Sampai Gugur Bintang Di Langit, Islam Tetap Dijunjung Tinggi

Salam Pembuka Kata

Followers

Visitor Counter

Monday, January 31, 2011

BN Menang Di Tenang.....


BN : 6699 (69%)
PAS : 2992 (30.6%)
Majoriti : 3707

semua orang dah tau BN Menang, so kita tengok sebab musabab PAS Kalah yang dipetik dari Harakah Online.


15 Faktor PAS Kalah Besar Di Tenang

UMNO mendapat 6699. PAS cuma mendapat 2992. Majoriti menang ialah 3707 meningkat 1215 berbanding 2008. Jika tidak banjir mungkin UMNO boleh mendapat majoriti yang lebih besar mungkin sehingga 5000. PAS bukan hanya gagal kurangkan majoriti tapi majoriti UMNO menang meningkat tinggi lagi. Harapan PAS untuk buat kejutan berkecai sebaliknya PAS yang terkejut beruk.



Faktor Setempat
1. PAS sendiri kata awal-awal tidak yakin menang. PAS cuma ingin kekalkan undi 2008 dan juga cuma kurangkan majoriti UMNO. Ertinya PAS masuk bertanding tapi ingin kekal kalah.

2. PAS mainkan isu jenazah. Tapi yang jadi target PM. Mungkin ingin tembak kepala biar cepat UMNO rebah. Malangnya ia mudah ditangkis. Akibatnya PAS pula yang seperti jenazah di Tenang.

3. PAS mainkan isu tanah. PAS cuba gambarkan calon UMNO cuai. Padahal calon UMNO hanya laksanakan tugasnya. Sebenarnya tiada sebarang isu di sini. PAS yang kena tanam dalam tanah.

4. PAS mainkan isu Felda. Wakil PAS ingin debat tapi tidak mahu pula dialog bila dipelawa oleh wakil UMNO. Bukankah dialog lebih selesaikan masalah dari debat yang panas. PAS nampak tidak jujur.

5. PAS tiada agenda yang menarik. Bagaimana ingin menarik hati ramai pengundi tanpa tarikan. Rakyat kini lebih bijak untuk bezakan antara realiti dan fantasi. Rakyat ingin wakil yang boleh bela nasib mereka.

6. PAS pertaruhkan nasib calon wanita di kubu kuat UMNO. PAS patutnya letakkan calon lelaki sebab calon UMNO pun lelaki. Lagipun kawasan banjir. Bukannya apa. Lelaki lebih sesuai memimpin di kawasan berisiko.

7. PAS mulakan serangan peribadi. Akibatnya calon PAS diserang juga. Walaupun peribadi tapi bila masuk politik pasti kelemahan akan dicari oleh pihak lawan. PAS biasa lakukannya.

8. PAS terjerat dengan isu MC 21 hari. Memang bukan calon PAS tapi suami calon PAS yang sering mengiringinya. Orang MC tempatnya di rumah berehat dan calon PAS lebih molek menjaga suaminya yang MC dari berkempen.

9. Ada pemimpin PAS berkempen “Haram Syarii Undi UMNO”. Ini memberi gambaran PAS seakan parti yang ketinggalan zaman dalam poltitik. Haram sana haram sini tapi halal untuk PAS.

10. Ada pemimpin PAS berkempen “Siapa tak undi PAS jahiliah”. Ini seperti penjual samseng marah bila pembeli tidak sudi beli barangannya. Semua cara jahiliah dan samseng ini tidak lagi berkesan bahkan membuat ramai makin meluat dengan PAS.



Faktor Semasa

11. Kejayaan UMNO merampas kerusi Galas baru-baru ini memberi lebih keyakinan. Sebaliknya PAS semakin kurang yakin. Sebab itu tidak hairanlah awal-awal lagi PAS sudah mengaku kalah.

12. Kajian menunjukkan sokongan kepada BN semakin meningkat dari masa ke semasa. Sokongan kepada PR pula semakin merundum. Tambahan pula ada parti utama PR yang nampak kritikal ibarat retak menanti belah.

