Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Tuesday, February 8, 2011

Bercuti Di Kampung & Walimatulurus

Assalamualaikum,

5 hari lepak dikampung, fuh tenang rasanya. hampir sebulan lebih jugak aku tak balik, selalu singgah kalau outstation. banyak juga aktiviti kampung, ada kenduri la apa la. time2 macam ni la nak lepak2, jumpa kawan2 lama. semua orang balik kampung la katakan.

Hari Sabtu Kenduri Rumah Pak ya, Anak dia Shima Kawen, kawan2 masa kecik dulu nih, Petang Jumaat tuh dah sibuk dok tolong tukang Masak memasak, biasa la geng2 Paksu Bidin & Jali la dok buat. aku tolong mana patut ja la, tengah2 masaha Datuk Kapten pun Datang tolong (YB Batu Kurau). YB ni orang Kampung aku, kira satu kampung tu ada kenamengena la jugak. dia pun sakan la dok kaco gulei...ops kuar dah patani aku...

Dato Kapten

Hari Sabtu Pulak kenduri la..jadi bentara la jugak, tak dan habis aku balik rumah tido...hahahha..Hari tu member baik pidus a.k.a ustaz bagi tahu dia nak balik kampung, Boleh la tengok anak dia. Malam pulak melepak dengan kawan2 seangkatan dulu Rizal & Krie kat Kurau Stone.Bersembang la sampai pukul 12 lebih. masing2 terkejut tengok perubahan Kurau Stone hahaha.

Kurau Stone (Gambar Blur sebab guna HP je)

Hari Ahad aku meracun halaman rumah sambil kemas la sikit, lama tak kemas, rumput pun dah naik tinggi. Tengok berita Ahad tu jem teruk kat PLUS. nasib aku ambik cuti hari isnin, atleast kurang sikit jem...

ok, tu jer kot..gambar pun kurang, lupa plak nak ambik banyak-banyak, sibuk dok jadi bentara, sembang tak ingat lagi...

Wassalam...

psst:Durian aku Tahun ni tak menjadi la...

2 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

kurau stone ramai giler orang.. service lembabbbbbb

hafiz said...

Memang tak sesuai bawak Family ramai. kami yang pergi memang dah tahu lambat. sebabtu boleh bersembang lama.