walaupun aku bukan pendengar Hot FM, cara dan kaedah Dato Najib mendekati rakyat melalui radio popular tersebut sikit sebanyak memberi ruang kepada rakyat terutama golongan muda dalam mendengar visi kerajaan dalam pentadbirannya.
Kemunculan Perdana Menteri hasil jemputan penyampai radio, Fara Fauzana di laman Twitternya bahawa ia adalah idea "gila" beliau. "Terbaik. Dapat good news. My crazy idea nak ajak PM datang Hot FM menjadi," kata penyampai popular itu.
Pengendali akaun Twitter Hot FM pula gembira dengan persetujuan Najib dengan mesej: "Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Jutaan terima kasih kami ucapkan."
Diharap PM juga dapat mendengar segala permasalahan golongan muda dan dapat membantu menyelesaikan masalah mereka. Dato Najib adalah Perdana Menteri Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia tidak mengira agama, bangsa, dan fahaman politik. maka wajarlah membantu keseluruhan rakyat manakala kita sebagai rakyat juga harus menghormati beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Psst: Dato, Pi la Radio Sinar FM pulak, Ditemu ramah pulak dengan Abang Jem, KE & Krill, baru kecoh satu Malaysia.
1 comment:
hahaha, history channel
Post a Comment