Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Friday, March 11, 2011

Merong Mahawangsa-Best sangat Ke Cerita Nih?

Waktu Belajar Sejarah dulu pernah dengar la Hikayat Merong Mahawangsa.
Tapi haram tak ingat cerita nih. ye la..sape yang nak ambik tahu sangat pasal hikayat2 nih.



tetapi tiga beradik Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim menghasilkan filem terbaru terbitan mereka berjudul Hikayat Merong Mahawangsa telah menggagumkan banyak pihak termasuklah para pengedar filem di luar negara.

Menurut Pengarah Urusan KRU Studios sdn bhd, Norman Abdul Halim, Hikayat Merong Mahawangsa berjaya menarik perhatian ramai pengedar filem sewaktu ia menyertai Pasaran Filem Eropah (EFM) di Berlin, Jerman.

"Ramai pengedar filem di sana yang tidak percaya apabila filem ini diterbitkan dengan kos sekitar RM8 juta. Mereka menjangkakan dengan mutu penerbitan yang ditunjukkan filem ini mencecah kos sehingga AS$30 juta (RM105 juta).

Dengan 50 peratus dialog dalam bahasa Melayu dan selebihnya bahasa Inggeris, tiga beradik itu yakin Hikayat Merong Mahawangsa mampu menerjah ke pasaran filem antarabangsa.

Filem dengan membabitkan lebih 300 pelakon itu juga kata Edry, akan menggunakan judul The Malay Chronicles-Bloodlines untuk tujuan pasaran dan tayangannya di peringkat antarabangsa kelak.

kalau tengok thriller memang best giler la....

Psst: Minggu depan ke aku tengok la insyallah, Sekarang ni sure penuh panggung...

2 comments:

kapten said...

aku rasa macm best juga madal...tp aku dah tgk tajuk yang sama dibuat oleh karyawan thai tajuk merongwangsa juga tak silap. Kalau tgk memang bergaya seorang pahlawan melayu memakai baju melayu besi....yg nie xtau lagi nak tgk ke tak..ada masa tgk la nanti...

hafiz said...

tu la..aku rasa macam ada yang thailand buat..tapi kalau tak salah aku tu langkasuka..bukan merongwangsa. Kerajaan langkasuka tu memang wujud..tapi Merong Mahawangsa ni Hikayat Kerajaan Kedah Lama tuh...