Terlintas aku nak menulis sedikit mengenai politik tanah air.
Setelah 57 tahun PAS sebuah parti yang melandaskan Islam memperjuangkan sebuah negara islam yang melaksanakan undang2 islam, nampaknya perjuangan tersebut sudah berakhir sekarang. tiada bezanyan UMNO dan PAS jika disudut dasar perjuangan parti-parti tersebut.
Selama 57 tahun itu jugalah penyokong-penyokong PAS sanggup mati mempertahankan perjuangan "Membangun bersama Islam","Hentikan perjuangan Sekular","Pemerintahan Ulama" dan banyak lagi slogan2 yang lain dari yang dibawa UMNO-BN. Namun baru harini PAS Sedar bahawa slogan-slogan yang dibawa mereka sama sekali sudah tidak dapat diterima oleh penyokong mereka sendiri dan majoriti rakyat Malaysia.
Dato Dr Haron Din semasa Melancarkan buku Negara Islam, Aku Hormati Dr Haron Din kerana segala ucapan dan statement yang diberikan tidak mengira fahaman politik.
Kemanakah buku Dato Dr Haron Din yang mebulis perihal penubuhan negara islam? adakah buku tersebut sudah dibakul sampahkan oleh orang-orang PAS terutama sekali puak-puak pro Anwar (Erdogen). Muktamar PAS baru-baru ini menyaksikan kemenangan puak Erdogen dan meneggelamkan terus Golongan Ulama seperti Ust Nasha, Ust Tuan Ibrahim Tuan Man, Idris Haron yang tewas. Kemenangan Mat Sabu, Husam Musa,Salahudin Ayub dan Mahfuz Omar yang merupakan golongan profesional dan bukan Golongan Ulama. Ada diantara mereka menjadi popular kerana keceluparan dalam ceramah dan parlimen, tidak seperti Ust Nahsa dan Ust Tuan Ibrahim yang sentiasa menjaga tutur kata mereka.(Cermin sebenar seorang ulama).
Buku Negara Islam dari Dr Haron Din dahulu pernah menjadi rujukan kepada perjuang-perjuang PAS
Pengalaman aku sendiri bersama saudara dan adik beradik serta kawan yang menyokong PAS akan sentiasa membangkitkan isu PAS dan Islam. Contohnya negara kita tidak jalankan Hudud, Pemerintahan tak ikut islam, hanya PAS yang akan memperjuangkan Islam.
Ternyata harini sudah tidak menyebutnya lagi, apa yang disebut perihal rasuah, harga barang dan perkara yang orang UMNO-BN pun ungkit, DAP & PKR pun ungkit. Tetapi Dasar UMNO,DAP tetap sama, Dasar PKR Masih samar, tapi Dasar PAS sudah berubah.
Aku masih teringat waktu dahulu setiap minggu akan ada ceramah PAS di kampung. Ada masa aku akan datang mendengar sambil melepak dengan kawan-kawan. semua content dalam ceramah adalah sama iaitu Negara islam, Hudud, orang ni tak betul orang tu tak betul. Mengecam Dr M kerana tidak menjalankan Hudud, Bini tak pakai tudung, Mahligai Mahathir (Putrajaya) dan banyak lagi. tapi la ni depa yang nak takluk Putrajaya.
Islam amat mementingkan perpaduan..Perpaduan akan menjadikan kita lebih kuat, jika kita tidak mahu berpadu dalam politik, kita mesti bersatu dalam masalah berkaitan Islam dan Melayu. Menjadi Melayu di Bumi Malaysia adalah anugerah yang patut kita syukuri, banyangkan kita menjadi Melayu Dibumi Thailand, Kemboja atau Mindano.
Psst: Apa beza perjuangan PAS dan PKR? Soalan yang sukar dijawab oleh kedua-dua penyokong.
2 comments:
dasar PAS tak pernah berubah..anda dah baca buku perlembagaan PAS? Jgn pisahkan Islam dengan kebajikan pulak.. kalau selama ini umno dah pisahkan politik dgn Islam... dah dengar keseluruhan ucapan tn guru presiden PAS atau hanya ambil sumber dari TV3 dan utusan sahaja?
Apakah Kebajikan yang dijanjikan? Adakah negeri Kedah & Kelantan menjalankan Negeri Berkebajikan sekarang?
Apakah Bukti UMNO pisahkan Politik dan Islam?
Buku perlembagaan PAS mesti mengikut Perlembagaan Negara, itu semua orang tahu, tetapi bukan apa yang dahulunya dibawak dicerok2 kampung dalam ceramah mereka...
Jika PAS juga tidak boleh jalankan Hudud akhirnya, Kenapa melakukan draf hudud di Kelantan?
Mahathir sudah tolak hudud PAS 20 tahun dahulu, PAS terlambat 20 tahun belakang Mahathir
Post a Comment