Monday, January 31, 2011
RON97 naik 10 sen lagi
Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut seorang sumber kerajaan.
Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).
Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.
Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.
Malaysiakini
Senang cerita..saper pakai RON 97 tu orang yang banyak duit la....Kerajaan dah tak kontrol dah...
BN Menang Di Tenang.....
PAS : 2992 (30.6%)
Majoriti : 3707
semua orang dah tau BN Menang, so kita tengok sebab musabab PAS Kalah yang dipetik dari Harakah Online.
15 Faktor PAS Kalah Besar Di Tenang
UMNO mendapat 6699. PAS cuma mendapat 2992. Majoriti menang ialah 3707 meningkat 1215 berbanding 2008. Jika tidak banjir mungkin UMNO boleh mendapat majoriti yang lebih besar mungkin sehingga 5000. PAS bukan hanya gagal kurangkan majoriti tapi majoriti UMNO menang meningkat tinggi lagi. Harapan PAS untuk buat kejutan berkecai sebaliknya PAS yang terkejut beruk.
Faktor Setempat
1. PAS sendiri kata awal-awal tidak yakin menang. PAS cuma ingin kekalkan undi 2008 dan juga cuma kurangkan majoriti UMNO. Ertinya PAS masuk bertanding tapi ingin kekal kalah.
2. PAS mainkan isu jenazah. Tapi yang jadi target PM. Mungkin ingin tembak kepala biar cepat UMNO rebah. Malangnya ia mudah ditangkis. Akibatnya PAS pula yang seperti jenazah di Tenang.
3. PAS mainkan isu tanah. PAS cuba gambarkan calon UMNO cuai. Padahal calon UMNO hanya laksanakan tugasnya. Sebenarnya tiada sebarang isu di sini. PAS yang kena tanam dalam tanah.
4. PAS mainkan isu Felda. Wakil PAS ingin debat tapi tidak mahu pula dialog bila dipelawa oleh wakil UMNO. Bukankah dialog lebih selesaikan masalah dari debat yang panas. PAS nampak tidak jujur.
5. PAS tiada agenda yang menarik. Bagaimana ingin menarik hati ramai pengundi tanpa tarikan. Rakyat kini lebih bijak untuk bezakan antara realiti dan fantasi. Rakyat ingin wakil yang boleh bela nasib mereka.
6. PAS pertaruhkan nasib calon wanita di kubu kuat UMNO. PAS patutnya letakkan calon lelaki sebab calon UMNO pun lelaki. Lagipun kawasan banjir. Bukannya apa. Lelaki lebih sesuai memimpin di kawasan berisiko.
7. PAS mulakan serangan peribadi. Akibatnya calon PAS diserang juga. Walaupun peribadi tapi bila masuk politik pasti kelemahan akan dicari oleh pihak lawan. PAS biasa lakukannya.
8. PAS terjerat dengan isu MC 21 hari. Memang bukan calon PAS tapi suami calon PAS yang sering mengiringinya. Orang MC tempatnya di rumah berehat dan calon PAS lebih molek menjaga suaminya yang MC dari berkempen.
9. Ada pemimpin PAS berkempen “Haram Syarii Undi UMNO”. Ini memberi gambaran PAS seakan parti yang ketinggalan zaman dalam poltitik. Haram sana haram sini tapi halal untuk PAS.
10. Ada pemimpin PAS berkempen “Siapa tak undi PAS jahiliah”. Ini seperti penjual samseng marah bila pembeli tidak sudi beli barangannya. Semua cara jahiliah dan samseng ini tidak lagi berkesan bahkan membuat ramai makin meluat dengan PAS.
Faktor Semasa
11. Kejayaan UMNO merampas kerusi Galas baru-baru ini memberi lebih keyakinan. Sebaliknya PAS semakin kurang yakin. Sebab itu tidak hairanlah awal-awal lagi PAS sudah mengaku kalah.
12. Kajian menunjukkan sokongan kepada BN semakin meningkat dari masa ke semasa. Sokongan kepada PR pula semakin merundum. Tambahan pula ada parti utama PR yang nampak kritikal ibarat retak menanti belah.
13. Ada pemimpin PAS yang menyataakn bahawa hudud bukan agenda utama besama PR walaupun PAS ada kuasa mutlak. Padahal dulu PAS gebangkan hudud sampai umat Islam berpecah. Tapi bila ada kuasa lain pula bicara.
