KUALA LUMPUR 17 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.
Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.
"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.
"Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia berkonsepkan syariah di sini, kelmarin.
Produk emas Genneva Malaysia dihasilkan dalam bentuk jongkong oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan memenuhi keperluan Syariah.
MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.
Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).
Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan.
Sumber Utusan Malaysia.
Dari dahulu lagi kalau tak ingat aku la..Tun Mahathir memang sudah pun menyarankan penggunaan dinar islam dalam urusan ekonomi. beliau juga pernah mencadangkan penggunaan dinar dikalangan negara negara islam..tetapi pandangan beliau dilihat tidak diambil pusing oleh negara islam lain terutama sekali negara timur tengah ( negara arab). namun cadangan beliau telah menjadi pemankin kepada institusi kewangan islam di dunia dimana malaysia menjadi pelopor kewangan islam antarabangsa.
Malah kerajaan kelantan juga telah melancarkan dinar emas mereka sendiri. ia dilihat baik dan disambut dengan pujian dan ada rakan yang menyatakan kerajaan kelantan telah kehadapan. mereka lupa 10 tahun dahulu Tun Mahathir lah yang telah mencadangkan dinar ini di pentas antarabangsa dan negara-negara islam. tiada pujian dari mereka untuk Tun. malah Dinar emas kelantan tidak langsung mendapat sambutan dari rakyat kelantan apa lagi pelabur2 asing. ini kerana sesuatu sistem itu perlukan kajian2 mendalam dan sokongan pelbagai pihak, bukan hanya dilancarkan tanpa merujuk implikasi nya sendiri.
video dibawah menerangkan serba sedikit yang mana cadangan Tun M yang dihurai oleh seorang ulama @ pakar dalam ekonomi islam.
Semoga Allah terus merahmati Tun Mahathir dan terus memberi pendapat yang berguna kepada umat islam di malaysia dan didunia umumnya.
Psst: Masih ada penduduk arab mengatakan Tun M masih Perdana Menteri Malaysia dan ramai warga arab masih mengenali siapa Tun M.
3 comments:
entry brite yg baek..
d khabarkan juge US akan mencetak $USD600 billion lg USD mereka unt suntik ekonomi amerika yg semakin lembab..itu akan melonjakkan lg hrg emas dunia..
tahun 2011 dkhabarkan unt emas 999 (pure gold) akan meningkat ke paras rm200/gram ..
jd miliki emas skrg..
sy sdhpun mule menyimpan emas as my own reserve..
(,")
salam, blog tuan sudah dipaut
Salam Hafiz, tahniah dan merupakan satu blog yang cukup bermanfaat. Kalau sudi pautkan http://pantausblog.blogspot.com
terima kasih
Post a Comment