga M dan berharap pemain mampu merealisasikan impian itu.

Mengenai ganjaran kepada pasukan berikutan kejayaan ke suku akhir, Presiden PAFA itu menjelaskan bahawa pihaknya mempunyai kaedah tersendiri memberi ganjaran kepada pemain dan yakin pemain Perak menerima lebih daripada RM2,000 seorang setakat ini.

“Kita punyai cara sendiri untuk memotivasi pemain dan setakat ini ia ternyata berkesan berdasarkan pencapaian setakat ini,” katanya.

Artikel asal di myMetro.
Foto oleh Yusrie Zulkifli (Perak F.A.).

Psst: Harap memberi persembahan terbaik dalam setiap game..ape-ape pun..Kita berentap dulu dalam Suku Akhir Piala Malaysia. Bawa balik Piala Malaysia ke Bumi Perak

Monday, September 26, 2011

Perak Juara Kumpulan A Piala Malaysia 2011

Assalamulaikum,

Alhamdulillah Perak Akhirnya berjaya juga melangkah ke suku Akhir Piala Malaysia. Kepergian aku Ke Stadium Larkin bersama geng2 SSU (Silver State Ultras) tidak sia-sia dengan dihadiahkan Kemenangan 2-1 keatas Johor sekali gus menjadi Juara kumpulan A. Kepada Kedah & Sabah?Esok adalah penentuan hidup mati anda..esok Kedah akan Bertemu Perak, So jangan harap kami nak bagi muka menang atau seri walau kami dah layak.

aku nak cerita lebih2 pun..baik korang layan Clip & Gambar sepanjang Aku & budak2 SSU kat sana..




Psst: Bersedia kita untuk Suku Akhir..Antara Kuala Lumpur atau Selangor...Siapa Datang Kami Tentang....

Sunday, September 18, 2011

Perak selangkah ke suku akhir

MOHD. Failee Mohd. Ghazali merai kejayaan meledak gol kedua Perak ketika menentang Sabah pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh, semalam.

Tanpa lima tonggak yang digantung tujuh perlawanan, Perak membuktikan ia bukan penghalang apabila sudah sebelah kaki untuk suku akhir Piala Malaysia selepas mengalahkan Sabah 2-1 di Stadium Perak, semalam.

Perak hanya memerlukan satu mata dalam dua perlawanan terakhir untuk ke pusingan kalah mati hasil gol Fazrul Hazrul Mohd. Kadri (minit keempat) dan penalti Mohd. Failee Mohd. Ghazali (minit ke-46) pada aksi di Stadium Perak semalam.

Gol tunggal Sabah dijaringkan Shahrul Azhar Ture pada minit ketujuh untuk skuad Badak kekal di tangga kedua dengan tujuh mata.

Kedudukan Peringkat Kumpulan

Aku amat berharap Suku akhir dah separuh akhir dapat dilangsungkan di lembah Klang, senang nak pi stadium, kalau jauh2 memang susah la nak pegi..Apa pun. well done Perak...

Psst: Ini sekali gus menutup Mulut FAM yang bertindak menggantung 5 tunggak Utama Yob, Kami walaupun tanpa tunggak utama, Kami merupakan pasukan pertama melangkah ke Suku Akhir

Thursday, September 15, 2011

Perodua lancar Myvi SE, Myvi Extreme


PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) hari ini melancarkan dua model baru, Myvi SE dan Myvi Extreme yang menggabungkan gaya, keselesaan dan kuasa.

Dijual pada harga antara RM50,900 dan RM61,700 mengikut spesifikasi, kedua-dua varian itu didatangkan dengan pilihan transmisi manual atau automatik.

Dikuasi enjin 1.5 liter DOHC, 16V DVVT, mampu memberikan kuasa sehingga 76kW pada 6,000rpm dan mengeluarkan kuasa torque maksimum 136Nm pada 4400rpm.

Edisi khas model ini didatangkan dengan pilihan lima warna metalik iaitu kuning, putih, ungu, hitam dan perak berkilat. Manakala Myvi Extreme hanya didatangkan dengan empat warna metalik iaitu kuning, putih dan hitam.

On-the-Road (OTR) price in Peninsular Malaysia

Perodua Myvi 1.5 SE
- Manual – RM50,900 – RM 51,400
- Automatic – RM 53,900 – RM 54,400 (with standard audio headunit)
- Automatic – RM 56,000 – RM 56,500 (with multimedia & navigation system)

Perodua Myvi 1.5 Extreme
- Manual – RM 58,200 – RM 58,700
- Automatic – RM 61,200 – RM 61,700














Sebagai pengguna Perodua, Pastinya bangga jugaklah..apa yang boleh aku kata..Kesian dekat Proton..coz pastinya kereta seperti ini menjadi pilihan anak-anak muda dan orang dewasa..tengok la jualan Myvi sendiri..memang dah mengusai Malaysia bertahun-tahun dan jalan-jalan kat Malaysia, kalau kereta ni banyak, spare part pun banyak, kalau spare part banyak, tak la mahal macam kereta2 lain (mungkin la).

Psst: Perodua memang pandai membaca citarasa orang Malaysia..well aku jangka kan Perodua akan tetap mengusai pasaran Malaysia..

Saturday, September 3, 2011

Al-Fatihah Buat Noramfaizul Mohd Wartawan BERNAMA yang Terbunuh di Somalia




Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam ini.

Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini
Dalam perjalanan ke Somalia
Allahyarham Faizul (berdiri)
Sebelum berlepas dari TUDM Subang
Faizul, duduk 2 dari kiri
Tiba di Somalia
Faizul berdiri pegang kamera
Berbuka puasa dalam pesawat
Faizul yang pertama (sedang menyuap makanan)

Psst: Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat..gugurnya jauh daripada ribaan anak isteri dan kaum keluarga. Dan gugurnya ketika sedang berjihad membantu marhein Somalia yang sedang diancam kebuluran insyallah...