Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Wednesday, June 29, 2011

BERSIH 2.0 Perjuangan atau Kuda Tunggangan?

Assalamualaikum,
Suasana Politik kita semakin Panas,
9 hb Julai ini akan diadakan Satu Perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut beberapa isu berkenaan pilihanraya. Walaupun mereka menggelar mereka NGO, Minta maaf la, sapa tak kenal Ambiga & Mat Sabu serta AJK terlibat tuh.


Dalam minggu lepas sudah ada tangkapan bagi mempromosi Bersih nih, Temasukkan mereka yang memakai baju bagi tujuan promosi, tangkapan awal si Jonah AMK kat Up town Shah Alam, disusuli beberapa orang yang ditahan dan sejumlah ahli PSM (Parti Sosialis Malaysia) yang cubaan hidupkan Komunis. PSM ni aku dah usha lama dah, dalam web site dia pun terang2 macam komunis, nak sama rata harta dan kekayaanla, kalau sama rata apa beza yang bekerja keras dengan yang malas? takkan sama..memang Komunis la macha...

Bersih ni dah jumpa SPR, tapi tak puas hati terus tutup pintu rundingan then nak ke jalan raya, aku pun tak tau la kalau kat jalan raya boleh settle problem? Atau maruah kat jalan raya jer?

Berikut dibincangkan tuntutan mereka dan jawapan balas yang aku copy dari blogger http://theunspinners.blogspot.com/

1. Membersihkan senarai pengundi dari pengundi hantu dan menuntut pendaftaran secara otomatik.

Perkara ini adalah urusan pentadbiran yang berterusan tetapi suatu yang perlu difahami adalah SPR tidak boleh mengubah seseorang dari satu temnpat ke satu tempat sesuka hati. Sebarang pembersihan perlu pengesahan dan dikumentasi. Macam korang asal Johor kerja di KL, tapi korang nak mengundi kat Johor jugak, takkan tak boleh. kalau boleh bawak sorang pengudi hantu pi jumpa SPR, nak tengok juga sapa dia tuh.

Berkenaan pendaftaran pengundi secara automatic, ia tidak boleh dilakukan kerana SPR tidak boleh memaksa seseorang mendaftar sebagai pengundi melainkan dibenarkan Perlembagaan. Sama macam jemaah Hizbur Tahrir yang anti-Demokrasi, mereka tak daftar mengundi, takkan nama diorang nak masuk jugak. Nanti lagi kelam kabut & peratus pengundian akan merudum.

2. Reformasi undi pos

Buat masa ini, ianya dinamakan undi pos tetapi akan ditukarkan menjadi undi awal. Isu ini adalah isu yang diperbesarkan dan dipolitikkan saja. Melainkan tempat seperti Telok Kemang dan tempat di mana ada kem askar, undi pos tidak membawa impak besar di mana-mana kawasan. Isu yang ditimbulkan adalah isu lapuk.

Seorang Lans Korporal pernah pada tahun 1999 mengatakan dia pernah mengundi untuk semua ahli kem. Tetapi apabila dipanggil ke SPR, dan ditanya kenapa sekarang baru nak timbulkan dan dulu tak laporkan? Dia tidak dapat jawab.

Peraturan undi pos pun sudah bertukar dan lagi menyusahkan prosedurnya. Dengan adanya wakil calun, banyak undi pos ditolak.

Semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengundi, jika undi pos dihapuskan bererti menghapuskan hak rakyat seperti Polis, tentera dan Petugas SPR.

3. Penggunaan dakwat kekal (indellible ink)

Betulkah ada dakwat yang tidak boleh dipadam langsung? Tiada dalam dunia.

Betul ... pihak SPR ada umum mahu menggunakan dakwat ini pada tahun 2008 tapi membatalkan kerana ada pihak sudah mengimpot dakwat tersebut. Isunya lebih besar dari itu.

SPR tidak ada hak untuk menafikan seseorang dari mengundi melainkan pengundi itu gila, banduan, bawah 21, dan bukan warga negara. Jika seorang dinafikan hak mengundi kerana dakwat hitam, pasti dia boleh saman SPR.

Penggunaan dakwat begini hanya amalan negara dunia ketiga seperti India, Indonesia, Afrika dll yang tidak punya sistem Kad Pengenalan dan cara masih kebelakang. Buat apa perlu cara dakwat yang terbelakang ini jika sistem biometrik boleh digunakan? Kini India sudah berubah pada biometrik. Buat apa kita nak kembali ke zaman kuno kalau biometrik dah ada..huh..