13. Ada pemimpin PAS yang menyataakn bahawa hudud bukan agenda utama besama PR walaupun PAS ada kuasa mutlak. Padahal dulu PAS gebangkan hudud sampai umat Islam berpecah. Tapi bila ada kuasa lain pula bicara.

14. Johor kubu kuat UMNO. Budaya Johor mungkin tiada atau kurang chemistry dengan budaya PAS. PAS digambarkan sebuah parti yang suka memusuhi sesama Islam. Orang Johor cintakan hidup yang damai.

15. PAS tiada tujuan jelas. Prinsip PAS sering bertukar. PAS kini pula terjerat dengan DAP. Sokongan Melayu kepada PAS semakin hilang. PAS mungkin terpaksa bersama DAP selamanya. PAS seperti tiada jalan pulang. PAS IS DEAD.

Petikan dari Harakah online

psst: Melayu Undi BN, Cina Undi PAS.......lepas ni dah boleh agak kalau Melayu 60% mesti BN boleh menang. isu-isu Melayu dan Islam telah banyak berpihak kepada BN buat masa ini. isu PAS dan DAP pasti dimainkan di seluruh pelusuk kampung dan kawasan Melayu. orang cina? sukar difahami....

Friday, January 28, 2011

Siapakah Gayus Tambunan?


Gayus Halomoan Partahanan Tambunan atau hanya Gayus Tambunan (lahir di Jakarta, 9 Mei 1979; umur 31 tahun) adalah mantan pegawai negeri sipil di Direktorat Jenderal Pajak Kementerian Keuangan Indonesia (Lebih kurang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)) kalau diMalaysia.

Namanya menjadi terkenal ketika Komjen Susno Duadji menyebutkan bahwa Gayus mempunyai wang Rp 25 miliar (Convertla dengan duit kita) di akaun tambah lagi akaun negara asing bernilai 60 miliar dan perhiasan senilai 14 miliar di bank atas nama istrinya dan itu semua dicurigai sebagai harta haram.

Isteri Gayus Halomoan P. Tambunan antara saksi yang dimahkamah Indonesia

Dalam perkembangan selanjutnya Gayus sempat melarikan diri ke Singapura beserta anak istrinya sebelum dijemput kembali oleh Satgas Mafia Hukum (Macam SPRM jugak lebih kurang) di Singapura. Kasus Gayus mencoreng reformasi Kementerian Keuangan Republik Indonesia yang sudah digulirkan Sri Mulyani dan menghancurkan citra aparat perpajakan Indonesia.

Komisi Pemberantasa Korupsi Republik Indonesia, KPK


Gayus telah memalukan Negara Indonesia. Ini kerana, sepanjang ditahan dipenjara, dia telah berjaya lolos ke Macau, KL, Singapore dan Bali. Semuanya akibat rasuah yang diterima pegawai penjara.

Penyamaran Gayus di Bali

Passport Penyamaran Gayus ke luar negara

Alangkah mudahnya menjadi banduan di Indonesia, sebuah negara paling korup didunia, biarpun kita dipenjara akibat rasuah, kita masih bebas merasuah untuk keluar dan berhibur serta melancong.

Kesnya sedang dibicarakan di Indonesia setelah dia terkantoi menonton perlawanan tenis di Bali tahun lalu dengan menyamar memakai rambut palsu dan menggunakan nama 'Sony Laksono'.



Tanda protest rakyat Indonesia

Masih Bergaya tuh dalam penjara


Paling menarik, lagu khas untuk Gayus telah digubah oleh Bona Paputungan dan menjadi hit (best Jugak Lagu ni)


Lagu Khas untuk Gayus...

Sebagai sebuah negara yang menduduki indeks korupsi dunia yang ke 110, Rasuah menjadi musuh Utama Negara tersebut. pernah juga mendengar bagaimana Ibu Bapa sanggup memberi rasuah kepada guru untuk memeberi markah dan kedudukan terbaik anak mereka, rasuah untuk mendapatkan pekerjaan termasuk menjadi Polis dan tentera (macam mana masuk polis pun rasuah?), Mengantikan orang lain dalam penjara sebagai hukuman, dengan bayaran tertentu, Immigration diorang jangan cakap la..TKI pun diorg pau jugak macam ubah umur yang muda jadi tua, yang tua jadi muda...hadoi...kalau polis tu 10x teruk dari Malaysia kot. Ahli perniagaan, Pemimpin politik...jangan cerita la..sampai SBY sendiri dah hampir fed up, Dalam satu ucapan SBY pernah menyebut, Korupsi Telah Menjadi Darah Daging Indonesia...