14. Johor kubu kuat UMNO. Budaya Johor mungkin tiada atau kurang chemistry dengan budaya PAS. PAS digambarkan sebuah parti yang suka memusuhi sesama Islam. Orang Johor cintakan hidup yang damai.
15. PAS tiada tujuan jelas. Prinsip PAS sering bertukar. PAS kini pula terjerat dengan DAP. Sokongan Melayu kepada PAS semakin hilang. PAS mungkin terpaksa bersama DAP selamanya. PAS seperti tiada jalan pulang. PAS IS DEAD.
Petikan dari Harakah online
psst: Melayu Undi BN, Cina Undi PAS.......lepas ni dah boleh agak kalau Melayu 60% mesti BN boleh menang. isu-isu Melayu dan Islam telah banyak berpihak kepada BN buat masa ini. isu PAS dan DAP pasti dimainkan di seluruh pelusuk kampung dan kawasan Melayu. orang cina? sukar difahami....
Friday, January 28, 2011
Siapakah Gayus Tambunan?
Gayus Halomoan Partahanan Tambunan atau hanya Gayus Tambunan (lahir di Jakarta, 9 Mei 1979; umur 31 tahun) adalah mantan pegawai negeri sipil di Direktorat Jenderal Pajak Kementerian Keuangan Indonesia (Lebih kurang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)) kalau diMalaysia.
Namanya menjadi terkenal ketika Komjen Susno Duadji menyebutkan bahwa Gayus mempunyai wang Rp 25 miliar (Convertla dengan duit kita) di akaun tambah lagi akaun negara asing bernilai 60 miliar dan perhiasan senilai 14 miliar di bank atas nama istrinya dan itu semua dicurigai sebagai harta haram.
Dalam perkembangan selanjutnya Gayus sempat melarikan diri ke Singapura beserta anak istrinya sebelum dijemput kembali oleh Satgas Mafia Hukum (Macam SPRM jugak lebih kurang) di Singapura. Kasus Gayus mencoreng reformasi Kementerian Keuangan Republik Indonesia yang sudah digulirkan Sri Mulyani dan menghancurkan citra aparat perpajakan Indonesia.
Gayus telah memalukan Negara Indonesia. Ini kerana, sepanjang ditahan dipenjara, dia telah berjaya lolos ke Macau, KL, Singapore dan Bali. Semuanya akibat rasuah yang diterima pegawai penjara.
Alangkah mudahnya menjadi banduan di Indonesia, sebuah negara paling korup didunia, biarpun kita dipenjara akibat rasuah, kita masih bebas merasuah untuk keluar dan berhibur serta melancong.
Alangkah mudahnya menjadi banduan di Indonesia, sebuah negara paling korup didunia, biarpun kita dipenjara akibat rasuah, kita masih bebas merasuah untuk keluar dan berhibur serta melancong.
Kesnya sedang dibicarakan di Indonesia setelah dia terkantoi menonton perlawanan tenis di Bali tahun lalu dengan menyamar memakai rambut palsu dan menggunakan nama 'Sony Laksono'.
Tanda protest rakyat Indonesia
Masih Bergaya tuh dalam penjara
Paling menarik, lagu khas untuk Gayus telah digubah oleh Bona Paputungan dan menjadi hit (best Jugak Lagu ni)
Lagu Khas untuk Gayus...
Sebagai sebuah negara yang menduduki indeks korupsi dunia yang ke 110, Rasuah menjadi musuh Utama Negara tersebut. pernah juga mendengar bagaimana Ibu Bapa sanggup memberi rasuah kepada guru untuk memeberi markah dan kedudukan terbaik anak mereka, rasuah untuk mendapatkan pekerjaan termasuk menjadi Polis dan tentera (macam mana masuk polis pun rasuah?), Mengantikan orang lain dalam penjara sebagai hukuman, dengan bayaran tertentu, Immigration diorang jangan cakap la..TKI pun diorg pau jugak macam ubah umur yang muda jadi tua, yang tua jadi muda...hadoi...kalau polis tu 10x teruk dari Malaysia kot. Ahli perniagaan, Pemimpin politik...jangan cerita la..sampai SBY sendiri dah hampir fed up, Dalam satu ucapan SBY pernah menyebut, Korupsi Telah Menjadi Darah Daging Indonesia...