4, Waktu kempen minima 21 hari

Buat masa ini, pengalaman menunjukkan 7-9 hari adalah waktu yang sesuai. Peruntukan undang2 memberi kuasa dan budibicara pada SPR untuk tentukan waktu kempen selama yang sesuai dengan syarat tidak kurang 7 hari.

Jika pembangkang mahu minima 21 hari, tukarkan undang-undang!

Namun begitu, SPR boleh timbang, tetapi perlukah nak menuntut ini sampai perlu buat demo besar-besaran?

Secara dasarnya Rakyat sudah tahu nak pangkah siapa, sembanglah macam mana sekali pun, taburlah duit banyak mana pun, orang itu tetap pangkah siapa dia sokong.

5. Media yang bebas dan adil

Yang ni aku sokong, tapi satu perkara aku nak tanya, Ini kuasa SPR ke? pandai sungguh Bersih!!!!

6. Kuatkan institusi awam

Bukankah ia melibatkan kuasa JPA dan agensi yang terlibat? Bukan kerja SPR! apa punya tuntutan la....

7. Hentikan rasuah


Ini SPR, bukan SPRM hadoi....Maharaja Lawak sungguh,
SPRM yang buktikan Rasuah, SPR mana pantau rasuah...

8. Hentikan politik kotor

Baik pembangkang mahu pun Pemerintah serupa saja.

Untuk politik sekarang, sekarang ini sapa yang politik penuh dengan pelbagai pembohongan, pertuduhan dan mereka-reka cerita bohong, putarbelit seperti pembunuhan Altantunya, Pusrawi, MAS rugi RM8 billion, rasuah submarine dlll tanpa bukti? Jangan Bersih bagi kita busuk bagi orang lain...

Adakah kuasa SPR dan AGONG penentu tataertib politik?

Ketika SPR mengatakan mereka sedia untuk berunding, Bersih mahu mengadakan rundingan pada bulan March-April.

Ketika itu masa terlalu sibuk dengan PRK Kerdau, Merlimau, Tenang dan PRU Sarawak, maka SPR mohon masa lepas itu. Alasan yang munasabah.

Tetapi Bersih guna permintaan SPR ini sebagai tolakkan. Jelas mereka hanya mencari alasan untuk menuduh SPR tidak menghormati mereka.

Berkenaan dengan kata Ambiga, kabinet menolak permintaan SPR. Ini adalah satu pembohongan kerana bukan amalan SPR untuk membuat usul ke kabinet tetapi hanya terus ke Parlimen dengan Dato Nazri membawa usul.

Pengerusi SPR dilantik Agong dan mereka bebas dan tidak menjawab pada kebinet. Pihak kerajaan hanya menentukan budget.

Aku tak pasti matlamat sebenar Bersih 2.0, kalau buat kat Stadium kan bagus, macam buat Jerit, geram pasal minyak naik dulu, sapa pun tak bising. ni nak jugak kat jalan...kalau nak bagi memorandum pun aku rasa macam tak logik pun ada..

Dah bersih datang pulak Pemuda UMNO & Perkasa nak counter geng Bersih, bagi aku macam geng2 nak langgar undang2 jugak, pandai sungguh, walaupun aku agak setuju pandangan Ibrahim Ali pasal nak tunjuk pada dunia bahawa Bersih tak cerminkan seluruh rakyat Malaysia, tapi keadaan pada hari itu adalah lebih bahaya sebenarnya.
jika mana-mana pihak tidak bertolak ansur, pasti berlaku sesuatu yang tidak dingini.

Pemuda UMNO pun aku tak sure la  diorang ni...lama dok diam ja..tup2 nak lawan bersih..baru sedar kot. Apa pun geng2 Pemuda UMNO dah lancarkan Patriot-Malaysia Tanah Airku http://patriotmalaysia.blogspot.com/


Geng Patriot sudah menggerakkan kumpulan mereka paling awal apabila menyerbu Ibu Pejabat PKR dia tropicana. Aku tak pasti siapa yang setup tapi Pemuda KL & Selangor la..cuma ramai geng2 UMNO sendiri tak tahu pasal nih...kalau war-war sure lagi ramai la kot.