Harapan aku agar kita orang2 Malaysia, Biarla kita jujur dan Amanah, tak kemana kalau kita makan duit haram. Lebih malu lagi jika kita Umat islam yang terlibat.

Wallahualam

Psst: Kalau nak tau lebih lanjut, layarilah Koran2 Indonesia yah...

Monday, January 24, 2011

Stesen TV Indonesia - Kalian juga tidak bebas...

Media pelaga terulung Indonesia, TVOne dan MetroTV minggu lepas telah dipanggil oleh Suruhanjaya Penyiaran Indonesia untuk disoal berhubung sikap tidak neutral mereka dalam melapor yang menjadi syarat mereka diberi lesen.
TV one Indonesia
Metro TV

Kebelakangan ini mereka semakin cenderung melapor tentang berita yang cenderung memihak pemilik stesen TV masing-masing. TVOne cenderung kepada Aburizal Bakrie (Golkar) dan MetroTV cenderung kepada Surya Paloh (Golkar), yang masing-masing mengidamkan kerusi Presiden Indonesia pada pemilihan 2014.

Surya Paloh

Aburizal Bakrie

Kedua-dua Stesen TV ini adalah sahabat Anwar Ibrahim paling utama di Indonesia. Anwar mempergunakan mereka kerana mereka memiliki stesen TV (Jemputan bagi rancangan bual bicara, seronokla orang indonesia tengok Malaysia dilekehkan oleh DSAI). Tidak di Malaysia, pemilik stesen TV persendirian tidak dialu-alukan untuk wujud.

Kedua-dua stesen TV ini lah yang paling lantang membakar sentimen kebencian ke atas Malaysia tahun lalu atas suapan pihak2 tertentu. Kali ini, mereka menggigit pemerintah Indonesia sendiri. Rasakan.


Kamis, 20/01/2011 16:22 WIB
Netralitas Dikeluhkan Warga, Metro TV & TVOne Dipanggil KPI
Nograhany Widhi K - detikNews

Jakarta - Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) menerima banyak pengaduan masyarakat tentang netralitas isi siaran dua televisi, Metro TV dan TVOne. KPI pun menegur dan memanggil mereka hari Kamis (20/1/2011).

"Iya, jadi hari ini kami memanggil 2 stasiun TV, Metro dan TVOne terkait netralitas isi siaran. Aspek netralitas bukan hanya hasil pengaduan masyarakat, tapi juga dari hasil pemantauan analisis kami tentang isi siaran mereka," ujar Wakil Ketua KPI Nina Mutmainnah ketika dikonfirmasi detikcom, Kamis (20/1/2011).

Menurut Nina, dalam pemberitaan, framing kedua TV tersebut terlihat jelas kepentingan pemilik dalam politik dan hal lainnya. Framing itu bahwa bisa dilihat oleh masyarakat awam.

Diolah dari http://ipohmalay.blogspot.com

Psst: Outstation Utara 3 hari...

Sunday, January 23, 2011

FDI Malaysia 2010 tertinggi Asia-Jalan Menuju Transformasi

Pelaburan langsung asing meningkat 409.7 peratus kepada RM21.35 bilion

Dato' Mustafa Muhammad

MALAYSIA muncul sebagai negara yang mencatat peningkatan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi di Asia dari segi peratusan pada tahun lalu dengan kenaikan 409.7 peratus kepada AS$7 bilion (RM21.35 bilion) berbanding AS$1.4 bilion (RM4.25 bilion) pada 2009, mengikut Laporan Pelaburan Dunia Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD).


Laporan Pemantauan Arah Aliran Pelaburan Global UNCTAD: Arah Aliran FDI Global dan Serantau 2010 yang dikeluarkan pada 17 Januari lalu menyebut, peningkatan yang dicatatkan Malaysia itu juga adalah antara yang paling memberangsangkan di kalangan 153 negara dalam kajiannya.