Harapan aku agar kita orang2 Malaysia, Biarla kita jujur dan Amanah, tak kemana kalau kita makan duit haram. Lebih malu lagi jika kita Umat islam yang terlibat.
Wallahualam
Psst: Kalau nak tau lebih lanjut, layarilah Koran2 Indonesia yah...

Monday, January 24, 2011
Stesen TV Indonesia - Kalian juga tidak bebas...
Media pelaga terulung Indonesia, TVOne dan MetroTV minggu lepas telah dipanggil oleh Suruhanjaya Penyiaran Indonesia untuk disoal berhubung sikap tidak neutral mereka dalam melapor yang menjadi syarat mereka diberi lesen.
Kebelakangan ini mereka semakin cenderung melapor tentang berita yang cenderung memihak pemilik stesen TV masing-masing. TVOne cenderung kepada Aburizal Bakrie (Golkar) dan MetroTV cenderung kepada Surya Paloh (Golkar), yang masing-masing mengidamkan kerusi Presiden Indonesia pada pemilihan 2014.
Kedua-dua Stesen TV ini adalah sahabat Anwar Ibrahim paling utama di Indonesia. Anwar mempergunakan mereka kerana mereka memiliki stesen TV (Jemputan bagi rancangan bual bicara, seronokla orang indonesia tengok Malaysia dilekehkan oleh DSAI). Tidak di Malaysia, pemilik stesen TV persendirian tidak dialu-alukan untuk wujud.
Kedua-dua stesen TV ini lah yang paling lantang membakar sentimen kebencian ke atas Malaysia tahun lalu atas suapan pihak2 tertentu. Kali ini, mereka menggigit pemerintah Indonesia sendiri. Rasakan.
Kamis, 20/01/2011 16:22 WIB
Netralitas Dikeluhkan Warga, Metro TV & TVOne Dipanggil KPI
Nograhany Widhi K - detikNews
Jakarta - Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) menerima banyak pengaduan masyarakat tentang netralitas isi siaran dua televisi, Metro TV dan TVOne. KPI pun menegur dan memanggil mereka hari Kamis (20/1/2011).
"Iya, jadi hari ini kami memanggil 2 stasiun TV, Metro dan TVOne terkait netralitas isi siaran. Aspek netralitas bukan hanya hasil pengaduan masyarakat, tapi juga dari hasil pemantauan analisis kami tentang isi siaran mereka," ujar Wakil Ketua KPI Nina Mutmainnah ketika dikonfirmasi detikcom, Kamis (20/1/2011).
Menurut Nina, dalam pemberitaan, framing kedua TV tersebut terlihat jelas kepentingan pemilik dalam politik dan hal lainnya. Framing itu bahwa bisa dilihat oleh masyarakat awam.
Diolah dari http://ipohmalay.blogspot.com
Psst: Outstation Utara 3 hari...

Sunday, January 23, 2011
FDI Malaysia 2010 tertinggi Asia-Jalan Menuju Transformasi
Pelaburan langsung asing meningkat 409.7 peratus kepada RM21.35 bilion
MALAYSIA muncul sebagai negara yang mencatat peningkatan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi di Asia dari segi peratusan pada tahun lalu dengan kenaikan 409.7 peratus kepada AS$7 bilion (RM21.35 bilion) berbanding AS$1.4 bilion (RM4.25 bilion) pada 2009, mengikut Laporan Pelaburan Dunia Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD).
Laporan Pemantauan Arah Aliran Pelaburan Global UNCTAD: Arah Aliran FDI Global dan Serantau 2010 yang dikeluarkan pada 17 Januari lalu menyebut, peningkatan yang dicatatkan Malaysia itu juga adalah antara yang paling memberangsangkan di kalangan 153 negara dalam kajiannya.
Mengulas perkembangan itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata laporan itu mengukuhkan kenyataannya baru-baru ini bahawa Malaysia mencatatkan aliran masuk FDI yang ketara berjumlah AS$5.04 bilion (RM15.3 juta) bagi sembilan bulan pertama tahun lalu berdasarkan angka dikeluarkan Jabatan Perangkaan.
“Pencapaian Malaysia itu menjadi lebih bermakna apabila laporan UNCTAD menunjukkan bahawa aliran masuk FDI global tahun lalu masih tidak berkembang dengan pertumbuhan marginal sebanyak satu peratus kepada AS$1.12 trilion (RM3.4 bilion) tahun lalu daripada AS$1.11 (RM3,38 trilion) tahun sebelumnya.