Aku amat berharap Apa saja perhimpunan tidak berlaku pada hari tersebut, kepada pihak polis dan menteri KDN, tolonglah ambik tindakan awal, agar negara kita terus aman, jangan jadikan perhimpunan dan demontrasi jalanan budaya kita.

Banyak Impak buruk yang telah disenaraikan oleh media, korang boleh pikir sendiri la yer

Wallahualam

Psst: Pada 9 hb ini aku tetap  akan turun ke KL, Berbekalkan persediaan mental dan fizikal, dan semangat juang yang tinggi, bagi menyertai tournament Bowling Office aku. hehehehe...

Sunday, June 26, 2011

Jangan Jadi TKI-Amah Indonesia DiPancung Di Arab Saudi

Assalamualaikum,

Dalam seminggu ini aku selalu usha berita Indo pasal Tenaga kerja Indonesia (TKI) yang dihukum pancung di Arab Saudi. Didada Akhbar dan TV mereka terus menghentam tindakan Arab Saudi tersebut, maka keluarlah bermacam-macam komen.

Sudah nasib ditanah orang, Cuma mereka amat kecewa kepada kedutaan dan kerajaan mereka yang lansung tidak perihatin kepada TKI ini, malah Presiden SBY juga dikecam kerana lambat bertindak. Arab saudi merupakan negara ke-2 selepas Malaysia yang mempunyai Amah Indo yang ramai.



Video di atas ini memaparkan berita Ruyati Satubi, amah Indonesia dihukum mati di Arab Saudi pada hari Sabtu (18/6).

Dia dihukum pancung kerana membunuh isteri majikannya, Khoiriyah Omar Moh Omar Hilwani pada 12 Januari 2010. Mangsa telah ditetak beberapa kali di kepala dan lehernya ditusuk dengan pisau dapur.

Ruyati mengaku membunuh mangsa selepas bertengkar kerana majikannya itu tidak membenarkan dia pulang. Ruyati juga mendakwa majikannya turut memukulnya.

Kita seharusnya faham bahawa bangsa arab adalah bangsa yang kasar, kerana itulah budaya mereka tiada adab2 sopan macam orang Asia@Melayu, sebab itu juga lah Nabi Kita Mohammad S.A.W diutuskan di kawasan Arab kerana mereka terkenal dengan kedegilan dan kekasaran itu. Masyarakat Arab juga masih mempunyai budaya kuat seperti Hamba, mereka juga boleh menafsir Amah juga seperi Hamba, boleh dilakukan sesuka hati.


Petikan Berita Aljazera

Aku bukanlah ingin wujudkan sentimen negara, namun realitinya, Masalah TKI Indonesia dinegara Arab adalah sangat teruk berbanding Malaysia, Namun dirahsiakan. Media Indonesia lebih berminat memainkan berita jika melibatkan TKI diMalaysia didera atau mati. Namun dinegara Arab, TKI mereka lebih merana dan derita.

Kepada Bangsa Indonesia, Jika Malaysia yang lakukan perkara yang sama seperti Arab Saudi, Anda pasti ingin mengayang dan wujud tunjuk perasaan besar-besaran anti-Malaysia, Adakah anda ingin melakukan perkara Sama kepada Arab Saudi?...

Para anak-anak muda Indonesia yang berangan nak jadi TKI, dengar lah aku ini dulu yer....


Lagu Khas untuk para TKI (Tenaga Kerja Indonesia)

Psst: Aku agak kasihan melihat orang-orang Indonesia, Rakyat mereka bertebaran seluruh dunia demi mencari rezeki...dihina dan dicerca kerana bekerja di kelas bawahan. Sesunggunya Keamanan, Kesejahteraan dan Kestabilan adalah Rahmat Allah kepada Kita Orang Malaysia. Wajib bagi kita untuk bersyukur..Alhamdulillah, Semoga Saudara kita di Indonesia juga akan dikurniakan Rahmat yang sama.

Saturday, June 25, 2011

Sepah Wajar Menang Maharaja Lawak-Aksi Konsisten Setiap Minggu

Assalamualaikum,

Mesti ramai dah tahu sepah menang Maharaja Lawak,
Kemenangan Tersebut adalah wajar kerana Sepah konsisten setiap minggu persembahan.
kalau kita tengok di youtube persembahan mingguan mereka, semuanya cukup kelakar berbanding Nabil, Jambu & Jozan. Apa pun aku ucap tahniah kepada sepah, Hiburkan kami seluruh rakyat Malaysia....



