Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Thursday, April 28, 2011

Pelajar-pelajar sekarang gemok..kan senang cakap macam tu!

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu aku nak ucap terima kasih kepada semua follower aku, yang dah mencecah 200 lebih, harap Blog aku korang dapat di pautkan di link masing2, agar mudah kita bertukar pendapat.

Kembali kepada tajuk diatas, Masalah Obesiti dikalangan pelajar hangat diperkatakan. Sampai kena keluarkan garis panduan makanan untuk pengusaha kantin lagi. Apa yang aku nak bagi tahu, Food it not everything la..Bagaimana dengan Aktiviti fizikal budak2 sekarang juga perlu diambil kira.Tak guna jika hanya menjaga makan, tapi balik rumah tengok TV, Main Video game (PSP,PS2 &etc), depan PC 24jam, tido...

Transformasi menjadi Obes

Itulah Realiti sekarang, Disiplin permakanan harus diserapkan kepada kanak-kanak bermula dari rumah, senang cerita didikan dari Ibu bapa, ni sampai cikgu2 pulak nak kena handle (Pembela Guru plak aku). memang tak terdaya la diorang.

Aku nak ceritakan la pengalaman aku waktu Sekolah rendah (kanak2 ler tu). Kat Kantin tu semua yang ada semua bedal (masa tu mana jaga makan), tetapi aktiviti fizikal juga banyak, Kalau nak kira sukan tu 2 permainan je aku tak wakil sekolah, Catur & Ping Pong. Aktiviti Ko Kurikulum pulak Masuk Pengakap, berkhemah sana sini, dari Keris Gangsa Sampai Emas. Masa tu memang suka aktiviti fizikal dan outdoor.

Itu baru kat sekolah, kalau kat kampung pulak, setiap minggu ada game bola lawan geng2 dari kampung2 lain, padang tu kat mana pun boleh set up (bendang pun balun), konvoi naik basikal ramai2. itu pun kira aktiviti luarla jugak..tapi sekarang susah la nak dapat, mana ada lagi, kalau kat bandar..hujung minggu tengok wayang, masuk CC,lepak2 shoping kompleks.

Dulu Kalau nak pergi sekolah naik Basikal jer (basikal BMX paling popular).. sekarang majoriti naik Bas atau Family hantar..mana nak jumpa lagi dah kayuh basikal pagi2 buta..naik basikal tu dah kira excercise what but kita faham la sekarang ramai Risau tentang keselamatan.

Ibu Bapa & guru-guru wajar menggunakan kembali sistem Piramid Makanan

Jika para ibu bapa tidak yakin tentang makanan yang disediakan pihak kantin, better bawak makanan dari rumah, tapi kalau makanan tu lebih teruk dari kantin (Maksud aku kuantiti Zat dalam makanan tu), sia-sia je.

Apa pun Alasan, Senaman fizikal juga amat penting, At least jogging dengan family setiap hujung minggu, Berenang, etc. kalau nak makan Pizza, KFC McD, Nasi Arab ke haper ke, sebulan sekali ok la..tapi kalau seminggu 2,3 kali..ape ke hei nyer yob..

Psst: Bersenam la, sebelum anda terpaksa bersenam (kalau dah obes, sakit jantung, darah tinggi, Kencing Manis, kolestrol tinggi baru ingat nak pergi bersenam, baru ingat Gym & baru nak jaga makan susah la sikit). Kalau dari kecil dah kena penyakit nih lagi parah. Apa pun kita hanya berusaha, Allah yang menentukan, Amalkan gaya hidup sihat....wallahualam

12 comments:

Anonymous said...

betul tu, setuju sangat. bukan pemakanan je yang buat obesiti. setuju sangat, huuu

hafiz said...

Senang cerita aktiviti seharian juga mempengaruhi struktur tubuh badan kita..Kalau dulu nasi lemak tu kira makanan seharian la setiap pagi, tapi tak timbul pula maslah obes..

fazliiii... said...

aku heran.....
pemakanan sihat dari rumah ke dari sekolah...?
aku tak mau jd mak bapak yg asyik komplen sekolah je...
mak bapak perlu ada kesedaran...sekolah jgn asyik dipersalahkan...
aku sokong madal...hidup madal...

CintaZulaikha said...

hummm..gemok. klu nak ckp pasai makanan ja mmg tak bley..klu da mkn tapi tak reti bersenam, makanan tak salah, nilai diri tu yg salah~~

bRAVEhEART said...

Salam Hafiz,
Bukan setakat pelajar, malahan secara keselutuhannya kadar kegemukkan semakin meningkat di negara kita. Soalnya apakah ini petanda kemakmuran negara yang memberikan peluang rakyatnya kaya dengan makan atau kita mengamalkan pemakanan yang salah serta tidak menghiraukan tahap kesihatan. Rata2 saya melihat remaja wanita semakin berisi dan kurang merangsangkan naluri seorang jantan ~ bh @ admin. PahangKu

hafiz said...

Fazli: Masalah ini perlu di didik, jika ibu bapa selalu menitik beratkan soal makanan, insyallah anak mereka boleh ikut,

Cinta Zulaika: that why cara hidup sihat itu yang penting, kita mesti nak merasa segala jenis makanan yang ada kat Malaysia. tapi perlulah kita seimbangan.

Braveheart: Memang amat berkait rapat dengan kemajuan negara. sebab cara hidup pastinya berbeza negara maju, membangun dan miskin..

aishah caca said...

jgn la ckp camtu... sy pon makin gemok....

hafiz said...

aishah caca: so lepas ni jaga makan & bersenam lah selalu ok..tapi kalau Gemok ke kurus ker..Janji kesihatan kita ok..

suri solehah said...

salam setuju sangat ngan entri ni..pada sy pun budak2 makan kat kantin bukan byk sangat pun..rasanya kt umah mak tak dan nak masak,,banyak bagi anak fastfood..

hafiz said...

Suri: Yang penting ibu bapa perlu mengajar anak mendisiplinkan diri dalam bab makanan nih..

Kadang2 orang kata cakap senang, tapi itulah realiti yang sepatutnya kita hadapi

kapten said...

artikel nie x termasuk aku kan madal ? hahaha

hafiz said...

kapten..hang bukan dah kurus ke?