Mengulas perkembangan itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata laporan itu mengukuhkan kenyataannya baru-baru ini bahawa Malaysia mencatatkan aliran masuk FDI yang ketara berjumlah AS$5.04 bilion (RM15.3 juta) bagi sembilan bulan pertama tahun lalu berdasarkan angka dikeluarkan Jabatan Perangkaan.

“Pencapaian Malaysia itu menjadi lebih bermakna apabila laporan UNCTAD menunjukkan bahawa aliran masuk FDI global tahun lalu masih tidak berkembang dengan pertumbuhan marginal sebanyak satu peratus kepada AS$1.12 trilion (RM3.4 bilion) tahun lalu daripada AS$1.11 (RM3,38 trilion) tahun sebelumnya.

“Pencapaian ini mencerminkan peningkatan keyakinan pelabur di Malaysia. Ia menunjukkan kepercayaan pelabur bahawa kerajaan mampu melaksanakan program perubahan dan transformasi ekonomi seperti yang terkandung dalam Model Ekonomi Baru,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mustapa berkata, Malaysia juga kembali ke radar pelabur antarabangsa seperti yang dibuktikan daripada aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia sejak September lalu yang menyokong bursa mencecah paras tertingginya 7 Januari lalu pada 1,572.21 mata.

Beliau menegaskan, angka dikeluarkan UNCTAD itu secara jelas menafikan tuduhan pihak tertentu bahawa penurunan FDI ke Malaysia pada 2009 adalah disebabkan tadbir urus kerajaan yang lemah serta rasuah dalaman.

“Langkah proaktif untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan dan mengurangkan kos melaksanakan perniagaan serta kerjasama erat dengan sektor swasta menyumbang kepada pertumbuhan pelaburan dalam negara,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, kerajaan akan terus mengubah ekonomi Malaysia dalam usaha meningkatkan daya tarikannya sebagai destinasi pelaburan pilihan di rantau ini.

Mustapa berkata, baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 19 lagi Projek Permulaan (EPP) yang akan menyumbang hampir RM67 bilion dalam pelaburan serta mewujudkan 35,000 pekerjaan.

Pelan Transformasi Ekonomi (ETP)

“Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) akan terus rancak dengan lebih banyak lagi EPP sedang dirancang,” katanya.

“Saya yakin untuk tahun ini dan seterusnya, aliran masuk FDI ke Malaysia akan terus kukuh,” katanya.

Psst: Alhamdulillah semoga ekonomi kita terus dalam keadaan baik dan memberi manfaat kepada rakyat. Adakalanya kita perlu menyokong mana yang menguntungkan negara dan rakyat. Janganlah nak kondem je....

Saturday, January 22, 2011

Pertembungan BN-Pas di DUN Tenang


LABIS 22 Jan. - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Tenang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN ) dan Pas.

Selepas tamat tempoh bantahan pada proses penamaan calon di Pejabat Majlis Daerah Labis di sini, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md. Asri Amir mengumumkan nama kedua-dua calon itu pada 11.20 pagi.

BN menamakan Mohd. Azahar Ibrahim, 39, yang sebelum ini merupakan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit manakala Pas mengumumkan bekas guru, Normala Sudirman, 38, sebagai calon parti itu.

Yang menariknya, kedua-dua calon merupakan anak tempatan yang memang dikenali di kalangan masyarakat di kawasan DUN Tenang.

Mohd. Azhar menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9 pagi, sejurus selepas pusat penamaan calon dibuka manakala Normala menghantar borangnya pada pukul 9.10 pagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 30 Januari ini sebagai tarikh pengundian.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Sulaiman menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008. - Utusan

Alhamdulillah proses penamaan calon ini berlansung dengan aman dan tanpa kekecohan, agar suasana damai ini berterusan hingga ke hari membuang Undi. Jika Pertembungan BN bertemu PAS atau DAP, suasana cukup berbeza jika dibandingkan jika BN bertemu PKR. kenapa agaknya? Pikir2 kan lah...