Psst: Lepas ni dah takde Maharaja Lawak, so nak tengok apa lagi setiap jumaat malam?

Wednesday, June 22, 2011

Skytrex Adventure- Mencabar Mental Dan Fizikal

Assalamulaikum,

Sabtu minggu lepas aku & the gabungan gang (Nazmi, Azimah, Ina & Alip) ke Skytex Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam Shah Alam , Tak pernah terpikir pulak aku nak pi situ, tapi dah budak2 ni ajak pi aku follow jer la.

Geng GBS (Geng Budak Suruhan)

Welcome To Skytrex

Antara cabaran dan halangan (Yang ni je sempat aku ambik, takde sepe nak pegang camera kat atas tu)

Posing Atas Pokok..hahaha

Yang Ni paling Susah aku rasa 

Sempat Pegang Pokok lagi


Apa pun kena panjat tangga nih dulu..kalau saper semput berenti le tengah2 tu


Bergambar Sebelum Berlepas

Memang tempat ni menarik bagi aku, Selain cabaran yang diorang reka seperti halangan-halangan tertentu memang menguji mental dan fizikal, yer lah..muka masuk gym jer sekali sekala kena la test power kat luar.

Kami just try big thrill jer haritu, tak kan nak terus extreme plak, tak best la,  atleast kita tahu juga macam nak guna alat & sesuaikan diri.

Apa pun tempat ni memang enjoy

Majoriti yang datang sini budak-budak Cina, aku tak sure la budak Melayu memang tak berminat kot. hehehe..Kalau korang rasa free tak tau buat apa tu boleh la try, harga pun puas hati la..Kalau Big Thrill Rm45 & extreme Rm50. Tak rugi punya la...kalau nak booking masuk website Skytrex

Psst: Next target try Extreme la pulak....

Wednesday, June 15, 2011

Batu Kurau kampung ku – Gambar Lama Pembesar Batu Kurau beserta Nama dan Waris

Assalamualaikum,

Sebelum ini aku pernah ingin mencari nama mereka di dalam gambar lama yang masih tersimpan. Alhamdulillah blogger sekampung 'orang kecil orang besar' telah meletakkan gambar tersebut beserta nama waris. seperti yang aku kata sebelum ini aku hanya mengenali Tok aku (Awang Chik Bin Awang Beng) dan Toh Sajak.
Sebagai tatapan umum dan kepada anak-anak Batu Kurau.. mereka insan yang telah bersama-sama membuka Batu Kurau Kampung kita tercinta.

Kalau tengok muka & gaya pakaian memang sah-sah la kita ni keturunan Melayu Patani..
Batei gi lea...


Klik Gambar untuk besarkan

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka Alfatehah,

Psst: Gambar ini menjadi satu sentimental value kepada anak-anak Batu Kurau diperantauan. Muma sekali sekala kelik kapong lae..

Saturday, June 11, 2011

3 Line@PEKIDA-Mau Saman Pengarah KL Gangster

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu aku ingin nyatakan disini aku bukan lah anggota double seven@77 yang merupakan serpihan PEKIDA Malaysia. Banyak penafsiran kumpulan-kumpulan ini serta penafian yang dilakukan, namun yang pasti mereka adalah dari akar yang sama.


Aku malas nak cerita bab-bab PEKIDA nih..Kampung aku boleh dikatakan Kubu kuat PEKIDA..dah paham sangat la..
Aku nak cerita bab PEKIDA mau saman pengarah KL Gangster, Syamsul Yusof kerana dianggap telah mencemarkan imej bangsa Melayu dengan menggunakan kata kunci rahsia pertubuhan itu. Bukan itu sahaja, pengarah Kongsi, Farid Kamil juga akan di saman oleh PEKIDA. Ini adalah kerana penggunaan kata kunci rahsia mereka sejak sekian lama iaitu, Ayahanda, Abang Long, dan Kawasan.

Gelaran-gelaran yang diberikan seluruh Malaysia dah tau, malah boleh buat main-main lagi. Matlamat Pekida memang baik, tapi hasil dari pemerhatian aku ramai yang tak baik dari baik. Matlamat sesetengah ahli PEKIDA sekarang yang sudah jauh terpesong, bukan untuk membela tetapi lebih kepada berbangga kononnya dia lah hebat, kaki pukul, samseng kampung.


