Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Saturday, November 6, 2010

Penjawat Awam..Bila nak transform????




Dipetik dari http://paneh.blogspot.com

'Masuk pejabat-lembik badan-lemah semangat-keluar pejabat' adalah gambaran biasa kebanyakan penjawat-penjawat awam sewaktu masa bekerja daripada jam 8pagi-5petang. Kronologi gerak kerja seharian mereka sangat mudah:

1. 8.00 pagi - masuk pejabat untuk kunci kedatangan. Tidak kiralah apapun sistem yang digunakan kecuali sistem cap jari, insiden menipu waktu kedatangan pasti ada. Sampai pejabat, buka komputer, check email, 'update' status fb (jalan jem ke tidak, maki orang sikit, meluahkan rasa sayang pada pasangan kerana malam tadi dapat hadiah, cerita menu apa nak masak malam nanti, keputusan bola sepak di eropah, tak puas hati dengan bos, cerita pasal anak, dll), ber'twitter'...and it goes on for at least half or an hour? Lepas tu barulah nak semak fail-fail kat atas meja...ini pun kalau dah sarapan

2. 9.00 pagi - bagi yang belum sarapan, bila semua 'geng' dah sampai, rombongan mak kiah lah beramai-ramai ke kantin/restoran berdekatan. Perut mesti kena isi, barulah bertenaga dan tak lembik hendak mengadap kerja-kerja sebulan lepas yang tak siap-siap tu. Nak dengar 'boss' membebel lagi, nak hadap fail-fail baru lagi. There goes another half to one hour of working time.

3. 11.00 pagi - apa lagi...'kita minum duluu!' tak pun 'keluar hisap rokok jap'...yang perempuan apalagi, tak boleh hisap rokok, gossssiiiiiip la...yang dah pekena nasi lemak tadi, rehat kejap sambil melayari youtube ke, laman gosip artis ke...menenangkan fikiran katanya...

4. 1.00 tghr - apalagi...makan tengahari la...cari ikan bakar ke, kari kepala ikan ke, masak lomak cili api ke...kalau hari jumaat, yang perempuan apa lagi, shopping la...waktu rehat kan lama 12.30-2.30...bagi peluang untuk solat jumaat katanya, tapi kalau pergi alamanda putrajaya tu, bersepah jugak lelaki-lelaki tak pergi masjid. Nak temankan pasangan shopping katanya, barulah kuat ikatan kasih sayang.

5. 4.00 ptg - Minum teh dengan karipap la...apa lagi? Lepas tu solat asar kejap bagi yang ingat tuhan...

6. 5.00 ptg - Tepat mesti kena punch-out. Demi masa, waktu mesti ditepati katanya...

Senario di atas bukan direka. Tetapi hakikat yang berlaku. Memang tidak semua kakitangan kerajaan melakukan perkara yang tidak amanah dan tiada integriti seperti di atas. Ramai yang masih sedar bahawa tidak halal gaji yang mereka dapat setiap hujung bulan jika waktu kerja mereka diisi dengan perkara-perkara peribadi yang menyebabkan kerja dan tanggungjawab tidak ditunaikan dengan baik. Namun masih ramai yang tidak sedar, bahawa setiap sen yang mereka perolehi itu akan dihitung, ditimbang di atas neraca keadilan.

Aspek mutu kerja kakitangan awam adalah yang paling lemah yang perlu diberi perhatian serius oleh pimpinan negara. Lemahnya mereka bermaksud lemahlah kerajaan. Integriti dan 'efficiency' penjawat awam MESTI diperbaharui dan dipertingkatkan. Jika tidak mereka inilah yang akan menjadi duri dalam daging, menghancurkan kredibiliti kepimpinan kerajaan BN. Ini belum lagi termasuk dengan karenah BIROKRASI jabatan kerajaan yang sangat menyusahkan rakyat. Rakyat akan terus menilai dan hari ini rakyat lebih bijak daripada kakitangan kerajaan.

Nota: CUEPACS yang kononnya taring tajam cuma tahu ketuk pintu PM minta bonus. Layakkah mereka diberi bonus jika mutu kerja sangat rendah mengalahkan buruh kasar yang diimport dari Bangladesh/Indonesia? Dengan 'attitude' yang sebegini, saya yakin pembayar cukai tidak akan halalkan bonus yang penjawat awam dapat hasil dari usaha titik peluh mereka. Dan sewajarnya mereka tidak layak untuk mendapat bonus selagi TRANSFORMASI tidak berlaku.

Psst:Bagi aku ada betulnya..sebab aku pernah Praktikal dan bekerja sementara di agensi kerajaan di KL dan Putrajaya

7 comments:

kapten said...

hang keje kat empat salah kot madal....

hafiz said...

hahaha...
kerk..jom join gomen...

kapten said...

weh xdak kabel ka???heheh...aku mengomen boleh la...gomen xdapat la..huhuhu

hafiz said...

hang eksyen...
tak mau keja gomen

Mohd Idzaney Zakaria said...

giler insaf aku...aku akn jadik pekerja yg berdedikasi!

hafiz said...

Ada banyak faktor jugak nih.
Sebab kerja dah terjamin & Tak perlu nak kejar apa2..kalau Swasta masa tu duit, Kerja itu duit..kalau tak gerak tak makan la....

Azizan Yaakob said...

BLOG SDR DI PAUTKAN KE http://suaramajlis.blogspot.com mohon sdr linkkan sama tq