Assalamualaikum,
Sedang aku membaca portal Malaysiakini, tajuk "Pelajar UM usung 'mayat' bantah calon ditolak". Macam-macam la terjadi. baru nak pilihanraya kampus dah macam-macam, macam nak jadi Mahasiswa Indonesia agaknya. lantak korang lah, korang pulun bagai nak rak, last2 HEP jugak buat decision hehehe.
Aku cuma teringatkan zaman aku belajar dahulu. biasala kalau di Universiti induk seperti UM,UKM,UIA,USM,UPM,UUM dan U aku ler UTM time PRU kampus ni memang rancak, U lain tu macam Uitm aku minta maafla, kawan aku di Uitm cakap biasa-biasa je, tak meriah & tak berpuak-puak macam Pro Aspirasi & Pro Mahasiswa. nak tahu apa itu Pro A & Pro M, cari kat Google la ek.
Aku kat U dulu pun Muka bangkang jer..tapi takde la plak sampai nak merosakkan harta awam, nak pecah pintu, simbah cat kat bilik gerakan & perkara2 buruk lain. paling koman pun kutuk mengutuk antara Pro A & Pro M jer, letak flayers kat kereta, Motor & bawah pintu kat kolej pelajar. sama je dua-dua pihak.
waktu remaja semua tak puas hati, budak2 UTM ni lagi la ramai yang gila2, semua main langgar jer..peraturan payah la nak ikut, selagi boleh cilok, kami cilok...
Aku juga anti kepada sesetengah MPP, aku tak tau la apsal..tapi tak puas hati memanjang...salah sikit salah MPP tak buat keje..Minta Maaf la kat MPP, Zaman belia remaja biasala...
tu dia kejam...
Psst:Gambar semua adalah simpanan lama aku, Sesiapa terasa, aku minta maaf, zaman tu kira paling jahat pun camni je la...hehehhee...bukan marah atau benci dari hati pun..banyak lagi pic pasal PRU kampus ni, cuma aku malas nak letak banyak2..kang orang ingat akuni jahat sangat la plak. Senang cerita, waktu kita Remaja & Muda, Kita memang kaki bangkang, semua tak betul...heheheh
4 comments:
Cun...zaman bereksperimen di kampus memang zaman paling menarik. Produk-produk besar zaman kegemilangan pilihanraya kampus nampak di sesetengah peringkat waktu ini.
NC UTM sekarang, YB-YB seperti Saifudin Abdullah, DSAI, Ibrahim Ali, Yusmadi Yusof dan ramai lagi.
Masalah paling besar dalam kepimpinan hari ini ialah mereka terlampau takut akan mahasiswa. Sudahnya mahasiswa dilabel.
Padahal bukan sedikit kepimpinan PMIUM yang menjadi tulang belakang UMNO/BN dan sebaliknya.
bukan ker ko yg simbah cat kat bilik gerakan tue...hahahaha
assalam...good article bro....teruskan perjuangan....
Nazrul-Ramai Pemimpin sekarang adalah dari Majlis Pelajar sebelumnya,
Kapten-Kita U lain, Yang simbah Cat kat U lain..camno tu..
Cikgu lee Pk-Huraian bedasarkan pengalaman
Terima Kasih atas komen2 saudara..
Post a Comment