“Pencapaian ini mencerminkan peningkatan keyakinan pelabur di Malaysia. Ia menunjukkan kepercayaan pelabur bahawa kerajaan mampu melaksanakan program perubahan dan transformasi ekonomi seperti yang terkandung dalam Model Ekonomi Baru,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Mustapa berkata, Malaysia juga kembali ke radar pelabur antarabangsa seperti yang dibuktikan daripada aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia sejak September lalu yang menyokong bursa mencecah paras tertingginya 7 Januari lalu pada 1,572.21 mata.
Beliau menegaskan, angka dikeluarkan UNCTAD itu secara jelas menafikan tuduhan pihak tertentu bahawa penurunan FDI ke Malaysia pada 2009 adalah disebabkan tadbir urus kerajaan yang lemah serta rasuah dalaman.
“Langkah proaktif untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan dan mengurangkan kos melaksanakan perniagaan serta kerjasama erat dengan sektor swasta menyumbang kepada pertumbuhan pelaburan dalam negara,” katanya.
Berikutan itu, beliau berkata, kerajaan akan terus mengubah ekonomi Malaysia dalam usaha meningkatkan daya tarikannya sebagai destinasi pelaburan pilihan di rantau ini.
Mustapa berkata, baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 19 lagi Projek Permulaan (EPP) yang akan menyumbang hampir RM67 bilion dalam pelaburan serta mewujudkan 35,000 pekerjaan.
“Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) akan terus rancak dengan lebih banyak lagi EPP sedang dirancang,” katanya.
“Saya yakin untuk tahun ini dan seterusnya, aliran masuk FDI ke Malaysia akan terus kukuh,” katanya.
Psst: Alhamdulillah semoga ekonomi kita terus dalam keadaan baik dan memberi manfaat kepada rakyat. Adakalanya kita perlu menyokong mana yang menguntungkan negara dan rakyat. Janganlah nak kondem je....

Saturday, January 22, 2011
Pertembungan BN-Pas di DUN Tenang
LABIS 22 Jan. - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Tenang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN ) dan Pas.
Selepas tamat tempoh bantahan pada proses penamaan calon di Pejabat Majlis Daerah Labis di sini, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md. Asri Amir mengumumkan nama kedua-dua calon itu pada 11.20 pagi.
BN menamakan Mohd. Azahar Ibrahim, 39, yang sebelum ini merupakan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit manakala Pas mengumumkan bekas guru, Normala Sudirman, 38, sebagai calon parti itu.
Yang menariknya, kedua-dua calon merupakan anak tempatan yang memang dikenali di kalangan masyarakat di kawasan DUN Tenang.
Mohd. Azhar menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9 pagi, sejurus selepas pusat penamaan calon dibuka manakala Normala menghantar borangnya pada pukul 9.10 pagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 30 Januari ini sebagai tarikh pengundian.
Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.
Sulaiman menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008. - Utusan
Alhamdulillah proses penamaan calon ini berlansung dengan aman dan tanpa kekecohan, agar suasana damai ini berterusan hingga ke hari membuang Undi. Jika Pertembungan BN bertemu PAS atau DAP, suasana cukup berbeza jika dibandingkan jika BN bertemu PKR. kenapa agaknya? Pikir2 kan lah...
Friday, January 21, 2011
Selatan Thailand-Sampai Bila Harus Bergolak?
Sebagai seorang yang mempunyai pertalian darah selatan Thai ( Melayu Pattani), Perkara berikut pastinya memberi pengajaran kepada kita semua. Jika kita menjadi minoriti dan dijajah amat mudah untuk kita ditindas. Maka wujudlah pihak-pihak yang tidak akan berpuas hati dalam pelbagai hal. Peristiwa Tak Bai dan Masjid Krisik menjadi antara paling menyentuh hati kita terutama orang melayu islam.
NARATHIWAT 20 Jan. – Sekumpulan berpuluh-puluh pemberontak bersenjata membunuh sekurang-kurangnya empat askar Thailand dan mencederakan beberapa yang lain apabila mereka menggempur sebuah kem tentera di selatan Thai, malam tadi.Pertempuran bersenjata meletus apabila kira-kira 50 pemberontak menyerang kem di wilayah Narathiwat itu awal malam tadi, kata jurucakap tentera, Kolonel Banphot Poonpien, hari ini.
