Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Wednesday, February 16, 2011

Sindiran Hantu Kak Limah Balik Rumah for all Malaysian....


Walaupun Ceritanih dah basi bagi sesetengah orang, aku tetap nak cerita perihal pengajaran kepada masyarakat kita. Thanks Mamat Khalid buat cerita best dan baik punya sindir.

Kritikan sosial dan kesinisan terkini Mamat Khalid dapat dilihat menerusi filem terbarunya, "Hantu Kak Limah Balik Rumah", melalui dialog dan watak yang dibawakan oleh pelakonnya. Antaranya;

"Itulah pentingnya English Education" (perihal PPSMI).

"Panjang ceritanya", "Haa...cerita...cerita...cerita" (perihal orang Melayu yang suka lepak bersembang dan bergosip).

"Mana ada hantu. Di Singapura, rakyatnya hanya mementingkan kamajuan dan pembangunan. Mereka tidak percaya hantu. Kalau ada hantu pun di sana, hanya si tua yang cuba mengajar kita bagaimana untuk mentadbir negara kita sendiri" (menyindir Lee Kuan Yew dan mereka yang terlalu mengagongkan pemimpin Singapura itu).

"Kita bakar saja rumah Kak Limah" (menyindir para demonstraters yang menjadi rutin sesetengah pihak diMalaysia sekarang).

"Kita kena ketengahkan pemimpin muda bagi menggantikan pemimpin tua" (menyindir pemimpin lama hari ini yang masih nak menongkat langit sampai mati).

"Itulah orang kita, pembangunan depan mata pun buat-buat tak nampak" (perihal rakyat yang tak pernah bersyukur dan merasa puas).

"Saya orang Indonesia. Orang Indonesia memang hebat" (perihal orang Indon yang sentiasa merasakan diri mereka hebat berbanding orang lain, serta menyindir sebahagian masyarakat negara ini yang sering mengagongkan orang luar berbanding rakyat sendiri).

"Ini off day saya" dan "Saya banyak kerja lain lagi. Esok nak meeting pulak. Ini semua menyusahkan saya" (perihal kakitangan awam yang lebih banyak merungut dan mencipta alasan berbanding melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan).

hidup berjiran (acap kali mereka sebut pasal jiran..tatkala semangat kejiranan semakin luntur di negara kita memang elok sangat mereka membuat "lawak pedas" agar kita semua sedar pentingnya semangat kejiranan di terapkan dalam kehidupan seharian, jiran giler pun tak tahu, penduduk kampung tak ambik tahu tentang kariah sendiri)


Banyak lagi dialog, ekspresi wajah, props, sinematografi, mahupun bahasa tubuh yang mempunyai pelbagai pemikiran serta falsafah yang diadaptasikan Mamat Khalid menerusi filem arahannya.

Kalau bab watak dan perwatakan pula, Abang Mamat kita ni macam menyindir politikus2 malaysia, selebriti2, tanggungjawab masyarakat(terutama anak2 muda) terhadap generasi TUA, kepercayaan karut masyarakat melayu dan lain2....cuba hayati dan fahami setiap watak dan dialog generasi MUDA dan TUA dalam filem itu... maka faham lah kita dengan sindiran pengarahnya..hehehe^_^

Jika berpeluang, tontonlah juga filem-filem Mamat Khalid yang lain seperti Man Laksa, Rock, Zombi Kampung Pisang, Kala Malam Bulan Mengambang dan Estet. InsyaAllah, kita akan mendapat sesuatu yang bermanfaat, bagi mereka yang mahu berfikir.

Psst: Kita Bako..Kita Bako..

2 comments:

kapten said...

"Kita bakar saja rumah Kak Limah" (menyindir para demonstraters yang menjadi rutin sesetengah pihak diMalaysia sekarang) <---- tak nampak relate pun madal....

"Ini off day saya" dan "Saya banyak kerja lain lagi. Esok nak meeting pulak. Ini semua menyusahkan saya" (perihal kakitangan awam yang lebih banyak merungut dan mencipta alasan berbanding melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan)<--- ini lagi la...yang tue ST john madal...bukannya ambulance..depakan sukarelawan...bukan mcm ambulance hospital yang keje...maksud aku kakitangan awam... yang lain aku bersetuju...

hafiz said...

kapten-untuk menunjukkan ketidaksabaran orang2 kita yang bertindak sebelum berfikir. asyik nak musnahkan jer..itulah relatednya..

ini off day saya-itu ditujukan untuk penjawat awam. kalau sukarela orang tak akan merungut kapten oi...

Terima Kasih atas komen saudara