Semalam aku ada tengok TV3 segment soal jawab mengenai senarai hitam dan PTPTN.
Agak menarik pebincangan tersebut dengan diwakili pihak imigresen dan seorang peguam walaupun tanpa disertai pegawai PTPTN. Point2 pun cukup menarik terutama bagi semua peminjam PTPTN ini. Saper yang menonton rancangan ni pastinya lebih tahu.
Dipendekkan cerita, memang agak sukar bagi peminjam PTPTN ini nak bayar balik, tapi ingatlah Hutang ini antara hidup dan mati kita. kita boleh terlepas didunia, tetapi akhirat belum tentu. Oleh itu kepada peminjam PTPTN, bayarlah kalau anda mampu, aku pasti ramai yang mampu bayar, kalau boleh boleh beli HP, kereta Mahal2, takkan PTPTN tak boleh bayar sikit kot.
Kepada adik-adik yang masih belum memasuki IPTA/IPTS, Pandanglah PTPTN sebagai satu pilihan terakhir adik2. Ini kerana negara kita mempunyai banyak penaja-penaja biasiswa dan pinjaman yang lain yang mana lebih baik dari PTPTN. Sebagai contoh biasiswa JPA,MARA,KPM,TNB,Telekom,Intel,Petronas, Shell,Sime Darby,Yayasan Negeri,Bank2 tempatan serta syarikat-syarikat swasta dan banyak lagi.
Untuk pengetahuan adik-adik yang mempunyai ibubapa yang sumber kewangannya mampu untuk pembelajaran adik-adik, better tak payahla untuk membuat pinjaman. tapi kepada yang kurang mampu, gunakanlah Penajaan yang disebutkan tadi, kalau tak dapat tajaan, so PTPTN adalah jalan terakhir.
Banyak faedah jika kita adalah pelajar tajaan berbanding peminjam PTPTN, ini kerana penaja akan sentiasa memantau prestasi akademik kita, membuat seminar, dan memberi elaun tertentu kepada pelajar tajaannya. dan yang paling mustahak, adik2 tak perlu memikirkan masalah hutang selepas tamat pengajian dan pekerjaan akan menanti pelajar tajaannya. Adik2 tengoklah apa terjadi kepada abang2 dan kakak yang masih berhutang dengan PTPTN. peningkan...
Aku sendiri adalah pelajar Tajaan JPA (Biasiswa) bagi pejalar dalam negera, Dalam kuliah aku, hampir 90% adalah pelajar tajaan kerana kami dalam bidang Kritikal. bagi kebanyakan bukan Bumi (Chinese & Indian),ada segelintir mereka medapat tajaan dari syarikat-syarikat swasta tak kira la yang halal atau tak (Company arak & rokok).
Cuma munkin disini kita akan terikat kontrak jika kita adalah pelajar tajaan seperti perlu bekerja dengan egensi yang menaja untuk beberapa tahun. bagi tajaan JPA, jika tidak dipanggil berkhidmat dalam masa 6 bulan, kiranya kita boleh mmbuat perlepasan dan bekerja dalam mana2 yang kita suka.(Selalunya JPA tak panggil pun), So kita belajar free. tak payah pikir hutang, Nak buat ijarah,bayar bulan2,nak keluar negara tanpa sekatan.
Oleh itu kepada peminjam PTPTN, harap korang dapat lah membayar wang pinjaman tersebut. Bagi adik2 yang bercita-cita untuk melanjutkan pembelajaran ke IPTA/IPTS, dapatkan keputusan yang cemerlang & applylah biasiswa yang adik2 minat, jangan cukup makan jer, kerana para penaja akan mengambil kira Keputusan peperiksaan SPM atau Matrikulasi atau Diploma bagi melayakkan kita mendapat Tajaan tersebut dan dipanggil temuduga.
Psst:Jadikanlah Pengalaman Abang2 dan kakak2 yang mempunyai masalah PTPTN sebagai pengajaran. Jika kita mempunyai option lain dari PTPTN yang dianggap memberi masalah selepas tamat belajar, kenapa tidak mencuba.
2 comments:
Penaja biasiswa perlukan CGPA 3.5 keatas, tinggi tu.
PTPTN je harapan yg average dan FAMA (father mother) yg tak mampu.
Hutang tu kena bayarlah.
Requirement untuk Biasiswa adalah berbeza2 mengikut agensi..that why dikatakan tadi keputusan Exam kita mesti baik..
munkin info ini amat berguna bagi memberi semangat kepada adik2 yang masih menuntut disekolah untuk belajar dengan bersungguh2..bukan sekadar cukup makan.
Mesti ada beza pelajar yang Resultnya cemerlang dan cukup makan kan...
Post a Comment