“Empat askar terbunuh dalam serangan itu, manakala tujuh lagi cedera, termasuk empat yang berada dalam keadaan kritikal,” katanya.
Penyerang melarikan kira-kira 50 laras raifal dan 5,000 butir peluru, kebanyakannya diambil daripada askar yang terbunuh, tambah beliau.Mereka juga meletupkan bom dan membakar dua buah rumah dan sebuah khemah di kem itu sebelum berundur.
Askar yang terbunuh berusia antara 22 hingga 33 tahun.Kumpulan yang disyaki puak pemisah Islam itu melancarkan kempen bersenjata di selatan Thai sejak awal 2004, menyebabkan lebih 4,400 penduduk Islam dan Buddha maut dalam konflik itu.
Kelmarin, kerajaan Thai melanjutkan tempoh perintah darurat di selatan negara ini selama tiga bulan lagi, meskipun dibantah oleh pertubuhan hak asasi manusia yang bimbang mengenai kuasa meluas yang diberikan kepada tentera di bawah perintah itu.
Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara berkata, puak pemisah melancarkan serbuan terbaru itu untuk menakutkan penduduk tempatan.
“Mereka mahu menunjukkan keupayaan mereka,” katanya, sehari selepas melawat selatan Thai. – AFP
Pemberontakan di Thailand Selatan
Pemberontakan di Thailand Selatan merupakan sebuah kempen pemisah, yang bertempat di kawasan kawasan Pattani yang didominasi oleh etnik Melayu, sebenarnya terbina daripada tiga daerah-daerah paling selatan di Thailand , dengan peningkatan keganasan yang melimpah ke provinsi-provinsi lain .
Walaupun keganasan pemisahan ini telah wujud berdekad-dekad di kawasan berkenaan, kempen ini meningkat secara mendadak pada dalam tahun 2004.
Tidak lama selepas itu, pada 19 September 2006, Sonthi dan satu junta tentera telah menyingkirkan Thaksin di dalam satu rampasan kuasa. isyarat damai daripada junta, pemberontakan masih berlanjutan dan semakin menjadi-jadi . Jumlah kematian, 1,400 pada masa rampasan kuasa, bertambah hingga ke 2,579 pada mid-September 2007. D. Jumlah kematian telah meningkat ke 3,000 di dalam bulan Mac 2008.
Junta tentera mempunyai beberapa bahan bukti bahawa pemberontakan ini telah dibiayai oleh restoran-restoran menjual sup Tom Yam di Malaysia kerana ramai masih berminat di dalam pergerakan itu.
Luka lama di Thailand Selatan kembali berdarah sejak 2003 berikutan arahan keras oleh Perdana Menteri Thailand , Thaksin Shinawatra terhadap penduduk Yala, Narathiwat dan Pattani yang militan. Lebih 1500 telah terbunuh.
Penduduk yang merasakan diri mereka tertindas telah mengangkat senjata dan melakukan pengeboman demi pengeboman. Mereka mahu negara yang merdeka dari pemerintah Thailand.
Punca Krisis Thailand Selatan
Penaklukan British dan Perjanjian Anglo Siam 1909 telah membahagikan negara Melayu di utara. Wilayah selatan Thai yang terdiri dari Pattani, Narathiwat dan Yala pada asalnya adalah sebahagian dari Tanah Melayu tetapi telah diserahkan oleh British kepada kerajaan Thai menerusi Perjanjian Bangkok 1909. Sehingga hari ini, wilayah tersebut kekal di bawah jajahan Thai.
Lantaran itu PULO melancarkan perjuangan bersenjata sejak 1970-an.Kumpulan nasionalis selatan Thailand mahu merdeka sepenuhnya dari Thailand berdasarkan faktor sejarah. Namun akhir-akhir ini Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO) dan Bersatu bersedia berunding dengan pihak berkuasa Thailand.
Kumpulan lain mahu negara Islam di wilayah selatan Thailand. Pihak tentera Thailand menuduh Gerakan Mujahidin Islam Pattani (GMIP) dan lain-lain kumpulan serpihan menjadi pembekal bahan letupan dan melatih ahli-ahli untuk meletupkan diri , menembak curi dan memasang dinamit pada motosikal dan basikal . Sasaran utama ialah anggota tentera, polis dan sarang maksiat.
