Thursday, January 6, 2011
Hizbur tahrir-Antara Realiti dan Fantasi....
Kali ini aku just nak kongsi pasal sebuah pertubuhan islam Hizbur Tahrir,
aku rasa hampir semua tahu pertubuhan ini selain pertubuhan2 terkenal lain seperti JIM, ABIM, ISMA, PEKIDA & jemaah2 lainnya.
Hizbut Tahrir (bahasa Arab: حزب التحرير, maksud Parti Pembebasan) adalah sebuah parti politik antarabangsa yang berideologi Islam. Politik merupakan kegiatannya dan Islam adalah ideologinya.
Hizbut Tahrir berjuang untuk menjadikan Islam sebagai permasalahan utamanya serta untuk mendirikan kembali sistem kekhilafahan.
Hizbut Tahrir merupakan jemaah politik, bukan jemaah kerohanian (seperti tarekat), bukan badan ilmiah (seperti lembaga agama atau badan penelitian), bukan institusi pendidikan (akademik), dan bukan pula pertubuhan sosial (yang bergerak di bidang sosial dan kemasyarakatan). Idea-idea Islam menjadi jiwa, inti dan sekaligus rahsia kelangsungan kelompoknya.
Latar Belakang Hizbur Tahrir
Hizbut Tahrir didirikan berdasarkan ayat:
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
"(Dan) hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang menyeru kepada kebaikan (mengajak memilih kebaikan, iaitu memeluk Islam), memerintahkan kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung." (Surah Ali ‘Imran: 104)
Hizbut Tahrir bermaksud membangkitkan kembali umat Islam, membebaskan umat dari idea-idea, sistem perundangan, dan hukum-hukum bukan Islam serta membebaskan mereka dari cengkaman dominasi dan pengaruh negara asing. Ia juga bermaksud membangun kembali Daulah Khilafah Islamiyah bagi menerap kembali hukum yang diturunkan Allah SWT.
Tujuan Hizbur Tahrir
Hizbut Tahrir bertujuan mengembangkan kehidupan Islam dan mengembang dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia. Tujuan ini bererti mengajak kaum muslimin kembali hidup secara Islami dalam Darul Islam dan masyarakat Islam. Di mana seluruh kegiatan kehidupannya diatur sesuai dengan hukum-hukum syara'.
Ia juga bertujuan menegakkan pemerintahan di bawah naungan Daulah Islamiyah, iaitu Daulah Khilafah, yang dipimpin oleh seorang Khalifah yang diangkat dan dibai'at oleh kaum muslimin untuk didengar dan ditaati agar menjalankan pemerintahan berdasarkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya, serta mengembang risalah Islam ke seluruh penjuru dunia dengan dakwah dan jihad.
Hizbut Tahrir bermatlamat untuk mengembalikan kedudukan umat seperti masa kejayaan dan keemasannya seperti dulu, di mana umat akan mengambil alih pemerintahan negara-negara dan bangsa-bangsa di dunia ini.
Negara Khilafah akan kembali menjadi negara nombor satu di dunia sebagaimana yang terjadi pada masa silamnya yakni memimpin dunia sesuai dengan hukum-hukum Islam. Hizbut Tahrir bertujuan untuk menyampaikan hidayah (petunjuk syari'at) bagi umat manusia, memimpin umat Islam untuk menentang kekufuran beserta segala idea dan peraturan kufur, sehingga Islam dapat menyelimuti bumi.
Berikut adalah youtube dari sahabat baik aku http://iskandar581.blogspot.com/ yang juga anggota Hizbur tahrir dan aktif dalam pertubuhan ini.
Sedang melihat2 youtube, terdapat satu soal jawab agama berkenaan pertubuhan ini dan juga amat mengejutkan.
Banyak juga pendapat2 pertubuhan ini yang tidak sealiran dengan pertubuhan2 lain. Parti Islam Semalaysia (PAS) sendiri tidak berpuas hati dengan pertubuhan ini apabila PRU 12 yang lalu yang mana tidak membenarkan ahli terlibat dalam pilihanraya kerana atas nama Demokrasi.
Apa pun pendapat rakan2 sekalian, Matlamat kita pasti sama, cuma jalan kita yang berlainan, tak usahlah kita bersengketa terlalu jauh, janganlah kita selalu menyalahkan kumpulan yang tidak sealiran dengan kita.Semoga
Allah merahmati kita semua insyallah.
Wallahualam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Seruan agar umat Islam bersama dan berganding bahu dengan Hizbut Tahrir untuk menegakkan kembali Daulah Khilafah melalui thariqah (jalan) yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat yakni melalui jalan dakwah yang bersifat intelektual dan politik tanpa kekerasan.
http://ibnuyassir.blogspot.com/ - maklumat terkini tentang kebangkitan daulah khilfah
Post a Comment