Mereka juga kurang dalam menonjolkan diri jika isu yang menyentuh Bangsa Melayu dan Islam dibangkitkan..sepatutnya mereka lah kumpulan pertama bangun membela hak-hak melayu. Agaknya sebab itu lah Ibrahim Ali tubuhkan Perkasa.

Agaknya PEKIDA nak saman sebab apa? adakah sudah termaktub penggunaan perkataan kata kunci ini ekslusif kepada ahli PEKIDA sahaja? Rasanya tak perlu buang duit kot.

Psst: MANIA '77' tiada kaitan mana-mana kumpulan

Wednesday, June 8, 2011

Negara Islam-Berakhirnya Dasar Perjuangan PAS

Assalamualaikum,

Terlintas aku nak menulis sedikit mengenai politik tanah air.
Setelah 57 tahun PAS sebuah parti yang melandaskan Islam memperjuangkan sebuah negara islam yang melaksanakan undang2 islam, nampaknya perjuangan tersebut sudah berakhir sekarang. tiada bezanyan UMNO dan PAS jika disudut dasar perjuangan parti-parti tersebut.

Selama 57 tahun itu jugalah penyokong-penyokong PAS sanggup mati mempertahankan perjuangan "Membangun bersama Islam","Hentikan perjuangan Sekular","Pemerintahan Ulama" dan banyak lagi slogan2 yang lain dari yang dibawa UMNO-BN. Namun baru harini PAS Sedar bahawa slogan-slogan yang dibawa mereka sama sekali sudah tidak dapat diterima oleh penyokong mereka sendiri dan majoriti rakyat Malaysia.


Dato Dr Haron Din semasa Melancarkan buku Negara Islam, Aku Hormati Dr Haron Din kerana segala ucapan dan statement yang diberikan tidak mengira fahaman politik.

Kemanakah buku Dato Dr Haron Din yang mebulis perihal penubuhan negara islam? adakah buku tersebut sudah dibakul sampahkan oleh orang-orang PAS terutama sekali puak-puak pro Anwar (Erdogen). Muktamar PAS baru-baru ini menyaksikan kemenangan puak Erdogen dan meneggelamkan terus Golongan Ulama seperti  Ust Nasha, Ust Tuan Ibrahim Tuan Man, Idris Haron yang tewas. Kemenangan Mat Sabu, Husam Musa,Salahudin Ayub dan Mahfuz Omar yang merupakan golongan profesional dan bukan Golongan Ulama. Ada diantara mereka menjadi popular kerana keceluparan dalam ceramah dan parlimen, tidak seperti Ust Nahsa dan Ust Tuan Ibrahim yang sentiasa menjaga tutur kata mereka.(Cermin sebenar seorang ulama).

Buku Negara Islam dari Dr Haron Din dahulu pernah menjadi rujukan kepada perjuang-perjuang PAS

Pengalaman aku sendiri bersama saudara dan adik beradik serta kawan yang menyokong PAS akan sentiasa membangkitkan isu PAS dan Islam. Contohnya negara kita tidak jalankan Hudud, Pemerintahan tak ikut islam, hanya PAS yang akan memperjuangkan Islam.

Ternyata harini sudah tidak menyebutnya lagi, apa yang disebut perihal rasuah, harga barang dan perkara yang orang UMNO-BN pun ungkit, DAP & PKR pun ungkit. Tetapi Dasar UMNO,DAP tetap sama, Dasar PKR Masih samar, tapi Dasar PAS sudah berubah.

Aku masih teringat waktu dahulu setiap minggu akan ada ceramah PAS di kampung. Ada masa aku akan datang mendengar sambil melepak dengan kawan-kawan. semua content dalam ceramah adalah sama iaitu Negara islam, Hudud, orang ni tak betul orang tu tak betul. Mengecam Dr M kerana tidak menjalankan Hudud, Bini tak pakai tudung, Mahligai Mahathir (Putrajaya) dan banyak lagi. tapi la ni depa yang nak takluk Putrajaya.

Islam amat mementingkan perpaduan..Perpaduan akan menjadikan kita lebih kuat, jika kita tidak mahu berpadu dalam politik, kita mesti bersatu dalam masalah berkaitan Islam dan Melayu. Menjadi Melayu di Bumi Malaysia adalah anugerah yang patut kita syukuri, banyangkan kita menjadi Melayu Dibumi Thailand, Kemboja atau Mindano.

Psst: Apa beza perjuangan PAS dan PKR? Soalan yang sukar dijawab oleh kedua-dua penyokong.