Sikap para pegawai Thai di pejabat-pejabat daerah yang mengamalkan diskriminasi dan tidak mahu memahami adat resam, perasaan dan kehendak rakyat tempatan juga menjadi punca kepada serangan-serangan kecil-kecilan ke atas pemimpin Buddha dan anggota-anggota polis yang sedang meronda.
Pihak polis pula menyerang secara senyap terhadap para imam dan guru-guru agama yang dituduh menyebarkan sentimen anti-Bangkok . Guru-guru agama dan imam di kampung-kampung hilang begitu sahaja dan penduduk Islam mendakwa polis Thailand yang melakukannya. Guru-guru di selatan Thailand dibekalkan dengan senjata api dan dilatih menggunakan bagi mempertahankan diri. Guru-guru ini dituduh menghina agama Islam dan menyebarkan agama Buddha di kalangan pelajar-pelajar Islam.
Kumpulan-kumpulan penjenayah juga dipercayai mengambil kesempatan melakukan kekacauan termasuk pembunuhan ke atas pegawai-pegawai polis yang dianggap menjadi penghalang kepada aktiviti-aktiviti haram yang mereka jalankan.
Peranan Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad telah ditemui oleh beberapa wakil dari selatan Thailand di pulau Langkawi sejak 2005. Sejak itu, beberapa siri rundingan telah diadakan . Nasihat dan pelan damai telah diberi pandangan oleh Dr Mahathir Mohamad yang arif tentang selok belok politik di selatan Thailand. Dr Mahathir mengambil langkah berani itu kerana hanya beliau tokoh dipercayai oleh penduduk selatan Thailand.
Pertubuhan Perdana Global Peace Organisation (PGPO) dipimpin oleh Datuk Mukhriz Mahathir menjadi pengarah eksekutifnya. Ibu pejabat pertubuhan ini terletak di Putrajaya.
PGPO bertindak sebagai orang tengah sejak Oktober 2005 bagi merundingkan pelan damai di selatan Thailand. Bekas Perdana Menteri Thailand Anand Panyarachun menemui Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur bagi mendapatkan idea, pandangan dan perspektif Malaysia menangani Krisis selatan Thailand.
Atas pelawaan Anand, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menemui Raja Bhumibol Adulyadej di Bangkok , Thailand . Baginda merestui peranan Tun Dr Mahathir sebagai pengantara dan merupakan tokoh yang berwibawa yang mewakili pemimpin Islam sederhana.
Anand Panyarachun merupakan pengerusi National Reconciliation Council (NRC) yang dilantik oleh Perdana Menteri Thaksin Shinawatra ketika itu. Tujuanny mencari kaedah terbaik mendamaikan kawasan majoriti Islam di Yala, Narathiwat dan Pattani itu.
Antara draf pelan damai ialah menggugurkan tuntutan kemerdekaan, dengan balasnya mereka diberikan pengampunan, pembangunan ekonomi yang lebih baik, lebih banyak dana dan penggunaan bahasa Melayu di sekolah-sekolah.
Kerajaan Thailand pula mahukan gencatan senjata dan meminta kumpulan pemisah di wilayah terbabit menyerahkan senjata mereka bagi menamatkan kejadian tembak dan pengeboman yang sering berlaku Yala, Narathiwat dan Pattani itu.
Tidak wajar memisahkan ketiga-tiga wilayah itu daripada Thailand walaupun dengan mengambil kira latar belakang sejarah.Lebih baik , pihak selatan berbaik-baik dengan Bangkok dan menuntut hak-hak mereka sebagai mana yang ditetapkan perlembagaan Thailand.
Pihak keselamatan di selatan Thailand berusaha menemui tokoh besar berkarisma yang dapat mempengaruhi kumpulan militan di selatan Thailand. Antara tokoh ini ialah Sapae-ing Bazo, bekas guru besar Thamma Witthaya Islamic School di Yala dan Masae Useng. Mereka dari Barisan Revolusi Nasional (BRN).
Alhamdulillah negara kita tetap aman dan damai, Melayu kita diantara melayu yang bernasib baik.
Wallahualam..

Wednesday, January 19, 2011
Tunisia - Peringatan Kepada Pemimpin-Pemimpin Negara
Apa yang handa harus tahu tentang revolusi rakyat di Tunisia? Apa yang dilaporkan diakhbar mungkin terlalu banyak dan anda tidak punya masa untuk membacanya semua. Maka sebagai seorang penulis tiada bakat tapi banyak masa terluang aku akan compile as many facts as possible untuk tatapan pembaca-pembaca.
Mohammed Bouazizi
Ianya bermula dengan protes maut Mohammed Bouazizi (26).Mohammed Bouazizi ialah seorang graduan sains perkomputeran yang menjual sayur dan buah-buahan di bandar Sidi Bouzid. Kerana menganggur dan kesempitan wang, Bouazizi berniaga di tepi jalan tanpa permit bagi menyara hidup keluarganya. Gerai beliau disita dan dia dilaporkan dikasari oleh pihak berkuasa tempatan. Cubaan beliau untuk melaporkan kekejaman pihak berkuasa tempatan tidak diendahkan. Sebagai tanda protes Bouazizi membakar dirinya pada 17 Disember tahun lalu dihadapan sebuah bangunan kerajaan. Beliau meninggal dunia pada 4 Januari lalu dan kematian Bouazzizi mencetus kemarahan rakyat marhaen.Di Tunisia dianggarkan 1/3 graduan akan menganggur akibat ketiadaan kerja. Kadar pengangguran pula dikatakan setinggi 14%. Masalah ekonomi Tunisia dikatakan berpunca dari amalan korup Presiden Zine el-Abidine Ben Ali (74). Beliau menyimpan harta peribadi di Perancis yang dianggarkan bernilai GBP 3.5 billion! Isteri beliau Leila Ben Ali, dicop sebagai Imelda Marcos negara Arab kerana terkenal dengan hobinya yang suka shopping terutamnya di Dubai.
Leila Ben Ali
Didalam laporan Wikileaks, keluarga Ben Ali menerbangkan YOGURT dari St Tropez dengan menggunakan pesawat peribadi semata-mata untuk sebuah parti. Keluarga Ben Ali juga dikatakan mencuri sebuah yacht bernilai GBP 2 juta sesuka hati dari seorang ahli perniagaan berbangsa Perancis.Ben Ali mengharamkan semua parti Islam serta pemakaian hijab. Corak pemerintahan sekular beliau direstui kuasa barat terutamanya USA yang mahukan sekutu dalam menentang "extremis Islam". USA memandang sebelah mata penyelewengan keluarga Ben Ali yang digelar "THE MAFIA" oleh rakyat Tunisia. Ben Ali mengamalkan pemerintahan despotik kuku besia. Nisbah pegawai polis kepada rakyat dewasa di Tunisia ialah 1:40
Zine el-Abidine Ben Ali & Leila Ben Ali
Tunisia memenjarakan paling banyak wartawan berbanding negara-negara Arab yang lain. Kebebasan bersuara dan media tidak wujud sama sekali. Tidak seperti di Malaysia yang adil dan saksama.Revolusi ini ditunjangi golongan muda. 1/4 penduduk Tunisia berumur antara 15-24 tahun. Suara anak muda tidak boleh dipandang enteng dan amarah mereka terbukti menbawa bencana kepada keluarga Presiden yang korup
Presiden Zine el-Abidine Ben Ali pada mulanya melarikan diri ke Perancis untuk bersama dengan anak-anak beliau yang kini menetap disebuah hotel di Disneyland. Kos menetap sehari di hotel mewah ini ialah GBP 300.
Kapal terbang yang membawa Presiden Zine el-Abidine Ben Ali dilarang dari mendarat di Perancis oleh Presiden Sarkozy. Akibatnya gerombolan Presiden dan konco-konco terpaksa berambus ke Jeddah, Arab Saudi. Kapir anti Islam macam Sarkozy pun tak sudi menerima Ben Ali tapi negara Islam sejati sanggup pula memberi perlindungan kepada hamjad ini.
Ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Saudi pernah memberikan suaka politik kepada Idi Amin dan Nawaz Sharif selepas kedua-dua pemimpin "Islam" ini ditendang keluar oleh kebangkitan rakyat.
Beberapa penganalisa politik menjangkakan mungkin berlaku teori domino di semua negara Afrika Utara. Rakyat tertindas di Libya, Algeria dan Mesir pula mungkin akan terpengaruh untuk melakukan revolusi mereka sendiri.
Ini amat ditakuki pemerintah barat kerana ianya mungkin berakhir dengan ISLAMIFIKASI seperti yang berlaku di Revolusi Iran 1979. Pihak Barat tidak mahu kehilangan anjing-anjing belaan yang pro barat/Israel seperti Hosni Mobarak.
Nantikan dalam masa beberapa minggu lagi, revolusi sejati rakyat yang mahu melepaskan diri dari penindasan ahlil politik pro-barat ini bakal dilabel sebagai REVOLUSI EXTREMIS ISLAM
Nantikan juga massive clampdown di Libya, Algeria dan Mesir. Semua pemimpin negara "Islam" ini sudah ketar lutut.
Kebangkitan Rakyat Tunisia
Ingat dan ketahui semua fakta yang saya lampirkan disini. Jangan biarkan cerita sebenar disebalik kekacauan di Tunisia ini dibobrokkan media arus perdana. Baca dan sebarkan.Akhir kata kita bersyukur kerana mempunyai Perdana Menteri yang kudus serta isteri beliau yang tidak ada persamaan langsung dengan Leila Ben Ali. Sesunggunya negara kita Malaysia diterajui kerajaan yang tulus lagi prihatin. Di Malaysia TIADA rakyat akan dipukul oleh pihak berkuasa. Jika ianya berlaku pasti sudah ada seorang rakyat Malaysia yang membakar diri seperti Mohammed Bouazizi!Ini adalah fakta yang tidak boleh disangkal.
Tunisia Riot
Alhamdulillah negara kita diberkati Allah yang maha Esa. Mana ada bencana alam di Malaysia? Aman damai sepanjang tahun adalah. Ini BUKTI AQLI yang tuhan approve corak pemerintahan DS1M yang selari dengan pemerintahan Khalifah Ar Rasyidin. Laporan dikumpul, diolah dan dialih bahsa dari sumber asal BBC , Guardian, Daily Mail, CNN dan Al Jazeera
Diolah dari Blog Serius. Aku ambik yang baik2 je..yang kasaq2 tu aku tapis la...
Tuesday, January 18, 2011
Malaysia tangga ke-22 dalam indeks keamanan dunia
PUTRAJAYA 17 Jan. - Malaysia berada pada kedudukan ke-22 daripada 149 negara dalam indeks keamanan dunia (GPI).
Di kalangan negara Asia, kedudukan Kuala Lumpur di ranking kedua.
Keputusan itu menunjukkan Malaysia berada di belakang Jepun di kalangan negara Asia manakala New Zealand di kedudukan pertama dunia dalam laporan yang dikeluarkan oleh Institut Ekonomi dan Keamanan (Institute for Economic and Peace).
Mengumumkan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, kedudukan terbaru itu merupakan keputusan terbaik yang pernah dicapai Malaysia berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Menurut beliau, kejayaan itu hasil daripada kesepakatan rakyat pelbagai kaum yang hidup dalam keadaan stabil dan aman tanpa berlaku sebarang tragedi melibatkan ketegangan kaum.
"Kedudukan Malaysia dalam GPI telah meningkat dari tempat ke-38 pada 2008 ke tangga 26 pada 2009 dan pada 2010, kita mencapai kedudukan ke-22 dan di kalangan negara Asia, kedudukan kita adalah nombor dua.
"Keadaan ini mencerminkan walaupun terdapat pelbagai isu dibahaskan namun keadaan kita memang aman dan damai," katanya.
Beliau berkata demikian selepas sidang akhbar Majlis Perutusan Tahun Baru 2011 Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah dan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Azman Amin Hassan.
Mengulas lanjut, Tsu Koon memberitahu, laporan itu dinilai berdasarkan tahap keadaan keselamatan di sesebuah negara termasuk isu kestabilan politik dan jenayah dalam masyarakat.
"Walaupun negara kita juga terdapat isu kontroversi tetapi kita tidak mempunyai masalah dari segi kestabilan dan konflik yang besar kerana negara lain juga berdepan situasi yang sama seperti kita.
"Sebagai contoh, dua tahun lalu terdapat pelbagai konflik melanda Thailand yang turut diambil kira oleh badan penilai itu," ujarnya.
Berikut adalah rangking kedudukan negara., Dimanakah kedudukan negara anda..he3
Alhamdulillah semoga negara Negara kita akan terus makmur dan sejahtera. Doakan agar negara kita Malaysia sentiasa dalam rahmat Allah. disinilah tanah kita, tumpah darah kita, wajib kita memakmurkan nya sebagai khalifah. Semoga Dunia kita akan lebih Aman hendaknya, Insyallah.
Subscribe to:
Posts (Atom)